BRUNEI!!! Seluruh dunia tahu Ia adalah sebuah negara
kecil yang kaya dengan sumber minyak dan gas. Ia terletak di bahagian utara
kepulauan Borneo dan dikelilingi Malaysia. Nama Borneo pula diambil semperna
nama “Brunei”. Ini kerana pada zaman dahulu kala, Negara ini mempunyai pengaruh
dan kuasa yang kuat di kepulauan ini. Malah, negara ini juga dahulunya
sebahagian daripada gugusan kepulauan Filipina.
Seperti Di Malaysia, Brunei juga terdiri dari pelbagai lapisan puak. Anda boleh lihat terdapat tujuk puak jadi yang terdapat di negara ini. Antara puak-puak jati tersebut ialah;
- Puak Jati Melayu Brunei
- Puak Jati Dusun
- Puak Jati Belait
- Puak Jati Murut
- Puak Jati Bisaya
- Puak Jati Tutong
- Puak Jati Kedayan
Selain dari tujuk puak ini, terdapat juga kaum-kaum lain yang berbilang bangsa seperti Cina, India, Iban, Kadazan serta golongan bangsa Eropah yang memilih Brunei untuk menetap walaupun mereka-mereka ini bukan berasal dari Brunei secara sejarahnya. Nak tahu lebih lanjut lagi tentang eknik atau puak jadi di negara Brunei? Jom kita baca sejarah puak-puak ini.
1. Puak
Jati Melayu Brunei
Sebelum itu, Puak Jati “melayu Brunei” di kenali dengan panggilan “Barunays” yang bermaksud Brunei atau orang Brunei semasa “bancian Kategori eknik” pada tahun 1906 dan 1911. Namun pada tahun 1921, panggilan "Melayu Brunei" diiktiraf secara rasmi . Pengubahsuaian berkemungkinan dilakukan berikutan kesedaran masyarakat Brunei berkenaan identiti Melayu mereka.

Hampir
separuh daripada penduduk kaum Melayu di Malaysia Timur (kawasan pantai barat
selatan negeri Sabah dan sebelah utara negeri Sarawak) adalah etnik atau
berketurunan Melayu Brunei dan hampir seluruh penduduk Melayu di selatan negeri
Sabah seperti daerah Sipitang, daerah Kuala Penyu, daerah Beaufort dan daerah
Papar serta Wilayah Persekutuan Labuan termasuk penduduk Melayu yang menetap di
kawasan sebelah utara negeri Sarawak seperti daerah Limbang, daerah kecil Lawas
dan bandar raya Miri adalah berketurunan Brunei.
Pada awal
penempatan puak Melayu Brunei adalah di persisiran pantai di Brunei. Mereka
membina binaan penempatan mereka di atas air iaitu rumah papan. Dan masyarakat
Melayu Brunei sinonim dengan perkampungan sejarah mereka seperti Kampung Ayer
yang masih wujud sehingga sekarang.
- Puak Dusun

- Puak Jati Belait

Ia dikaitkan dengan sebuah sungai iaitu sungai belait. Pekerjaan utama mereka ialah menuai padi dan membuat sagu. Kalau nak memahami lagi tentang puak ini, Anda boleh ke Kampong Kuala Balai, kampong Mumong iaitu di Mukin labi, Kampong Rampayoh di ulu Belait dan di Kampong Mungkom di Mukim Kiudang, Tutong. Agama yang di pegang oleh puak jati ini kebanyakkannya agama Islam.
- Puak Jati Murut

- Puak Jati Bisaya
Puak
Bisaya? Macam pernah dengarkan? Ia bukan sahaja ada di Brunei malah turut ada
di Sarawak dan Sabah sehingga ke hari ini.
Namun ada yang ura-ura bahawa Puak ini berasal dari Negara Filipina iaitu merujuk kepada bangsa Visaya. Apa yang boleh dikatakan, pernyataan ini 100% salah. Ini kerana ianya tidak selari dengan sejarah bangsa Filipina malah bahasa juga langsung tiada persamaan. Puak Bisaya dikatakan berasal dari wilayah Kerajaan Barunai yang telah wujud seawal kurun 977 Masihi. Mereka berhijrah ke Sabah, Sarawak setelah berlakunya penindasan dan keadaan pada masa itu sangat Kucar kacir.
Berdasarkan
laporan yang diterangkan oleh pakar sejarah antropologi seperti Bewsher (1958),
Sandin (1971) dan Hussain & Newman (1987), kewujudan etnik Bisaya di bumi
Borneo boleh disahkan seawal tahun 1370an lagi. Ini dapat dibuktikan apabila
tahun 1370an Empayar Tanah Besar China telah menghantar satu misi ke Negara
Barunai (Negara Brunei) yang mana ketika itu Chang Ching Tze telah membantu
Maha Mokhsa, Raja Barunai bagi mengawal pemberontakan.
Pemberontakan itu telah menyebabkan ibukota Barunai pada masa itu telah terbakar teruk dan Maha Mokhsa hanya bersandarkan kepada 1,000 masyarakat tempatan Barunai yang dikenali sebagai Bisaya untuk tujuan pertahanan dan keselamatan. Bantuan daripada Maharaja Tembok Besar China telah dapat meredakan Kerajaan Barunai pada masa itu. Dan sebagai membalas jasa itu, maka Maha Mokhsa telah menghantar satu rombongan bagi misi penghormatan ke Negara China pada Ogos 1371.
Selain
daripada itu dari segi pengkajian sejarahwan menyatakan bahawa etnik Bisaya
yang menghuni bumi Borneo sekarang menurut laporan Beyer H.O pada 1926, Hester
E.D pada 1954 dan Harrison pada tahun 1956 sependapat menyatakan bahawa etnik
Bisaya merupakan kumpulan masyarakat yang berasal daripada Kerajaan Srivijaya
melalui panglima mereka yang bernama Sri Bisaya. Pendapat ini juga disahkan
oleh seorang pengkaji sejarahwan iaitu Sonza pada tahun 1972.
Sekarang, puak Bisaya di Brunei sudahpun memeluk agama Islam sepenuhnya.
- Puak Jati Tutong
Lagi satu yang patut korang tahu adalah asal usul nama Tutong ini. Terdapat banyak cerita mengenai asal usul nama puak Tutong ini. Antara cerita yang diperkatakan sehingga sekarang ialah nama Tutong berasal dari nama seorang puak Murut yang banyak membantu orang-orang yang tinggal di Kampong Lurah Saban dari gangguan ayau (pemburu kepala) yang dilakukan oleh orang-orang Kayan. Megenangkan jasa orang Murut yang bernama Tutong itu, akhirnya tempat tinggalnya berhampiran dengan sungai itu maka iapun diberi nama Sungai Tutong. Di sungai itulah timbulnya asal gelaran Tutong dan juga menjadi perkampungan terawal puak Tutong.
- Puak Jati Kedayan
2 Ulasan
Assalamualaikum,
BalasPadamMaaf, foto tentang masyarakat Puak Kedayan tersebut ada yang salah. Foto tersebut adalah foto kaum Kadazan di Papar, Sabah. Maaf
wasalam.. done... tq yer.. =)
Padam