6 Tempat Menarik Di Brunei Yang Patut Anda Lawati Selepas Covid-19 Berakhir

Kenapa Riss kerap kongsikan tentang Brunei. Salah satunya sebab Brunei seperti rumah kedua Riss selain dari negaranya yang damai, tenang dan bersih. Ramai yang tanya, Riss pergi Brunei tak bosan ke? Brunei ada tempat yang menarik ke? Setiap negara sudah pasti mempunyai tempat yang menarik dan mempunyai value yang tersendiri. Brunei tidak terkecuali. So, hari ini Riss nak kongsi antara tempat-tempat menarik di Brunei bahagian pertama.

1. Istana Nurul Iman

Pasti ramai yang tahu, Istana ini merupakan istana yang terbesar di dunia. Maka tidak hairan la istana ini menjadi salah satu destinasi yang paling ramai pengunjung. Apa yang menariknya, istana ini akan dibuka kepada orang awam pada hari raya Aidilfitri selama 3 hari berturut-turut. Jadi, kalau anda nak masuk ke dalam istana dan menikmati makanan yang lazat, anda boleh la berkunjung pada hari raya Aidilfitri. 

istana nurul iman

Tapi, jika anda datang selain dari hari raya Aidilfitri, anda boleh melihat kemegahan Istana Nurul Iman dengan menyusuri Sungai Brunei. Impian Riss tercapai ingin membawa kawan Riss ke istana ini walaupun hanya di pintu gerbang istana. 

Istana Nurul Iman dari Sungai

2. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin

Satu keterujaan bagi Riss pabila dapat melihat masjid yang bertahtakan emas. Kalau anda masih tak tahu, biar Riss terangkan. Kubah Utama Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin ini diselaputi dengan emas tulen. Masjid ini juga kelihatan begitu “gah” kerana terletak di antara sungai dan taman bunga selain emas yang memancar di seluruh Bandar Seri Begawan. 

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin

Cumanya, sayang seribu kali sayang. Riss tak dapat ambik gambar di bahagian dalam. 

3. Masjid Hassanal Bolkiah

Seperti Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Masjid Hassanal Bolkiah pun tidak kurang hebatnya. Seni bina yang terukir di Masjid ini membuatkan Riss betul-betul terpersona. Riss bersyukur kerana dapat menjejakkan kaki ke Masjid ini. 

Masjid Hassanal Bolkiah

Terima kasih kepada kawan Riss, Jolean (chiness Brunei) sebab bawa Riss pertama kali ke sini. Di sini juga tak boleh snap picture ye..

4. Pantai Tungku

Paitai Tungku

Kali pertama Riss jejakkan kaki pantai ini, Riss berkata dalam hati “Subahannallah, cantiknya”. Lagi-lagi bila Riss melihat sendiri matahari terbenam. Dan kali ni betul-betul Riss bersyukur di hadirkan kawan yang baik ketika di Brunei walaupun dia seorang artis di Brunei (masa ni Riss belum kenal dengan si dia). Udara di pantai sangat-sangat segar. Terasa ketenangannya. 

5. Pantai Seri Kenangan (Pantai Tutong)

Siapa yang tak teruja bila melihat keciptaan ALLAH kan? Kiri sungai, kanan laut dan lalu bercantum. Ketenangan. Ye! Itu gambaran Riss bila berada di situ. Walaupun hadir untuk family day keluarga si dia, tapi dalam masa yang sama riss dapat rasakan keindahan dan ketenangan. 

Pantai Tutong

Dengan angin sepoi-sepoi Bahasa ditambah lagi udara yang segar. Kalau nak tahu, walaupun waktu tengah hari masa Riss pergi tu, udara dia sejuk ya amat. Menyesal tak bawa baju sejuk. Balik je dari pantai, terus demam. Nak-nak lagi time tu covid da mula ada. Risau gila. Syukur hanya demam pantai sahaja.

6. Jerudong Park

Siapa kata Brunei taka da taman tema? Tampar nak tak? Walaupun tak sebesar taman tema di negara kita, tapi ianya menyeronokkan. Apatah lagi kalau pergi Bersama keluarga ataupun orang yang kita sayang. 

Jerudong Park

Macam-macam permainan yang ada dekat taman tema ni tau. Salah satunya ferris wheel. Dekat sini anda boleh lihat Kawasan sekitar taman tema ini selain menaiki roller coaster yang menjadi kegemaran Riss. Harga pun berbaloi. 

Sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik seperti Temburong, Kuala Belait yang belum Riss terokai di Brunei. Mudah-mudahan bila Covid-19 da berlalu pergi, Riss dapat jelajahi keindahan negara Brunei. Sekali gus, Riss dapat berkongsi tempat menarik yang patut anda pergi bila menjejakkan kaki di sini. 


Catat Ulasan

0 Ulasan