Jom Ajak Anak Bermain Video Game Secara Online Ketika MCO 3.0

“Total lock down” atau MCO 3.0 akan diteruskan penguatkuasaan sehingga 28 jun 2021 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Sudah pasti ibu bapa pening kepala dengan kerenah dan ragam yang buat oleh anak-anak. Kadang-kadang darah dah sampai di kepala dek menahan marah. Walaupun Riss belum berkahwin, tapi Riss tinggal dengan anak buah Riss yang pelbagai peringkat umur. Jadi, sudah pastilah Riss faham apa yang dihadapi oleh ibu bapa kursusnya. Tapi tahukah anda kenapa anak-anak anda menjadi begitu?

Faktor Anak Jadi Memberontak Semasa PKP

Kenapa mereka lakukan pelbagai ragam ketika PKP? Salah satu faktor yang utama adalah mereka terlalu bosan. Bila sepahkan rumah, anda marah. Bila anak nak tengok TV, anda pula berebut remote dengan mereka. Bila mereka nak bermain handphone, anda cakap video game banyak mendatangkan kesan negative. Bila semua kemahuan mereka dihalang oleh anda, maka mereka mula memberontak.

Video game mendatangkan kesan positive kepada anak-anak.

Jika anak mahu bermain Video Game, tunaikan sahaja permintaan mereka. Ini kerana menurut kajian, Video game banyak kebaikkan daripada keburukkan. Antara kesan positif yang perlu anda tahu ialah,

1. Melatih otak untuk menyelesaikan masalah dan berfikir secara logik


Apabila mereka bermain video game secara tidak langsung ia akan melatih otak anak-anak. Ini akan membuatkan otaknya menghasikan cara kreatif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya di dalam permainan tersebut.

2. Pembelajaran yang berkesan dan efektif

Kanak-kanak suka permainan yang mempunyai gambar, warna, animasi dan sebagainya, sudah pasti video game mempunyai semua ini dan akan menjadi satu pembelajaran yang menyeronokkan. Kaedah ini telah dipersetujui oleh banyak pihak sebagai kaedah terbaik untuk pembelajaran. 

3. Melatih bercakap atau berkomunikasi dalam Berbahasa Inggeris

Setiap permainan pastinya mempunyai kisah yang berbeza dan dalam setiap permainan, anda akan menemui banyak dialog, pernyataan, soalan dan keterangan dalam bahasa Inggeris.



Ini bermakna, Permainan video boleh menjadi alternatif untuk anak-anak anda belajar bahasa Inggeris. Hal ini kerana, mereka harus mengetahui setiap maklumat serta cara bermain permainan tersebut. Jadi, secara tidak langsung ia akan meningkatkan kemahiran Bahasa inggeris anak-anak anda.

4. Mendidik mereka hadapi menang dan kalah

Menang dan kalah merupakan lumrah kehidupan di dunia ini. Kadang-kadang kita menang, dan kadang kala kita kalah. Permainan Video ini dapat mendidik mereka agar tidak terlalu bangga diri ketika menang dan tidak menyerah ketika kalah. 


Ia dapat memupuk nilai-nilai murni dalam menghadapi dan mengharungi kehidupan di dunia nyata dan menjadikan mereka sentiasa bersyukur di setiap apa yang berlaku.

5. Mengurangkan tekanan

Menurut beberapa kajian, Permainan video terbukti memberikan kesan positif terhadap kesihatan mental seseorang dan dipercayai mampu mengurangkan tekanan. 


Hal ini kerana permainan video adalah menarik, dan memberikan kepuasan yang tinggi apabila berjaya menyelesaikan cabaran.

Jom Ajak Anak Bermain Video Game Secara Online Ketika MCO 3.0 | Plays.org

Plays.org merupakan sebuah laman web yang menawarkan lebih dari 100 permainan dalam talian secara percuma selain ianya seronok bermain bersama-sama keluarga tanpa muat turun aplikasi. Selain itu, anda juga tidak perlu mendaftar atau menyediakan akaun pengguna untuk bermain di dalam plays.org.


Hah.. anda semua nak tahu tak, permainan video yang menjadi rebutan keluarga Riss di Plays.org? Kalau nak tahu, jom!!! 

1. Education Game Online

Video game online merupakan salah satu kaedah alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Riss sendiri menggunakan kaedah ini untuk mengajar anak-anak Buah Riss. Contohnya, mereka lemah dalam matematik. Jadi Riss akan buka Guardians Defenders of Mathematica untuk mereka belajar dengan mudah dan cepat. Dan terbukti cara ini berkesan malah semakin mahir menguasai bidang ini.

2. Puzzle Game Online

Adakah anda ingin melatih kecerdasan otak anak dengan cara yang lebih senang dan mudah? Anda harus mencuba permainan puzzle di Plays.org. Antara kelebihan bermain puzzle adalah dapat melatih memori dan menyelesaikan masalah. Ini memang terbukti tau.. Kalau tak percaya, cubalah!!! 

3. Wars Online

Anda mempunyai anak lelaki dan mencari permainan perang secara percuma? Di plays.org banyak pilihan yang boleh anda pilih. Permainan perang boleh melatih anak anda supaya mengatur strategi yang bijak.


5. Soccer Game Online

Bola sepak menjadi salah satu sukan paling popular di dunia. Dan anak anda mencari cara baru untuk bermain sukan kegemaran dunia dalam talian? Jadilah permainan handalan dunia seterusnya dalam permainan bola sepak dalam talian secara percuma di Plays.org


Kini anda tidak perlu risau jika memori telefon anda penuh lagi kerana ia 100% secara online tanpa muat turun. Dan sudah pasti anak-anak anda gembira kerana dapat bermain banyak permainan di dalam aplikasi ini. Pastikan juga mereka main tu biar berpada-pada jangan sampai mereka jadi leka pula.


Catat Ulasan

0 Ulasan