IGUNNER MALAYSIAN FOOTBALL COMMUNITY Bantu Pelajar Kurang Kemampuan Melalui Gerobok Rezeki

gerobok rezeki

IGUNNER MALAYSIAN FOOTBALL COMMUNITY BUKAN SEKADAR PENYOKONG ARSENAL

Perkataan Gunner tidak perlu dikatakan lagi bagi peminat bola sepak. Ia merupakan jolokan nama bagi kelap EPL iaitu Arsenal. Jadi, IGUNNER MALAYSIAN FOOTBALL COMMUNITY merupakan kelab penyokong Arsenal Malaysia. Kelab ini tidak hanya tertumpu pada bola semata-mata, mereka juga membuat kerja-kerja kebajikan seperti membantu para pesakit cancer, pelajar sekolah dan golongan yang memerlukan. Baru-baru ini, ada satu kelab penyokong Arsenal telah berkerjasama dengan NGO PERTUBUHAN KEINSANAN MALAYSIA (HUMANITY) untuk menjayakan satu progam amal yang dinamakan Gerobok Rezeki.

gerobok rezeki

Gerobok rezeki merupakan satu inovasi sosial yang menuntut peranan masyarakat.

Wujudnya Gerobok Rezeki di sekolah telah menjadi platform kepada warga sekolah dan masyarakat setempat umumnya dalam memberi atas kemampuan buat mereka yang memerlukan. Sasarannya adalah murid dari keluarga B40. Sekolah bukan jabatan kebajikan namun platform ini mampu mengurangi kadar murid yg lapar ketika pergi dan pulang ke sekolah. Antara barang yang boleh disumbang oleh masyarakat kepada Gerobok Rezeki adalah barang keperluan asas seperti beras,susu,milo, kicap, bihun dan lain-lain.

gerobok rezeki

Hari ini NGO PERTUBUHAN KEINSANAN MALAYSIA (HUMANITY) melalui wakilnya Cik Rose silawati mohamed ali telah melancarkan inovasi sosial gerobok rezeki SK Kuala Mai Bharu. Ini merupakan satu-satunya gerobok rezeki yang pertama diwujudkan di daerah Temerloh. Gerobok Rezeki yang dirasmikan oleh Guru Besar  tuan Basarudin bin Talib dengan kerjasama NGO igunner malaysian football community ini diharapkan dapat memupuk sikap kongsi rezeki di kalangan murid.

gerobok rezeki

Kepada mereka yang ingin membantu atau menyumbang kepada program gerobok rezeki ini boleh menghubungi terus pihak sekolah.


 

Catat Ulasan

0 Ulasan