May 2012 | Kisah Riss Aziela

#sekadar gambar

kamu mesti ada teman wanita...teman wanita kamu kuat merajuk tak? kamu pujuk tak dia? wanita begitu senonim dengan perasan merajuk, tapi ada juga wanita yang tidak menunjukkan sifat merajuk itu kepada teman lelakinya. Jika kes yang kuat merajuk ini, lelaki mestilah bertimbang rasa kerana itu memang sifat semula jadi wanita. Bukan mereka sengaja nak merajukkan diri tetapi merajuk itu sudah sebati dengan wanita.

tapi ramai lelaki yang mengambil sambil lewa dengan keadaan ini. ada juga ingin memikat balik hati Teman Wanitanya dengan hadiah. Bagi Risya sendiri, Memberi hadiah bukanlah satu jalan yang terbaik, kerana tidak semua Wanita MATERIALISTIC ... mereka hanya mahu perhartian dari Teman Lekakinya. INGAT, tidak semua wanita inginkan hadiah.

Wanita ingin dimanjakan, tapi jangan manja yang berlebihan yer.... Mereka ingin kamu memujuk dan memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Wanita juga tidak suka pabila DIA merajuk, ANDA pun merajuk balik..

kalau Teman WAnita anda jauh dari anda, call lah dia dan cakap lemah lembut dan kalau boleh nyanyikan lagu untuk DIA walaupun suara anda tidak sehebat JAMAL ABDILLAH.. jika wanita itu masih lagi merajuk, gunakan otak anda yang hebat itu, untuk menghantar SMS dan mengarang kata-kata romantik.. Jika tidak berjalan juga anda buatlah VIDEO yang boleh mencairkan dan melembutkan kembali hati mereka.

pujuklah Teman Wanita anda dan hargailah mereka... =)

#nak tahu tips untuk memujuk hati lelaki yang sedang marah?? nantikan dalam episode akan datang
assalammualaikum..

Pada sesiapa yang nak buat jersy Team Bola , futsal or seangkatan denganya. Offer dibuka selama sebulan sahaja sebelum harga dinaikan. Terima kasih :)
SiZE : S | M | L | 

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan sila isikan borang dihttp://www.facebook.com/tempahbajuonline ataupun boleh emailkan kepadai cinoscaraku@gmail.com atau fazilah_lala92@yahoo.com Boleh juga berhubung terus di talian 019-3349593 ( SOFFI ) or 0176274922 ( iela )


kepada penyokong setia negeri sembilan..
jangan lupa beli yer..

- RM 40 SIAP POSLAJU tambah RM5 ( Jimat RM1 )
Jenis kain - JERSEY
SiZE : S | M | L |
JGN TNYE SIZE LAIN>>INI SHJ YANG ADA
1. Deposit RM 10 atau nak bayar full pun boleh.
3. Selepas 3 hari nama anda dimasukkan, jika tiada sebarang deposit maka secara automatik nama anda akan di keluarkan.
4. Cara pembayaran disini -> Boleh PM saya atau SMS no 0176274922
5. Tempahan bermula dari sekarang 19 Mei 2012 - 27 Mei 2012.
6. Sebarang perubahan SIZE boleh ditukar sebelum 27 Mei 2012

Bila siap baju nie ???

++ Selapas tarikh tempahan ditutup pada 27 Mei 2012, baju ini akan mula dicetak dan segala penukaran size dan jenis baju tidak akan dilayan. Penghantaran akan dibuat secara berperingkat dalam masa seminggu dari tarikh tutup.

Penghantaran ???

++ Penghantaran hanya menggunakan Pos laju sahaja

selain itu, kami juga akan mencetak

baju EURO 2012 yang ada size :

