Cara Check Balance Touch n Go online

Hai.. Kad Touch n Go merupakan sekeping kad prabayar yang menggunakan teknologi tanpa sentuh (contactless), sesuai dengan namanya. Maklumat yang terkandung dalam kad ini dibaca melalui induksi magnetik menggunakan frekuensi radio khusus dan perisian kad pintar. Kad ini menjadi salah satu cara bayaran di tempat letak kereta, toll lebuh raya, pengangkutan awam, dan lain-lain.

Image result for touch n go

Tambah nilai kad Touch ‘n Go boleh dibuat di:
  • TnG Customer Experience Centre, (CEC)
  • Hab TnG
  • TnG SPOT
  • Kiosk Petrol
  • Kedai serbaneka
  • ATM
  • Farmasi
  • Kiosk layan diri
  • Kaunter Khidmat Pelanggan di plaza tol terpilih
  • Kaunter tambah nilai di plaza tol lebuh raya.
  • Lokasi-lokasi lain
Bagaimana cara semak baki Touch n Go secara Online?

Sebenarnya ramai yang tanya bagaimana cara melihat baki didalam touch n go secara online? Maka setelah lama bertangguh, Hari ini saya akan tunjukkan cara termuda dan teringkas untuk semak baki kad anda. Anda hanya perlu ikuti 6 langkah mudah.

#langkah mudah pertama

Pergi ke link http://www.touchngo.com.my/ dan klik Sign UP


#langkah mudah kedua

Masukkan no series Touch n Go anda. ( di bahagian belakang ) serta Identity card ( IC ) anda.


#langkah mudah ketiga

Isikan data peribadi Anda.



#langkah mudah keempat

Anda akan mendapat email menandakan anda telah mendaftar kad Touch n Go anda. Kemudian klik tulisan biru atau link tersebut.


#langkah mudah kelima

Setelah buat pada langkah keempat, anda akan terus dibawa ke web rasmi Touch n Go dan diminta log in. Sila masukkan user name dan Password yang anda telah daftar tadi.


#langkah mudah Keenam

Traaadaaaa!!!! anda sudah boleh lihat bagi kad anda. Jadi pastikan anda semak bagi Touch n Go anda sebelum memulakan perjalanan. :)



Selamat berjaya semua.. :)

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. How do you register the Mykad as touch n go? When i register, it showed invalid card serial number..

    BalasPadam
    Balasan
    1. after you topup pada mykad anda, jgn buang resit..coz di resit tu tertera no siri kad Touch N Go anda.

      Padam
    2. You may obtain your MyKad MFG/Serial No. from your reload receipts. Alternatively, kindly contact
      Careline to obtain your MyKad MFG/Serial No.

      Padam
  2. Positive site, where did u come up with the information on this posting?I have read a few of the articles on your website now, and I really like your style. Thanks a million and please keep up the effective work. aces etm

    BalasPadam