Jom ajak anak main permainan online di culinaryschools.org

 Seperti yang kita sedia maklum, KPM telah membuat pengumuman tentang pengangguhan sesi persekolahan. Jadi, ini bermakna cuti sekolah akan dilanjutkan lagi. Sudah pasti anak-anak anda akan berasa bosan.

Riss nak kongsi satu berita kepada ibubapa yang mempunyai anak perempuan atau lelaki yang mempunyai minat memasak atau bermain game secara online. Minggu lepas anak buah Riss mengamuk nak permainan masak-masak dalam talian. Jadi, Riss pun Google "games masak-masak online". Lepas itu, Riss pun terjumpa satu laman sesawang mengenai permainan memasak ni. Anak buah punyalah excited. 

Yang paling best, Kita sebagai orang dewasa pun boleh main permainan ini sekali. Maknanya laman web ini bukan sahaja diciptakan khas untuk kanak-kanak sahaja tau. Ramai di antara kita tidak tahu bahawa sebenarnya permainan secara online boleh mengasah kreativiti anak-anak anda. 

Jom main masak-masak di culinaryschools.org 

culinaryschools.org menawarkan koleksi lebih 100 permainan dalam talian untuk membantu membiasakan kanak-kanak dengan makanan, bertani, memasak, seni kulinari, perniagaan restoran dan kerjaya yang berkaitan dengan perhotelan. yang paling best, culinaryschools.org  tak mengandungi sebarang iklan tau. Bebas tanpa iklan.



Selain itu, web ini juga menggunakan reka bentuk web HTML5 yang mesra handphone dan desktop. Pautan kepada setiap permainan dibuka dalam tab baharu tertumpu secara eksklusif pada permainan yang berkaitan sahaja.

5 Koleksi Permainan Memasak Online Yang Best Mengikut Pandangan Anak-Anak Buah Riss

Berikut ialah koleksi permainan yang Anak-anak buah Riss paling suka dan minat sambil  belajar dalam persekitaran interaktif:

1. The Boiled Eggs


Cara Permainan ini senang sahaja. Dimana Pemain perlu merebus telur dalam beberapa periuk berbeza pada masa yang sama dengan menjejaki suhu periuk yang berbeza dan melaraskannya mengikut keperluan. 

Permainan sweety cooking chocolate sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 7 tahun ke bawah. Permainan ini lebih kepada video pengajaran yang boleh dimainkan berbanding permainan.

3. Tap Supermarket

Permainan ini paling best. Sebab ia menguji minda dan ketangkasan kita. Pemain mesti menguruskan kedai runcit termasuk menyimpan semula hasil, mengembangkan lagi barangan yang dijual dan memeriksa pelanggan.

4. Can I Eat It?

Ada anak-anak berusia 6 tahun ke bawah? Permainan ini merupakan pembelajaran asas di mana mereka dengan cepat mengklik ya atau tidak jika mereka fikir sesuatu item boleh dimakan. Permainan termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, biskut, sosej, stoking, kayu, kaca, bateri, pepijat dan banyak lagi.

5. Burger Maker

Permainan ini menyusun bahan mengikut senarai pesanan dan perlu siap dalam masa 10 hingga 15 saat. Apabila selesai dengan senarai tersebut, anda perlu menghidangkan burger untuk menghantarnya kepada pelanggan. Permainan ini cukup mudah dan seronok.

antara permainan yang ada di culinaryschools.org

Ada banyak lagi permainan yang best dan menyeronokkan di culinaryschools.org. Anda boleh ke laman sesawang mereka di https://www.culinaryschools.org/kids-games/ untuk makluman lanjut. Dan paling penting, jangan sia-siakan masa cuti sekolah anak-anak anda.

Catat Ulasan

0 Ulasan