* Gambar mungkin ESOK atau LUSA

1. Holland Home (Oren) - S, M, XL semua ada
2. Portugal Home (Merah Hati) - S, M, XL semua ada
3. Portugal Away (Putih) - S, M, XL semua ada
4. Spain Home (Merah) - S, M, XL semua ada
5. Spain Away (Biru) - S, M, XL semua ada
6. Italy Home (Biru) - S, M, XL semua ada
7. Italy Away (Putih) - S, M, XL semua ada
8. England Home (Putih) - S, M, XL semua ada
9. England Away (Biru) - S, M, XL semua ada
10. Ukraine Kuning - S, M, XL semua ada
11. Perancis Away (Putih) - S, M, XL semua ada
12. Germany Home (Putih) - S, M, XL semua ada
13. Germany Away (Hijau) - S, M, XL semua ada
14. Poland Away (Merah) - S, M, XL semua ada
15. Poland Home (Putih) - S, M, XL semua ada

Assalamualaikum..
kita sering dikejutkan oleh pelbagai penomena..tetapi sedar atau tidak, penomena Ultras telah membuka mata perbagai pihak.
sebab apa?
sebab penyokong ini, akan sentiasa memberi sokongan yang tidak terkira kepada pasukannya dan terus memberi sokongan walaupin kalah.

baiklah..dulu Risya ada buat entry tentang ultras n9, so sekarang Risya nak buat Entry tentang Ultras Malaya ( UM'07)

Ultras Malaya secara umumnya diwujudkan secara ‘underground’ sebagai salah satu gerakan menyokong pasukan bola sepak negara secara tidak berbelah bagi. Tidak saja menyokong setiap kali pasukan bola sepak negara beraksi di dalam dan luar negara, penyokong turut berpakat menyanyikan lagu, membentuk gerakan harmoni (tiso) hinggalah kepada persembahan kain rentang sebagai tanda sokongan terhadap skuad Harimau Malaya. 
Mereka juga akan berdiri selama 90 minit tidak termasuk masa tambahan..

Ultras Malaya yang wujud pada hari ini ialah hasil usaha dari encik apit yg membawa nama Percinters Ultras membawa nama Precint (putrajaya) sebagai tmpat asal beliau dan rakan-rakan...

ramai yang bertanya, bagaimana nak jadi ahli UM?? kena daftar online ke? kena bayarkah? mahu kumpul dimana? pakai baju apa? semua itu bermain di setiap orang?
mahu join ultras? pastikan anda

1. PAKAIAN: Sentiasa memakai pakaian yang berindentitikan MALAYSIA apabila ke stadium. Memakai jersey MALAYSIA, kalau tiada jersey Malaysia bolehlah memakai pakaian yang berwarna hitam (Hitam sinonim dengan pergerakkan ULTRAS), kalau tiada kedua-dua di atas, bolehlah memakai jersey pasukan negeri masing-masing. DiHARAMKAN sama sekali untuk memakai jersey pasukan/kelab LUAR NEGARA. Ingat kita datang sebagai rakyat MALAYSIA bukan rakyat England ker? Rakyat Spain, Rakyat Jepun ker? Rakyat Brazil etc

2. MUFFLER: Sila bawa Muffler. Muffler merupakan ciri-ciri penting seorang ULTRAS. Muffler penting untuk kita melakukan pelbagai aksi dan gaya sokongan apabila kita di stadium kelak.

3. BENDERA: Bendera Malaysia juga salah satu elemen penting.

4. KASUT: Sila pakai kasut. Benda ini wajib untuk sebagai imej penyokong yang yang berpakaian kemas dan cantik atau faktor kesemalatan juga. NO SELIPAR dan SANDALS.

5. BERDIRI: sebagai seorang ULTRAS, mereka perlu berdiri sepanjang 90 minit perlawanan. Ini adalah cara sokongan semua ULTRAS di seluruh dunia.

6. MENYANYI: Kita perlu menyanyi tanpa henti sepanjang 90 minit perlawanan berlansung tanpa dipengaruhi apa jua keputusan. ULTRAS menyanyi berpandukan Chants/Lagu yang diarahkan dan diketuai oleh Capo ULTRAS.

7. PATUHI ARAHAN KETUA: Di stadium, ULTRAS sentiasa patuh pada arahan CAPO. CAPO ini yang akan bertindak selaku ketua untuk memberikan arahan dan gaya bentuk sokongan kepada pasukan. CAPO jugalah akan mengetuai nyanyian Chants/Lagu

8. CURVA: Apabila berada di dalam stadium, ULTRAS akan memilih untuk duduk dikawasan berhampiran belakang sisi pintu gol, dinamakan CURVA. CURVA inilah tempat yang paling sesuai dan selamat untuk menjalankan aktiviti ULTRAS yang aggresif. Curva jauh daripada penonton biasa, golongann keluarga dan kanak-kanak.

