Lesti - Kulepas Dengan Ikhlas Lirik

Hai guys!! Pernah dengar tak lagu “Kulepas Dengan Ikhlas” dari penyanyi kecil molek dari negara seberang – Lesti Kejora. Sumpah!! Sedap gile lagu dia atau mungkin lirik lagu tersebut mempunyai banyak persamaan dalam kehidupan Riss dulunya. Hihihi… Tapi sebelum kita tonton video dari Lesti Kejora, mari kenali lebih lanjut tentang Beliau.

Siapa Itu Lesti Kejora?

Lesti Andryani atau lebih di kenali sebagai Lesti Kejora ialah seorang penyanyi dangdut berasal dari Indonesia. Nama Lesti Kejora tak asing lagi di telinga masyarakat Indonesia, terutama bagi para pencinta musik dangdut.
Lesti Kejora mula dikenal setelah menjadi juara dari rancangan pencarian bakat D'Academy musim pertama yang ditayangkan di Indosiar. Lesti, memiliki cengkuk atau dalam Bahasa Malaysia, Lenggok vocal yang mantap sehingga mampu memukau setiap orang yang menyaksikan penampilannya. 
Setelah meraih tempat pertama dalam pertandingan D'Academy, Lesti mengeluarkan debut single "Kejora" yang diciptakan oleh Nur Bayan dan mendapat sambutan yang mengalakkan. Dari situ Lesti kejora tidak lagi toleh kebelakang. Beliau terus langkah dan melangkah untuk terus maju kehadapan untuk mencapai cita-citanya.

Kulepas Dengan Ikhlas Diciptakan Berdasarkan Percintaan Lesti

Sebenarnya Riss memang suka suara Lesti Kejora terutamanya pabila Beliau menyanyikan lagu “zapin melayu” ciptaan Arwah Pak Ngah. Lesti juga sempat viral di Malaysia saat menghadiri majlis Perkahwinan sang Mantan, Rizky DA dan pasangannya. Kisah cinta antara mereka hanya mampu bertahan selama 5 tahun.
Kulepas dengan Ikhlas menjadi trending di Youtube dengan tontonan sebanyak 20 juta dalam masa beberapa hari sahaja. Muzik video yang dibintangi oleh Rizky Billar bukan sahaja tranding di Indonesia bahkan trading di beberapa negara lain termasuk di MALAYSIA.

Jom kita semak liriknya seperti apa guys!!!

“Selamat kuucapkan padamu
Wahai orang yang pernah paling aku sayang
Kulepas dirimu dengan ikhlas
Moga Tuhan jagakan dirimu dan dia
Kudatang memberikan selamat
Walau langkah kaki Gamang
Untuk kamu aku datang
Semoga dirimu bahagia
Kulepas dirimu dengan ikhlas
Semoga engkau dan dia bahagia
Dulu Kita Pernah berbagi Rasa
Kini kita hanya teman yang biasa
Dulu Kita Bisa berencana
Tapi Tuhanlah yang menakdirkan
Hidup terus berjalan
Engkau tlah ku relakan
Pada Tuhan semua
Ku pasrahkan”


Catat Ulasan

0 Ulasan