Tahun 2022 Masa Yang Sesuai Beli Rumah?

Hampir semua orang mempunyai rumah impian dan teringin nak mencapai impian tersebut. Riss pun salah satu daripadanya. Sampai bila nak terus menerus menyewa rumah. Tapi wajarkah kita membeli rumah di saat Covid-19 masih lagi melanda dunia. Beberapa soalan sentiasa yang bermain di minda Riss.

"Adakah harga rumah semakin turun saat pandemik melanda?"

"Bolehkah Riss mendapat tawaran yang baik daripada pemaju?"

Untuk mendapatkan jawapan dari persoalan ini, Riss berjaya menemui jawapan hasil daripada beberapa pakar. 

5 langkah untuk beli rumah idaman anda.

Tapi sebelum itu, jom kita semak 5 langkah untuk beli rumah idaman anda.

1. Bina profil kredit yang baik

Adakah anda seorang pembayar pinjaman yang bagus? Jika nak beli rumah dengan muda, anda hendaklah mempunyai rekod tingkah laku pembayaran balik yang baik untuk pinjaman anda terdahulu. Profil kredit yang baik akan membantu anda mendapatkan pinjaman bank dengan lebih mudah.

2. Buat Kiraan

Semak kedudukan kewangan anda dan buat anggaran untuk pembelian rumah. Anda boleh gunakan pelbagai kalkulator untuk membuat kiraan untuk tentukan jumlah pinjaman yang berpadanan dengan kemampuan anda. Ini Step yang penting tau.

3. Cari rumah yang sesuai

Cari rumah idaman anda selepas anda menyusun bajet dan keutamaan anda. Tapi anda harus memberi beberapa perhatian yang kursus seperti;

  • Reputasi pemaju
  • Lokasi 
  • Harga
  • Jenis hartanah
  • Pengurusan dan penyelenggaraan harta

4. Buat kajian tentang senarai rumah yang anda telah pilih

Selepas anda menyenarai pendek beberapa rumah idaman anda, sudah tiba masanya untuk melakukan penyelidikan setiap satu rumah tersebut. Anda dinasihatkan untuk pergi ke tapak sebenar untuk melihat kawasan atau kejiranan. Penghuni pemilik harus memberi perhatian yang lebih kepada komuniti, kemudahan dan pembangunan berdekatan manakala pelabur harus memerhatikan potensi hasil sewa dan harga hartanah.

5. Lengkapkan semua dokumen

Setelah anda membuat pilihan yang tepat, sediakan dokumen yang berkaitan dan pembayaran yang diperlukan dan mohon pinjaman perumahan. 

Biasanya, bayaran awal yang anda perlu buat termasuk yuran tempahan, bayaran muka, yuran guaman, yuran setem dan juga duti setem pemindahan. Pada tahap ini, anda boleh pergi atau menghubungi beberapa bank untuk mendapatkan idea tentang jumlah yang anda boleh pinjam.

Tahun 2022 Masa Yang Tepat Dan Sesuai Untuk Membeli Rumah

Menurut The EdgeProperty Lim Boon Ping, Presiden MIEA, harga hartanah dijangka menurun sebanyak 20% dalam beberapa bulan hadapan dengan peralihan pasaran penjual (seller’s market) kepada pasaran pembeli (buyer’s market) kesan daripada wabak COVID-19. Jadi, sesiapa yang berminat atau telah membuat perancangan awal untuk membeli rumah, inilah masa yang paling sesuai.

Hal ini demikian kerana terdapat beberapa faktor utama seperti,

1. Kadar Faedah Bank Yang Rendah Ketika Ini 

BNM rendahkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 2%, menjadikan kadar faedah (interest) pinjaman rumah antara yang terendah dalam sejarah. Selain itu ia dapat membantu mengurangkan impak ekonomi akibat wabak Covid-19. Kadar pinjaman bank yang rendah ini memberi kelebihan besar jika anda ingin mengambil pinjaman rumah untuk membeli hartanah sekarang.

2. Duti setem yang lebih rendah untuk pembelian rumah baru

Sudah pasti ini menjadi berita yang paling baik untuk anda. Pengecualian duti setem diberikan kepada perumahan yang baru dilancarkan dan berharga antara RM300,000 hingga RM2.5 juta. Pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik adalah terpakai kepada RM1 juta pertama harga rumah kediaman tersebut manakala duti setem sepenuhnya diberikan ke atas perjanjian pinjaman.

3.Rebat, diskaun dan pakej dari pemaju 

Jika kita lihat sekarang ini, ramai diantara pemaju yang memberikan rebat dan diskaun yang menarik. Dan ada juga yang menyediakan pakej rumah berserta perabot bagi menarik minat pembeli ketika musim mencabar ini.

Fikir baik-baik sebelum anda merancang untuk membeli rumah. Pastikan anda membuat kira-kira kewangan dengan baik agar apa yang anda impikan tercapai jua.

Catat Ulasan

0 Ulasan