Adi Said Mencipta Sejarah Buat Bola Sepak Brunei

Siapa sangka Brunei dapat melahirkan pemain bola sepak yang hebat serta mengagumkan. Pastinya Rakyat Brunei turut berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh pemain kebangsaan Brunei dan bekas penyerang DPMM FC, Adi Said.


Penjaring 11 gol liga Singapura itu telah menandatangani kontrak satu tahun dengan pasukan liga perdana Malaysia, UiTM FC.


Ini merupakan satu detik bermulanya era kebangkitan  bola sepak Brunei. Adi Said telah membuktikan bahawa Brunei mempunyai pemain yang terbaik serta berkualiti.

Menurut beliau ketika di temubual brusports.com, beliau berasa gementar memandangkan ini kali pertama bermain untuk kelab lain luar daripada Brunei.


"Saya berasa gementar kerana ini kali pertama bermain untuk kelab lain di Malaysia. Saya akan berusaha sedaya upaya dan juga cuba berkongsi pengalaman saya di liga Singapore ketika bermain di sana"

Selamat berjaya diucapkan kepada Adi Said dan diharapkan pemain Brunei yang lain kursusnya pemain muda seperti Wafi, Haimie, Yura serta ramai lagi dapat mengikuti jejak langkah Adi Said. Yakin Brunei.

No comments:

Post a Comment

Adbox