Semenjak daripada itu, saya membuat bacaan tentang penyakit ini dan Alhamdulillah seseorang telah memberi saya sebuah buku tentang “Perubatan Al-Quran dalam Rawatan Kanser" hasil penulisan Ustaz Hj. Lokman Abdul Hamid dan saya banyak membaca penulisan beliau sama ada buku ataupun dilaman website.
Setelah mengkaji Buku ini,saya akan bercakap sedikit mengenai kaedah mencegah kanser melalui pemakanan.Kalau nak ikutkan saya mahu ceritakan satu buku akan tetapi bila difikir secara logik pada zaman serba moden ini, pemakanan ada salah satu punca penyebab penyakit ini. Ada 3 faktor yang perlu kita ambil tahu bagi mencegah penyakit ini iaitu diet seimbang , gaya hidup sihat dan stress yang minimum. Pepatah Melayu ada menyebut 'mencegah itu lebih baik daripada merawat' malah Islam menggalakkan umatnya sentiasa menjaga kesihatan dengan cara mengambil langkah pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit.
Apa itu kanser atau Barah?
Barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.
Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan barah (benign) ataupun barah (malignant). Tumor bukan barah tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Barah pula terdiri daripada sel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel barah boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan menyebabkan kematian.
Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.
( penerangan dari MyHEALTH(Kementerian Kesihatan Malaysia) )
Apakah makanan yang perlu dicegah ataupun perlu dielakkan?
1. Daging merah
- Menurut perubatan laporan jurnal British, sel kanser akan tumbuh dengan cepat pada makanan yang berasid. Daging mengandungi antibiotic ternak yang menumbuhkan hormone dan parasait yang berbahaya.sisa yang tertinggal akan menghasilkan acid dan menjadikan sel kanser akan lebih subur.
- Gula adalah hayat kanser dan merupakan makanan bagi sel kanser. Ianya akan mempercepatkan pembiakan kanser di dalam badan manusia.
- Ada juga disebutkan dalam hadis yang lain, bahawa Nabi s.a.w bersabda ”berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni madu dan al-Quran”.
- Madu merupakan ubat segala penyakit. Akan tetapi dengan syarat anda tidak menjadikan madu itu menyebabkan kita sembuh. Hal ini demikian kerana sembuh itu dengan keizinan dari Allah SWT. Jadi, pesakit cancer amat digalakan mengambil madu bagi mengantikan gula.
- Garam yang digunakan dalam masakan mempunyai tambahan kimia. Garam yang lebih baik atau sesuai adalah garam laut.
- Makan seperti ini dapat menyuburkan lagi sel kanser.
- Minuman diatas menpunyai kandungan kafein yang tinggi. Alternatif yang terbaik bagi melawan kanser adalah the hijau.
- Elakkan memakan makanan berjeruk,ikan masin dan sebagainya yang mengandungi cuka.
- Elakkan memakan makanan berminyak seperti makanan goreng. Utamakan makanan kukus
- Alcohol merangsangkan aktiviti bawah sedar. Hal ini menyebabkan oksigen didalam tubuh menurun. Islam juga melarang umatnya mengambil minuman beralkohol
Kanser melemahkan sistem imunisasi seseorang. Pemakanan seimbang boleh menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan semula jangkitan penyakit.
Air zam-zam adalah penawar dan ubat bagi pelbagai penyakit, sebagaimana hadis Nabi SAW, yang bermaksud: “Air zam zam itu penuh berkat. Ia makanan yang mengenyangkan (dan ubat bagi merawat penyakit).” (Riwayat Muslim). Di dalam proses penyembuhan, penyakit kanser digalakkan agar pesakit meminum air zamzam sebanyak mungkin.
Ayat Al-quran untuk Rawatan kanser.
ayat-ayat Al-Quran yang berfungsi sebagai agen penyembuh kanser bermula dengan surah Al Mukminun, ayat 91 hingga 100 dan surah Al Hajj, bermula ayat 31 hingga 55.
Ayat surah Mukminun untuk dibaca pada waktu malam sebanyak tiga kali sama ada selepas maghrib atau isyak atau mana-mana masa yang sesuai pada waktu malam atau dibacakan di dalam sembahyang sama ada fardu, atau Qiyammulail.
Ayat surah Al Hajj tadi pula adalah untuk bacaan siang sebanyak tiga kali selepas subuh, zohor atau asar.
Jika tidak sempat, maka boleh dibaca pada bila-bila masa di waktu siang. Kesimpulannya, tiada alasan sibuk atau tidak sempat untuk seseorang pesakit melakukan amalan ini.
Selepas kali membaca ayat ini, pesakit boleh berdoa kepada Allah agar sakit mereka sembuh.
Ingat, berdoa dengan penuh keyakinan bahawa Allah berkuasa menyembuhkan setiap penyakit di dunia ini.
Kita telah pun berikhtiar dengan membaca ayat ini, lalu berdoa dan bertawakal kepada Allah, insya-Allah, pesakit akan merasakan perbezaannya setelah beberapa hari.
Dua rangkaian ayat yang saya berikan tadi, (Al Mukminun, Al Hajj), hendaklah diamalkan selama empat hingga lima minggu.
Baca dengan seikhlas hati dan penuh keyakinan. Setelah empat hingga lima minggu membaca ayat tadi, pesakit perlu pula membaca dua dari rangkaian surah-surah di bawah.
Surah Rangkaian Ayat
Al Anbiya' 38 hingga 50
Huud 60 hingga 80
An Nahl 90 hingga 110
Yunus 55 hingga 70
Qasas 66 hingga 88
Ibrahim 9 hingga 22
Al Kahfi 38 hingga 60
Yunus 71 hingga 89
10 Ulasan
Makanan yang sedap sedap tu laa selalu membawa penyakit. Semoga kita diberi kesihatan yang baik. Terima kasih info yang menarik :)
BalasPadamkn...tahu x pe..huhu
Padambanyak pantang larang tapi itulah hakikat untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik..huhu
BalasPadamLg 1 penawar utk kanser adalah canabis
BalasPadamalkohol tu sahaja yg kena tinggal. benda2 lain tu perlu ambil pada kadar tertentu. saranan ulama bagus makan daging (organ dalaman je yang tak elok makan tp tu juga orang ramai suka).
BalasPadamyang tak perlu ambil ialah semua makanan proses, makanan segera termasuk yang ada perasa tiruan, karbonat, makanan yg tak bersih, makan dengan tangan yang tak dicuci, masa mula makan tak baca basmallah (bulan pose je beriya2 nak baca doa), makan bende2 peram, jeruk dsbnya...
makanan jugak yang disalahkan.
pelik pelik...
good sharing..anyway done follow ur blog
BalasPadamAssalam... mcm mn saya nk dapatkn buku ni ye?... sebab dah cari online dan dikedai dah sold out... dpt salinan pn xapa.. saya perlukan buku ni
BalasPadamwasalam, dekat saya ada.. tapi kalau nak buat salinan tu, x boleh la.. sebab da langgar hak cipta...
PadamCik ada jual ke? Mcm mn cara saya nak dapatkan ye
BalasPadamsaya hanya ada satu, untuk diri sendiri..☺️ encik boleh cari dikedai2 buku seperti popular or MPh.
Padam