D'Academic Asia 3 #teamBrunei :debarannya semakin hampir

Wah, tinggal 11 hari lagi D'Academic Asia 3 ( DAA3) akan membuka tirainya tidak lama lagi. Tentunya sekali lagi barisan negara-negara yang bertanding akan menghantar wakil yang cukup dasat yang cukup berpengaruh untuk mewakili negara masing-masing. DAA3 tidak perlu dipekenalkan lagi, kerana DAA sebelum ini telah menjadi fenomena di negara-negara bertanding termasuk di Malaysia dan Brunei.

Risya akan memperkenalkan Pewakilan Brunei yang akan mewakili Brunei pada edisi kali ini .Tahun ini , Brunei telah menghantar pewakilan yang cukup mantap. Mereka telah berlatih bersama-sama dengan Pg Hj Ismail atau lebih dikenali sebagai #RajaDangdutBrunei iaitu individu yang cukup disegani dan penting oleh penyanyi dan juga peminat - peminat irama dangdut di negara Brunei Darussalam.


1 ) AK Mohd. Faiz PG Hj Ismail


Faiz Ismail, merupakan seorang individu yang agak rapat dengan Risya. Sebelum ini, Risya ada temubual secara exclusive dengan Faiz Ismail ( anak raja dangdut brunei berentap di DAA3 ) . Beliau juga anak kepada Raja Dangdut Brunei, Pg Hj Ismail. Wah, lepas ni Raja Dangdut boleh tarik nafas lega kerana sudah ada penganti. Suara dia no bad la, sebab Risya tak pernah dengar dia nyanyi lagu dangdut. Biasanya, dia nyanyi lagu Rock je. Tu yang tak sabar Risya nak liat. 

2 ) Ampuan MD Fatrullah Hasdillah Ampuan Yaakub


kalau tak salah Risya, beliau merupakan adik kepada salah seorang peserta DAA musim ke 2 iaitu Ejja yaakob. Jika suara kakaknya begitu merdu, bagaimana pula suara adiknya. kita tunggu.

3 ) Awgku Mohd. Sahril Qaha'ar PG Hashim


OMG. ini memang keturunan dangdut ke apa. Risya mendapat info setelah di risik-risik , Ak Qahaar merupakan SUAMI kepada EJJA YAAKOB DAA2. Adik masuk, husband masuk. wah, rezeki tu. Memang satu Family kaki Dangdut. Mesti suara pun memukaukn.

4 ) Mohammad Hidayatullah Bin Junaini


OK , yang ni Risya kenal. Adik kepada kakak angkat Risya, kak wana.Beliau juga merupakan anak didik kepada raja dangdut Brunei. Risya pernah dengar suara dia menyanyi, dan suara dia memang tip top. Bakat yang ada pada diri Dayat juga datangnya dari keluarga beliau sendiri.Mana tidaknya, D'Academic Asia musim pertama menampilkan kakak kepada beliau iaitu YANIEY DAA dan kakak ipar beliau ( Ryana DAA2 ) pula mewakili Brunei di D'Academic Asia kedua.

5 ) Nurul Hasmah Binti Rosli

Risya no comment dulu boleh tak? sebab Risya tak kenal dan check IG pun tak jumpa.hihihi

6 ) Seri Banun Binti Omar


Jika Risya Perempuan pun terpesona dengan kecantikan Beliau, apatah lagi kaum lelakikan..hahah.. Cantik Rupa, suara cantik tak? hah, uolls nak tahu tak suara beliau sedap ke tak, uolss wajib liat first konsert DAA ok.

Bila Tarikh Konsert Pertama? 

konsert pertama akan diadakan pada 23 oktober 2017 di Jakarta,Indonesia . Kamu semua boleh melihat live steaming di Indo Siar.

Negara manakah yang akan bertanding? 

#bruneidarussalam 
#indonesia
 #malaysia
 #singapore
 #timorleste
 #thailand

Kepada Semua yang bertanding, Risya mengucapkan selamat maju jaya, buat yang terbaik, banggakan parents dan banggakan Negara kamu. Selamat belayar hari ahad ni. will miss uolls. inda dapat jumpa masa Risya datang sana nanti. sedihnya tp nda papa yang penting uolls success di sana nanti.

Lepas kita da tahu keenam-enam pewakilan Malaysia, Risya akan update Blog lagi ok!! Sebab yang tahu sekarang hanya 4 orang sahaja, 2 orang lagi suprise katanya. 

Catat Ulasan

0 Ulasan