Kenali Hero Remaja ~DHIYA~

Assalamualaikum..
kamu semua jangan jelez tau when u see tajuk diatas..hihihihi..as u know, Risya memang peminat Dhiya.So risya meminta izin dari my friend, Dhiya untuk menulis about him.akhirnya, dia setuju dan memberi keizinan kepada Risya untuk menulis tentang Dhiya.

Seperti mana kita tahu ,Hero remaja ramai mengeluarkan ramai artis/model popular like kamal adli.. Hari ini Risya mahu kamu semua mengenali seorang lagi bakal pemenang Hero Remaja 2011/2012.

Bermulalah satu ceritera bukan dongeng tetapi realiti maya. Satu impian penuh keyakinan serta keazaman yang kukuh penuh makna, impian satu yang pasti akan menjadi kenyataan INSYAALLAH. Karya ini adalah tentang pengalaman pahit manis Sang Arjuna menyertai Pencarian Hero Remaja 2011/2012 dan impian serta tanggungjawab yang harus dipikul dan digalas bagi Sang Arjuna mencari erti kehidupan disamping membawa impian menjadi sumber inspirasi agar dapat membawa kejayaan dekat kedalam kehidupan setiap insan yang mendambakan kejayaan sepertinya.
Sang Arjuna yang dimaksudkan disini ialah Dhiya hasil perkhawinan Mohamad Ariffin Azoeddien dan Norlailee Husin. Putera kecil ini pertama kali membuka mata di Kuala Lumpur membesar di Kuantan dan Kuala Lumpur.

jom ikuti temuramah antara Risya Dan Dhiya.

Bagaimana Dhiya boleh terpanggil untuk menyertai Hero Remaja?
Pertama kali melihat borang HR, hati berdebar-debar,inilah salah satu cara untuk dhiya mencapai impian yang sudah membuak-buak dahagakan kejayaan setelah sekian lama. Jadi Dhiya pun mengambil keputusan untuk mencuba nasib di dalam Pencarian Hero Remaja 2011/2012.dengan berkat doa dan semangat yang diberikan daripada keluarga dan rakan-rakan Dhiya mengambil keputusan untuk mengisi dan menghantar borang penyertaan ini.

Bila Kali pertama Dhiya dipanggil untuk ditemu duga oleh pihak Remaja?
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi atas berkat doa panggilan telefon yang membawa sejuta impian telah pun datang mengunjungi telefon bimbit Dhiya. Panggilan yang diterima telah memberi khabar gembira dimana Dhiya telah dipanggil untuk menghadiri Sesi Ujibakat Top 80 Pencarian Hero Remaja 2011/2012 bertarikh 5 Januari 2012. Setelah selesai sesi pendaftaran Dhiya telah menjadi peserta ke 9 untuk masuk ke dalam auditorium ujibakat yang bakal mengubah nasib dan membawa Dhiya semakin dekat dengan impiannya. dan sekali Dhiya bersyukur kerana terpilih sebagai Top 25 peserta Pencarian Hero Remaja.

Peserta pertama yang Dhiya kenal dalam HR?
Peserta Hero pertama yang dikenali oleh Dhiya adalan Ben Amir ini kerana dia pernah menjadi rakan persekolahan suatu ketika dahulu.

Task pertama yang Dhiya lakukan dalam HR?
Aktiviti pertama kami adalah sesi perkenalan dan task pertama adalah sesi pengambaran bertemakan 80an.

Tujuan Dhiya masuk HR?
tujuan Dhiya masuk HR adalah untuk menjadi sumber inspirasi dan contoh kepada anak muda diluar sana,dan ingin mereka teruskan berusaha walaupun mempunyai segala masalah kehidupan, mereka harus ingat untuk menghargai masa dan teruskan berusaha sampai berjaya. InsyaAllah suatu hari nanti Dhiya akan mencapai cita-cita Dhiya dan dapat melihat dan merasa kejayaan bersama golongan generasi muda yang sama hebatnya. Harapan agar dapat mencungkil bakat dan menjadi Duta kepada golongan Generasi Y.

Antara aktiviti yang pernah Dhiya lakukan dan paling menyentuh perasaan Dhiya?
Aktiviti Program Hero Remaja kedua menyentuh hati dan berasa teramat gembira disebabkan kami dapat membantu menceriakan anak-anak yatim di Rumah Kasih Harmoni. Setibanya kami disana,adik-adik kecil penghuni rumah ini telah memberikan persembahan yang sangat comel dan menakjubkan. Dhiya sangat gembira kerana dapat bekerjasama dan meluangkan masa untuk adik-adik yang comel itu. Kami telah ditugaskan untuk bergotong royong untuk mengecat Rumah Kasih Harmoni tersebut.

Kenangan yang paling best?
Kenangan terindah adalah ketika kami semua berkumpul untuk perjumpaan ketiga bertemakan “Into the wild”. Kami harus menjalani aktiviti-aktivit mencabar dan menguji kreativiti peserta sebagai contoh adalah “Skytrex,Paintball,Persembahan berdasarkan lagu,Persembahan Nyanyian Solo,Memanah dan Memanjat dinding yang lebih dikenali sebagai Rock Climbing ”. Aktiviti di Taman Pertanian Malaysia memberikan impak terhadap diri Dhiya, ini adalah kerana keadaan Dhiya yang tidak sihat untuk menjalani aktiviti. Disebab sokongon dan dorongan daripada keluarga, peserta hero,team remaja dan team karangkraf telah membuatkan Dhiya tetap gagah melaksanakan tugas dan memberikan kerjasama yang lebih kukuh dan utuh.

Harapan Dhiya dalam pertandingan HR ini?
Dhiya berharap dalam pertandingan ini Dhiya dapat mencungkil dan mencabar diri sendiri agar dapat melonjak ke tahap yang lebih tinggi disamping itu dapat jugalah membantu para remaja diluar sana dengan menjadi Duta,Sumber inspirasi serta Ikon kepada generasi muda sekarang ini.Sokongan dan dorongan daripada pelbagai pihak amatlah memberangsangkan ini adalah kerana mereka mempunyai satu niat dan visi yang sama agar dapat melihat Dhiya menjadi seorang yang berjaya disamping menjadi ikon kepada remaja diluar sana agar dapat memotivasikan diri mereka dengan melihat kejayaan yang dikecapi Dhiya kelak insyaallah. “i saw i came i conquer “ ini adalah salah satu ayat membina yang dapat menaikkan semangat Dhiya agar buat yang terbaik kerana jika suatu masa dahulu seorang lelaki seperti Julius Ceasar dapat menakluk sebahagian dunia maka Dhiya percaya kita sebagai manusia haruslah berusaha keras sampai berjaya.

Kata-kata akhir Dhiya untuk semua yang support Dhiya?
Salam terakhir dari Dhiya, SAKSIKAN DHIYA DI PENTAS FINAL PENCARIAN HERO REMAJA 2011/2012          
Assalamualaikum Salam 1 Malaysia.


jom kita tengok dan intai picture-picture yang sempat Dhiya postkan dekat Risya..( dont be jeles yer )

      
Photo: Finalis Hero Remaja 2011/2012 di Studio Suria FM

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. nice entry dear..keep it up blogging..Fighting !! ^_^

    BalasPadam
  2. Wah! sangat rare entri ini.. keep it up..

    www.kisahsigemok.com

    BalasPadam
  3. singgah balik blog ne..first time sampai sini..huhu..selamat berbelog.

    BalasPadam