agungnya Wanita di sisi Allah..:)

“Perempuan! Wanita! Diperkosa, Dirogol serta ditindas. Malah ada juga tanpa ada sifat belas kasihan sanggup membunuh kaum hawa ini. Apa dosa mereka, sehingga kaum lelaki tergamak melakukannya dengan sebahagian rupa. Ya Allah!!”

Saban hari kita mendengar kes-kes di atas kan. Dan setiap kali itulah hati aku meronta, menjerit dan menangis apa yang berlaku pada saudara-saudaraku. Kenapa dan Mengapa.

Islam Mengangkat Darjat Dan Martabat Wanita Islam

Tahukah engkau betapa mulianya Wanita di sisi Allah. Agama Islam sangat memuliakan wanita dengan mengangkat darjat dan martabat wanita berbanding masyarakat barat yang sebahagiannya merendahkan darjat seorang wanita. Di dalam Al-quran pun telah menjelaskan bahawa Islam telah menetapkan hak-hak wanita dengan sempurna tanpa pengurangan sedikit pun.

Keistimewaan Wanita Berbanding Lelaki Yang Wajib Anda Tahu

Ramai yang tak tahu, wanita mempunyai kelebihan yang sangat-sangat di cemburui oleh lelaki. Jadi kenapa kita sebagai wanita tidak menggunakan manfaat yang Allah telah berikan pada kita?

1. Doa lebih makbul dari lelaki

Kita sering dengar ungkapan “ doa ibu mujarab dan dimakbulkan oleh Allah”. Nak tahu kenapa? Ini kerana sifat penyayang kaum wanita melebihi lelaki. Rasulullah SAW pernah menjawab hal ini apabila Baginda di tanya oleh sahabatnya berkaitan dengan ini. Jawab Baginda SAW “ Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Wanita adalah hadiah yang di anugerahkan oleh Allah

Wanita adalah satu anugerah yang tiada nilainya. Ia merupakan hadiah dari Allah untuk kaum lelaki. Lelaki akan berasa tenang dari segi fizikal dan mental pabila adanya wanita disisinya. Wanita dapat memberi tenaga yang positif yang sangat-sangat berguna seperti memberi cinta, kasih sayang dan motivasi hidup.

3 . Wanita solehah penyeri di Syurga

Tidak dapat dinafikan, bidadari syurga menjadi idaman para lelaki. Namun begitu, Bidadari ini kalah dengan keistimewaan yang dimiliki oleh wanita solehah yang berada dunia. Ini kerana segala amal jariah kita lah yang membuatkan kita lebih mulia dari para bidadari syuga.

4. Pengecualian Wanita dalam mengerjakan ibadah

Seperti dalam cerita Upin Ipin, apabila kak ros tak puasa, kak Ros menyebutkan “wanita istimewa”. YA!! Tepat sekali kenyataan Kak Ros. Setiap wanita, akan mengalami pendarahan haid mahupun nifas. Ini yang membuatkan wanita di kecualian dalam mengerjakan ibadah seperti solat & puasa

Sebagai wanita, tentu akan mengalami haid dan nifas, hal ini lah yang menjadi pengecualian dari Allah SWT untuk tidak melaksanakan sholat atau puasa.

5. Wanita solehah bebas masuk surga dari pintu manapun

Wanita sholehah adalah wanita yang bertaqwa pada Allah, yang mengerjakan amal baik dan meninggalkan larangan-Nya. Untuk itu Allah membalasnya dengan jaminan masuk surga dari pintu manapun yang diinginkanya.

Sebenarnya banyak lagi keistimewa kaum wanita di Sisi Allah dan Islam ni. Tapi, setakat ni sahaja yang boleh Riss kongsikan. Insyaallah, ada masa nanti, Riss sambung bab keistimewaan wanita.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. hee,yup2.kadang2 kita lupa jawapan kepada "kenapa" tu.mekasih sbb ingaykan alin jugak.. :)

    BalasPadam
  2. Sbb perempuan dilahirkan dgn sifat sabar & penyayang..

    BalasPadam