
Apa itu i-Lestari?
i-Lestari ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.

Jumlah maksimum RM50 dan maksimum RM 500 sebulan ini adalah jumlah yang munasabah bagi menambah sumber kewangan ahl untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.
Syarat- syarat i-Lestari
- Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
- Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).
- Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
Amaun yang layak dikeluarkan
Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat. Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.
Cara - cara Memohon i-Lestari Tanpa mendaftar di i-Akaun(ahli)
Terdapat beberapa langkah mudah yang anda boleh ikuti. Langkahnya adalah;
Langkah 1
- layari laman sesawang https://ilestari.kwsp.gov.my/
Langkah 2
- klik permohonan baru
Langkah 3 & 4
- Lengkapkan borang dan pastikan yang bertanda * wajib di isi. Anda juga harus memasukkan nombor akaun bank milik anda sendiri.
- tandakan di bahagian terma & syarat
Langkah 5
- Pastikan permohonan anda tepat dan muktamad. Kemudian klik HANTAR
Langkah Terakhir
- taraaaaa!!!! Permohonan anda berjaya dihantar.
Cara semak permohonan | LULUS ATAU GAGAL
Anda akan mengetahui permohonan anda lulus atau gagal dalam masa 2 hari. Bagaimana hendak menyemaknya?
- Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang anda telah daftar. Kemudian klik "Saya bukan robot" dan Semak.
- Status Permohonan akan keluar dan sekaligus memberitahu sama ada anda lulus atau gagal.
Bagaimana? Senang bukan cara nak memohon dan semak. Tunggu apa lagi. Jom Mohon sekarang!!!!!
sumber : KWSP
0 Ulasan