Jodoh? Dengarlah Luahan hati daripada Riss Aziela!!

Bismillah.. Hari ini Riss akan menulis dengan santai sesuai dengan tajuk yang akan Riss bahaskan. Kahwin, siapa yang tak nak kahwin kan? Semua wanita nak sangat kahwin dan hidup berbahagia dengan lelaki pilihannya. Termasuklah Riss. Namun jika Allah belum izinkan maka ia tak akan terjadi.

Sehari lagi melangkah ke tahun baru. Ini bermakna tahun depan umur Riss akan naik satu tahun lagi iaitu 30 tahun. Sepupu yang bawah daripada Riss pun da kahwin. Walaupun mak tak bising untuk suruh kahwin, tapi Riss tahu jauh disudut hati mak, dia ingin Riss kahwin dan bahagia. Riss tak boleh kalau sebut nama mak. Sebab secara tak langsung, air mata mengalir. 

Riss pun ada perasaan nak kahwin, nak ada anak tapi mungkin Allah belum temukan Riss dengan calon yang betul-betul sesuai. Riss cemburu dengan kawan-kawan yang ada anak, yang bahagia dengan suami tercinta. Mungkin  selama ini kawan-kawan Riss tengok Riss happy, tak ada masalah bila bercakap pasal jodoh tapi hakikatnya, Allah yang tahu. 

Kerjaya? Memang Riss bina kerjaya Riss dari seawal Umur 20tahun untuk capai ke tahap Riss ada sekarang ni. Ia tak semudah yang anda semua sangkakan. Kena marah, dicaci, dihina, dibuli, tapi akhirnya Allah balas dengan rezeki yang berlipat kali ganda. Riss banyak kali berfikir. Mungkin Allah nak Riss bina kerjaya untuk bantu kedua ibubapa Riss sebelum DIA datangkan jodoh yang tepat untuk Riss.

Kadang kala Riss menangis dalam bilik. Nak cerita dengan family atau kawan, mereka ada masalah yang lebih berat lagi daripada Riss. Nak tahu kenapa Riss selalu pitam, tekanan darah kurang, stress? Sebabnya ada suara-suara sumbang yang mengata Riss.

"SAMPAI TUA LA KAU TAK KAHWIN-KAHWIN" 

"APA GUNA KALAU BERJAYA TAPI TAK ADA ANAK" 

"BILA KAU NAK KAHWIN, DA TUA NANTI MATI SORANG"

"UMUR DA TUA PUN TAPI TAK LAKU-LAKU"

Apa dosa Riss pada mereka? Riss bukan seorang yang suka ambil tahu pasal orang lain. Perlu kah mengata sedemikian rupa? Rasa kelakar pun ada juga. Mereka ni tahu tak apa yang Riss lalui. Atau mereka hebat sangat sampai nak ambil kerja Tuhan? Riss cuba untuk bermuhasabah diri Riss. Cuba untuk memaafkan mereka. Tapi bila hari-hari orang yang sama mengata, rasanya ada tak kemaafkan untuk mereka. 


Kepada awak-awak diluar sana terutamanya yang suka mengata Riss, Riss tahu setiap penulisan Riss, anda akan baca. Tolong jangan buat kami (wanita yang belum kahwin) begini. Jangan mengata berlebihan. Jangan ambil kerja Tuhan. Sebab Awak semua ada anak. Ada suami. Kalau Allah tarik  kebahagian awak, Riss takut awak yang lagi merana daripada Riss. Andai suatu hari anak awak da besar, tak kahwin... jangan marah, jangan sedih. mungkin itu balasan yang awak buat dekat Riss. Kepada yang sentiasa berikan Riss semangat, motivasi pada Riss. Riss ucapkan terima kasih. Hanya Allah dapat membalasnya. Doakan Riss dapat jodoh yang terbaik. Boleh membimbing Riss. Boleh menghormati kedua ibubapa Riss dan yang penting boleh terima Riss seadanya. Insyaallah!!!


Catat Ulasan

0 Ulasan