ITINERARY ke Brunei Darussalam 4hari 3malam

Hai guys,
Ramai yang tanya Risya kos ke brunei mahal tak? So, hari ini akak berkesempatan untuk nenulis dengan panjang lebar. Ada yang da tahu Risya memang always pergi balik ke Brunei. Ramai yang mahu pergi tapi disebabkan mata wang yang begitu mahal, mereka fikir 2 3 kali. Mata wang sama macam Singapore katanya. 

Yes, Risya mengaku mata wang negara Brunei ni like a Singapore but makanan disini lagi murah beranding Singapore. Contohnya, masa Rinsya ke Singapore, Risya habiskan $15(makan tengahari ) tapi untuk di brunei kamu boleh makan sampai kenyang dengan harga $5. If tak ada bajet sangat, beli aja nasi katok yang berharga $1.


Tiket Flight





Kalau nak tiket yang murah sila la tunggu promo dari Airasia. Biasanya, kalau ada bajet yang lebih, Risya akan naik Royal Brunei ( RM400+ pergi balik ). Kalau tak ada, Risya akan tunggu jugak promo dari Airasia. Hihihi.. so hari tu Risya pergi brunei menggunakan Airasia,

harga tiket pergi dan balik = rm269.40

Transport
Perkara pertama yang uolss kena fikir ialah transport. Disebabkan Risya ada ramai Family dan kawan disini, maka Risya abaikan transport.
Biasanya kebanyakkan yang datang Brunei, wajib menempah kereta sewa. Hal ini demikian kerana teramat susah nak cari teksi atau bas. Jika Malaysia, kita ada Uber, Grab, KTM, LRT dan sebagainya,tetapi disini tiada. Lagi pun, Minyak disini tidaklah semahal minyak di Malaysia tapi stesen minyak dekat sini x banyak.. harga kereta sewa pula dalam sekitar $30-$80 sahaja.

Transport = FREE

HOTEL


park garden hotel

Image result for jeruton hotel
jeruton hotel

Disebabkan I pergi dengan kawan, jadi I ambil keputusan untuk menginap di Jeruton Hotel.. Hotel ni selesa, makanan pun nyaman, everything ok la. No bad. Kalau tak fikir kawan, da lama I tidur dekat rumah Family i..haha.. Act banyak lagi hotel murah dekat sini, tapi kena walk-in. Contohnya Park garden Hotel, Cuma $35 perday. Dulu menginap hotel ni juga tapi memandangkan walk in, I abaikan..sebab takut kalau pergi FULL. Kemudahan Hotel ni pun perfect dan yang penting dekat dengan jerudong park. hahah

Penginapan 4 hari 3 malam =$134 @ RM419 = RM209.50/person

Makanan
Makanan dekat sini semuanya murah-murah. 

Image result for ambuyat
sumber : google

1.AMBUYAT : Makanan yang wajib uolss rasa ialah Ambuyat. Makanan ini adalah makanan tradisi masyarakat brunei. Antara tempat yang popular untuk ambuyat ni ialah dekat Restoran Aminah Arif. Sangat-sangat nyaman jika makan panas2.

2.Fast Food : Harga untuk fast food ni boleh tahan la.. Contoh, Jollibee , MCD , KFC , Wayback burgers , Big Papa’s Restaurant , Mangherita Pizzeria dan lain2.

sumber : google

3.Nasi Katok : antara makanan yang termurah di Brunei. Hanya $1. Boleh di dapati dimana-mana. Tapi nasi katok yang paling best adalah dekat nasi katok adik atau nasi katok mama. Nyaman berabis.

Related image
sumber : google

4.Pasar Gadong. Wajib singgah kerana kebanyakan makanan disini beharga $1. Beli $5, buncit perut. Di sini, kamu semua boleh jumpa makanan yang tiada di Malaysia. 
So, total makan I disini selama 4 hari adalah RM120.50 .

Makanan : $38.60 @ RM120.50 /PERSON

Visit Brunei
Tak banyak tempat yang boleh kita lawati di Brunei ni. Sebenarnya 1 hari sahaja sudah cukup untuk pusing2 satu Brunei ni. Tapi , 1 daerah je yang I memang tak sempat pergi Brunei iaitu TEMBURONG. Insyaallah, awal tahun depan I jejakkan kaki ke sana.Kebanyakkan tempat dibrunei ni free. Kalau Malaysia, nak masuk muzium pun kena bayar kan. Tidak bagi di Negara Brunei Darussalam.

Image result for Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah
sumber : google

1) Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah (free)

Image result for kg ayer
sumber : google

2) Kampung Ayer ( $1 )
-untuk ke kg ayer, kita perlu menaiki teksi air. Bayaran untuk ke sana ialah $1


3) Pantai Tungku (free)
-pantai yang sangat popular dalam kalangan penduduk BRUNEI.

Image result for muzium alat kebesaran diraja brunei
sumber : google

4) Muzium Alat Kebesaran Diraja (free)

Image result for istana nurul iman

5) Istana Nurul Iman (free)
-istana ini hanya dibuka pada orang ramai pada hari raya aidilfitri sahaja. Istana ini merupakan istana terbesar dunia.

sumber : google

6) Taman Tema Jerudong ( $20 )
-merupakan satu-satunya theme park yang ada di Brunei DS ini. 
Harga masuk di sini agak standard. Same like Malaysia juga.

opening hours

price

7) Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque (free)

8) Kg Kianggeh Open Air Market (free)

9) Mausoleum of Sultan Bolkiah (free)

10) Hassanal Bolkiah National Stadium (free)
-Stadium rasmi pasukan Brunei DS dan Home untuk DPMM FC di Singapore league.

11) Royal Regalia Building (free)

tunggu matahari terbenam di empire hotel

Image result for empire hotel brunei
lobby empire hotel

12) Empire Hotel & country club (free)
-hotel termahal di brunei. Kalau tak dapat menginap disini,dapat masuk pun da kira bersyukur tau.orang awam boleh masuk ke hotel ini untuk melihat suasana dalam hotel dan menikmati matahari terbenam di pantai hotel ini. Hotel yang serba mewah, ada cinema lagi tu.

Image result for gadong mall brunei
sumber : google

13) Gadong Mall (free)
-satu satunya shopping mall yang ada di daerah gadong ni. Window shopping je. Sebab kebanyakan barang-barang mereka ambil di KL.

Image result for One Billionth Barrel Monument & Oil & Gas Discovery Centre
sumber : google

14) One Billionth Barrel Monument & Oil & Gas Discovery Centre ( $5 )
-harga untuk masuk ke OGDC ni adalah $5 untuk dewasa.

Visit brunei = $26 @ RM81.20 / person

TOTAL : RM680.60

tak sampai 1k kan..hihi. semoga entry kali ini anda dapat tahu serba sedikit tempat-tempat yang ada di Brunei. :)

1 comment:

  1. balas kunjungan sini jugak. nnt jemput la join GA Ray okayy

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete

Adbox