Pengalaman COVID-19 PCR Test | Sakit Atau Tidak?

 Covid 19 merupakan penyakit menular yang disebabkan oleh jenis coronavirus yang baru ditemukan. Ini merupakan virus baru dan penyakit yang sebelumnya tidak dikenal sebelum terjadi wabah di Wuhan, Tiongkok, bulan Desember 2019.

Silent COVID-19 Cases May Stymie Screening Efforts

Apakah tanda-tanda seseorang yang telah dijangkiti?

Pesakit akan mengalami simptom seperti berikut:
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Selsema
  • Demam
  • Sesak safas
  • Sakit badan
Dalam kes Riss, Riss demam On Off disusuli dengan batuk dan selesema selama satu minggu. Kerana Riss bekerja dalam sector yang penting, company dan Klinik Panel telah menyarankan Riss untuk membuat COVID-19 PCR Test Drive Thru di Hospital Mawar, Seremban.

"Apakah saya telah di jangkiti Covid-19?"
"Bagaimana nak hadapi kalau betul-betul terkena dengan jangkitan ni?"

Bermacam-macam soalan yang berada di minda saya. Rasa Cuak, Takut, menjadi satu. Nak tak nak, saya mesti lakukan PCR Test. Mula lah saya GOOGLE HOSPITAL MAWAR. Kemudian, Telefon pihak hospital & Nurse di situ memberi saya nombor doctor yang in charge untuk PCR Test


whatsapp Dr Ong untuk temu janji

Surat Temu Janji


Sampai tarikh yang di janjikan, punya lah cuak. Hanya Allah je tahu perasaan tu. Tapi doktor Ong, amat-amat baik. Riss tanya dia, Sakit tak Doctor?  Dia cakap "adik, tak sakit pun. Rasa geli saja. Ikut arahan saya ok?" 

Then, dia masukkan something dalam mulut, like putik kapas (yang macam korek telinga) sampai dalam tekak. Untuk part ni, Riss tak rasa apa-apa. Sakit tak, geli pun tak. Part dalam hidung tu yang sedikit cuak. Sebab benda yang dia nak masukkan tu, panjang. hahaha. Rasa nak balik masa tu.

Dr. Dan Brennan: What You Need to Know About COVID-19 Testing ...
"google"

Tapi everything semuanya okey. Senang je kalau tak nak rasa sakit. DENGAR ARAHAN DOCTOR. Masa ni, doctor suruh Riss bernafas mengunakan mulut. Jangan sesekali bernafas guna hidung. Mungkin kalau bernafas guna hidung, sakit. Sebab tu, ramai yang cakap buat test covid sakit. Mungkin la. Tapi bagi Riss, part yang masukkan dalam hidung ni, tak sakit tapi geli. Untuk kedua - dua test ni, masa yang diambil hanya 3-5 minit sahaja tanpa perlu turun dari kereta. 



Bila result akan keluar? Sehari selepas anda buat test ( untuk private hospital ). Ia merupakan satu tarikh yang tak mungkin dilupakan. Tarikh di mana saya benar-benar dijangkiti Covid ataupun tidak. Akan tetapi perancangan Allah untuk hambanya melebihi dari segalanya. Allahamdulilah, Syukur kepada Allah. Doc telah sah kan bahawa Riss tidak di jangkiti wabak tersebut.


Kepada Anda yang diluar sana tidak perlu takut. Riss tahu ada sebilangan kecil yang mempunyai simptom ini tapi takut untuk pergi membuat pemeriksaan. Tak perlu taku. Kerana Allah sentiasa bersama kita. 


Catat Ulasan

0 Ulasan