September 2012 | Kisah Riss Aziela
Assalamualaikum..
Bersyukur ke hadrad Illahi, Risya masih diberi peluang lagi untuk hidup diatas bumi yang bertuah ini. Terima kasih Ya Allah!!! 

Image result for hero remaja fattah amin

Alhamdulillah, Hero Remaja telah melaburkan tirai pada 22 september 2012, di Dewan MCA, Kuala Lumpur. Tahniah kepada semua Top 22 Hero Remaja 2011/2012. Akan tetapi adat pertandingan mesti ada menang dan kalah, tidak terkecuali dalam Hero Remaja.
Abdul Fattah mohd Amin ( fattah amin ) berjaya merangkul Gelaran Hero Remaja pada edisi kali ini. Beliau telah memenangi RM 5,000 dan sebuah motosikal Naza 650z. Mohd Syafiq Syamim Abdul Razak ( Syafiq kyle ) pula memenangi tempat kedua dan Mohd Shahrul Ridzwan Hashim ( Syarul Ridzwan ) memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Hero Remaja pada kali ini.
Selain itu, Hero Macho disandang oleh anak kelahiran Seremban, Nazrief Nazri dan Hero Favorite disandang oleh Azfar ... Risya ucapkan tahniah kepada semua para pemenang dan kepada yang tidak bernasib baik, kamu adalah terbaik.. Diminta kamu semua bergiat aktif dalam dunia seni ini dan tingkatkan pretasi dan kurang kontrolversi.. ( macam salah eja je )

 
FIRST PLACE
Abdul Fattah

Image result for hero remaja syafiq kyle
SECOND PLACE
Syafiq Syamim

Image result for syarul ridzwan hero remaja
THIRD PLACE
Shahrul Ridzwan

Image result for Nazrief Nazri hero remaja

Image result for azfar hero remaja
HERO MACHO DAN FAVORITE
Nazrief Nazri dan Azfar
Image result for azfar hero remaja

All the TOP 22... =) you are the best...

Risya harap lepas da jadi Artis tolong jangan sombong.. Risya mahu kamu semua jadi seperti sekarang..yang sentiasa melayan pelbagai karenah fans kamu.. so, good luck n all the best to all... =)
Ery Ma'arof

salam 1 malaysia.. disini Risya begitu gembira kerana dapat menemu ramah jejaka handsome dan macho ini siapa lagi kalau bukan Daing Zairi bin Ma'arof atau lebih dikenali sebagai Ery Ma'arof. beliau merupakan anak ke 12 dari 14 orang adik beradik ini berasal dari Ayer Hitam, Batu Pahat.
 Jejaka yang lahir pada 8 oktober 1984 ini merupakan seorang pendatang baru dalam arena industri tanah air ini.. Antara lagu-lagu beliau ialah melukis awan dan terpaut.
Jom ikuti perjalan ERY dalam menempuhi onak duri dalam persada hiburan muzik tanah air.

Bagaimanakah anda boleh berkecimpung dalam dunia seni ini?

Ery aktif menyanyi sejak berumur 11 tahun…sbenarnya dah lama nak nak menjadi penyanyi tetapi keluarga suruh belajar dulu sehinggalah ery habis belajar di UKM….minat yg mendalam menyebabkan ery bertekad untuk melahirkan single album…

Siapakah yang mula2 membawa anda kedunia seni?

Ery diperkenalkan kepada Saari Amri oleh kawan ery dan Alhamdulillah selepas mendengar demo dr Ery, abg Saari bersetuju untuk menghasilkan satu lagu nyanyian Ery dan akhirnya terhasillah lagu Astaghfirullah Al Azim dan Tak Takut….dr sinilah bermulanya karier ery sbg penyanyi…

Adakah single pertama anda mendapat sambutan dan diterima masyarakat?

Alhamdulillah lagu Astaghfirullah Al Azim mendapat sambutan yang sebaiknya dr semua peminat muzik tempatan..Lagu berkonsepkan ketuhanan ini telah pun dilancarkan pada 13 Ogos 2011 semasa bulan Ramadhan yg lepas…

Pernah menyertai mana-mana pertandingan nyanyian?

Banyak pertandingan yang ery sertai sebelum ery menceburi industry ini..Antaranya Sinaran Rakan Muda, Metro idol, Bintang UKM dan banyak lagi.

Harapan anda di dalam industry hiburan ini?

Ery berharap kehadiran Ery diterima oleh semua dan sokongan semua amat ery harapkan untuk ery terus bertapak dalam industry ini…Azam ery untuk tahun 2013 ialah ery akan mencipta lagu untuk diri sendiri dan kepada sesiapa penyanyi yg memelukan lagu baru…

begitulah temu bual ringkas diantara Risya dan Ery.. kepada sesiapa yang masih belum dengarkan lagu Ery, dengarkanlah di SINI!!!
l
l
l
l
V

melukis awan

terpaut

astaghfirullah al azim

p/s: tengah edit picture Risya dengan player, jika tidak ada arah melintang Risya update minggu nie..=)