Nak Tahu 10 cabaran kritikal perniagaan sekarang? Jom Join Live Session Dr Azizan Osman

 Pada tahun 2022 ini anda semua jangan fikir nak ber 'bisnes' ni semakin mudah! Ianya tak mudah seperti yang anda sangkakan. Kenapa? Ini kerana Terdapat 10 cabaran kritikal perniagaan sekarang yang anda perlu tahu dan ambil tahu. Nak tahu apa 10 cabaran itu? 

Siapa yang tak kenal dengan Mentor Usahawan yang disegani iaitu, Datuk Wira Dr Azizan Osman kan? Beliau sendiri yang akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan tahun 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.

Siapa Datuk Wira Dr Azizan Osman?

Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah seorang usahawan yang memulakan karier hidupnya secara sederhana. Beliau juga telah diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri. Wow, hebatnya beliau. Kata-kata beliau di setiap sesi ceramah beliau telah mendatangkan ompak yang positif kepada usahawan untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa.

Sejak 2008, Dr Azizan Osman telah membantu lebih daripada 700 ribu peserta menerusi program yang dianjurkan secara langsung melalui Richworks International, syarikat yang diterajui beliau sebagai Pengasas dan Pengerusi RichWorks International. Dan ramai dari usahawan telah menjadi jutawan dan berjaya dengan berkat bantuaannya. Beliau telah memberi strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan untuk usahawan terus berdaya saing.

Richworks International Bantu Usahawan Untuk Berjaya

Richworks International adalah sebuah syarikat multinasional yang merupakan penganjur seminar keusahawan terbesar Asia Tenggara. Industri Latihan Keusahawanan merangkumi pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan adalah kepakaran Richworks International dalam menjadikan usahawan dibawahnya berjaya.

Selain mendapatkan pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan memecah rekod dalam menghasilkan paling ramai usahawan Berjaya di Malaysia, Richworks sekali berjaya melalui Program Mentoring SPIRE & TITANIUM. Seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod apabila menjana jualan lebih RM2 bilion.

Nak Jadi Berjaya Seperti Mereka?

Menurut Dr Azizan yang beliau kongsikan pada pagi tadi, beliau mengkaji pelbagai perkara dalam tempoh 2 minggu yang lalu antaranya ialah sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah ia turut di sebut pada Ogos tahun lalu lagi. Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% sehingga lebih 100% pada ketika ini.

Oleh demikian, bagi mereka yang sedang menjalankan perniagaan pada tahun ni perlunya ada kesedaran tentang permasalahan ini. Menurut beliau lagi, semalam beliau turut berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina. Dalam perbualan mereka, perniaga tersebut menyatakan bahawa memang terdapat banyak syarikat yang tutup dan tidak mampu bertahan dek kerana virus Covid-19. Atau dalam erti kata lain perniagaan tersebut sudah lingkup.

Walaupun peniaga ini ada kilang di China, tetapi mereka sudah tidak nampak apa yang perlu dibuat, selain tidak pandai soal pemasaran. Oleh sebab itu, Dr Azizan sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula perniagaan dari sifar  agak susah dan pabila beliau ditanya seorang oleh usahawan dalam bidang pembinaan, 

"Apa bisnes yang bagus ketika ini?"

Pertama kali, beliau tidak  mampu memberikan jawapan pada usahawan tersebut. Namun beliau sedar bahawa bagi mereka yang ada perniagaan ketika ini dan kekal lakukan seperti tahun-tahun sebelum ini, maka dia akan 'mati'! Kerana apa? Cuma kalian teka. Dapat teka tak kenapa Dr Azizan berkata begitu? Hal ini kerana pasaran yang sedia ada sedang bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.

Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan Dr Azizan, tak bersyukur jika anda tidak lakukan dengan bersungguh-sungguh untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang mati-matian untuk berkembang dan kekalkan momentum. Beliau juga ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'. Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi. Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?

Bagi yang dah ada perniagaan sendiri, tak kiralah apa jenis perniagaan anda, anda sudah tentu tahu keadaan pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan ke belakang. 

Jom Sertai saluran Telegram Azizan Osman Official Untuk Menjadi Usahawan Hebat.

Bagi pendapat Riss, sebagai usahawan yang nak kan perubahan dan baiki ekonomi, kita haruslah mengambil pelbagai langkah yang tepat dan betul. Salah satunya adalah dengan menyertai seminar keusahawan. Dari situ kita akan diajar dan diberi ilmu yang tepat oleh pakar-pakar usahawan yang berjaya.

Jadi, kalau anda nak perniagaan anda terus maju dan kekal lama jom bersama dengan Dr Azizan, Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutamanya anda pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini. Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official [Hyperlink - https://bit.ly/vcdwdao] sekarang jugak. Tunggu apa lagi. Jangan lepaskan peluang terhidang didepan mata anda sekarang juga!!!!! Inilah masanya untuk anda bangkit dan luaskan perniagaan anda.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Perkongsian yg bukan calang-calang dari dr azizan. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang ni kan

    BalasPadam