who ultras malaya??

Assalamualaikum..
kita sering dikejutkan oleh pelbagai penomena..tetapi sedar atau tidak, penomena Ultras telah membuka mata perbagai pihak.
sebab apa?
sebab penyokong ini, akan sentiasa memberi sokongan yang tidak terkira kepada pasukannya dan terus memberi sokongan walaupin kalah.

baiklah..dulu Risya ada buat entry tentang ultras n9, so sekarang Risya nak buat Entry tentang Ultras Malaya ( UM'07)

Ultras Malaya secara umumnya diwujudkan secara ‘underground’ sebagai salah satu gerakan menyokong pasukan bola sepak negara secara tidak berbelah bagi. Tidak saja menyokong setiap kali pasukan bola sepak negara beraksi di dalam dan luar negara, penyokong turut berpakat menyanyikan lagu, membentuk gerakan harmoni (tiso) hinggalah kepada persembahan kain rentang sebagai tanda sokongan terhadap skuad Harimau Malaya. 
Mereka juga akan berdiri selama 90 minit tidak termasuk masa tambahan..

Ultras Malaya yang wujud pada hari ini ialah hasil usaha dari encik apit yg membawa nama Percinters Ultras membawa nama Precint (putrajaya) sebagai tmpat asal beliau dan rakan-rakan...

ramai yang bertanya, bagaimana nak jadi ahli UM?? kena daftar online ke? kena bayarkah? mahu kumpul dimana? pakai baju apa? semua itu bermain di setiap orang?
mahu join ultras? pastikan anda

1. PAKAIAN: Sentiasa memakai pakaian yang berindentitikan MALAYSIA apabila ke stadium. Memakai jersey MALAYSIA, kalau tiada jersey Malaysia bolehlah memakai pakaian yang berwarna hitam (Hitam sinonim dengan pergerakkan ULTRAS), kalau tiada kedua-dua di atas, bolehlah memakai jersey pasukan negeri masing-masing. DiHARAMKAN sama sekali untuk memakai jersey pasukan/kelab LUAR NEGARA. Ingat kita datang sebagai rakyat MALAYSIA bukan rakyat England ker? Rakyat Spain, Rakyat Jepun ker? Rakyat Brazil etc

2. MUFFLER: Sila bawa Muffler. Muffler merupakan ciri-ciri penting seorang ULTRAS. Muffler penting untuk kita melakukan pelbagai aksi dan gaya sokongan apabila kita di stadium kelak.

3. BENDERA: Bendera Malaysia juga salah satu elemen penting.

4. KASUT: Sila pakai kasut. Benda ini wajib untuk sebagai imej penyokong yang yang berpakaian kemas dan cantik atau faktor kesemalatan juga. NO SELIPAR dan SANDALS.

5. BERDIRI: sebagai seorang ULTRAS, mereka perlu berdiri sepanjang 90 minit perlawanan. Ini adalah cara sokongan semua ULTRAS di seluruh dunia.

6. MENYANYI: Kita perlu menyanyi tanpa henti sepanjang 90 minit perlawanan berlansung tanpa dipengaruhi apa jua keputusan. ULTRAS menyanyi berpandukan Chants/Lagu yang diarahkan dan diketuai oleh Capo ULTRAS.

7. PATUHI ARAHAN KETUA: Di stadium, ULTRAS sentiasa patuh pada arahan CAPO. CAPO ini yang akan bertindak selaku ketua untuk memberikan arahan dan gaya bentuk sokongan kepada pasukan. CAPO jugalah akan mengetuai nyanyian Chants/Lagu

8. CURVA: Apabila berada di dalam stadium, ULTRAS akan memilih untuk duduk dikawasan berhampiran belakang sisi pintu gol, dinamakan CURVA. CURVA inilah tempat yang paling sesuai dan selamat untuk menjalankan aktiviti ULTRAS yang aggresif. Curva jauh daripada penonton biasa, golongann keluarga dan kanak-kanak.

9. DILARANG MEMBALING OBJECT: Sila menjadi penyokong yang berdisplin. Jaga tingkah laku anda. Jaga imej penyokong ULTRAS. Jangan sesekali cuba membaling object ke dalam balapan, longkang mahupun padang. Tingkah laku ini hanya dilakukan oleh PENYOKONG BODOH lagi tak BERTAMADUN. Mereka ini semua adalah LALANG di stadium, sila jauhi sikap buruk ini. Jikalau anda gagal mematuhi, kami tidak sesekali teragak-agak untuk menangkap dan menghantar anda kepada pihak bertanggunjawab.

10. EMOSI: Sebagai seorang yang berjiwa ULTRAS paling penting untuk menjaga emosi! Walaupun pasukan kita bermain tidak seperti yang diharapkan mahupun keputusan yang tidak memihak kepada kita, tetapkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan walau apa jua keadaan. Nyanyian lagu-lagu semangat penting untuk menaikkan semangat juang dan moral pemain.

11. AMBIL TEMPAT: Bila duduk bersama kami sila ambil tempat masing-masing iaitu dikawasan kerusi tempat duduk penonton, bukannya bersidai di kaki lima. Tempat itu khas untuk Capor Ultras dan orang-orang kuat Ultras untuk ketuai nyanyian dan formasi pergerakkan. Kalau nak menempel kat situ, silalah pergi ke pintu lain. Bukit Jalil besar dan 100k capacity, banyak lagi ruang untuk menyemakkan diri. Tetapi bukan di situ, kami mahu pergerakkan ini tersusun rapi dan cantik.

12. FLARE & SMOKE BOMB : Penyalaan suar atau pun bom asap hanya perlu bila mendapat arahan dari ketua. Jangan memandai-mandai untuk bakar sendiri. Bila ditangkap pihak berkuasa kami tidak akan bertanggungjawab. Kalau nak bakar sendiri pergi sertai kumpulan lain dan tempat lain. Kami tidak mahu cara sokongan ini "well organized" baru orang tidak akan pandang serong. Sebab itu serahkan pada yang arif tentang bab ini.

13. Sila patuhi arahan semua diatas, barulah anda layak digelar seorang ULTRAS dan layak untuk berjuang bersama-sama ULTRAS MALAYA.


antara chant-chants UM



sumber yang saya perolehi dari  Ultras Malaya n cerita bola sepak Malaysia

kalau ada salah silap, bolehlah komen di bawah..=)



Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. x ikut sangat perkembangan bola m'sia sbb kejap naik kejap turun hehehe

    BalasPadam