9. DILARANG MEMBALING OBJECT: Sila menjadi penyokong yang berdisplin. Jaga tingkah laku anda. Jaga imej penyokong ULTRAS. Jangan sesekali cuba membaling object ke dalam balapan, longkang mahupun padang. Tingkah laku ini hanya dilakukan oleh PENYOKONG BODOH lagi tak BERTAMADUN. Mereka ini semua adalah LALANG di stadium, sila jauhi sikap buruk ini. Jikalau anda gagal mematuhi, kami tidak sesekali teragak-agak untuk menangkap dan menghantar anda kepada pihak bertanggunjawab.

10. EMOSI: Sebagai seorang yang berjiwa ULTRAS paling penting untuk menjaga emosi! Walaupun pasukan kita bermain tidak seperti yang diharapkan mahupun keputusan yang tidak memihak kepada kita, tetapkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan walau apa jua keadaan. Nyanyian lagu-lagu semangat penting untuk menaikkan semangat juang dan moral pemain.

11. AMBIL TEMPAT: Bila duduk bersama kami sila ambil tempat masing-masing iaitu dikawasan kerusi tempat duduk penonton, bukannya bersidai di kaki lima. Tempat itu khas untuk Capor Ultras dan orang-orang kuat Ultras untuk ketuai nyanyian dan formasi pergerakkan. Kalau nak menempel kat situ, silalah pergi ke pintu lain. Bukit Jalil besar dan 100k capacity, banyak lagi ruang untuk menyemakkan diri. Tetapi bukan di situ, kami mahu pergerakkan ini tersusun rapi dan cantik.

12. FLARE & SMOKE BOMB : Penyalaan suar atau pun bom asap hanya perlu bila mendapat arahan dari ketua. Jangan memandai-mandai untuk bakar sendiri. Bila ditangkap pihak berkuasa kami tidak akan bertanggungjawab. Kalau nak bakar sendiri pergi sertai kumpulan lain dan tempat lain. Kami tidak mahu cara sokongan ini "well organized" baru orang tidak akan pandang serong. Sebab itu serahkan pada yang arif tentang bab ini.

13. Sila patuhi arahan semua diatas, barulah anda layak digelar seorang ULTRAS dan layak untuk berjuang bersama-sama ULTRAS MALAYA.


antara chant-chants UM



sumber yang saya perolehi dari  Ultras Malaya n cerita bola sepak Malaysia

kalau ada salah silap, bolehlah komen di bawah..=)



Assalammualaikum...
Risya terbaca satu artical di sebual laman sosial VF ,dan benda yang Risya baca, Risya rasa patut dikongsi dengan semua orang..


Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

#Petanda 1#
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama- sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

#Petanda 2#
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat- buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

#Petanda 3#
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

#Petanda 4#
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

#Petanda 5#
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

#Petanda 6#
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu- malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

#Petanda 7#
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

#Petanda 8#
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?
Nota: "Manusia Hawa diciptakan dari rusuk manusia Adam,bukan dari kepalanya utk dijunjung diatasnya,bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, tetapi disisnya utk dijadikan teman hidupnya,dekat pada lengannya utk dilindungi & dekat dihatinya utk dicintai"

sumber:  DilaDellila , VF


hye guys.. Risya ada baca satu blog dari kawan Risya, muttaqin so Risya dengan berapa tak bangganya pergi meng 'copy' .... ( mut, I copy yer )
Risya tak tahulah jika betul lelaki akan buat perkara ini atau tak...so, apa kata kita baca and then komen.. =) 

1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.


3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari,tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan  memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.


8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

11. Lelaki juga akan menangis.

12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.


14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’

17. Lelaki amat sayang ibu mereka.

18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.

20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.

22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.

23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.

24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

25. Lelaki lebih banyak berfikir.

26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.

27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.

28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.

29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.

30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.

31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.

32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.

33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.

34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.

37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.


38.Maaf-selalu digunakan oleh lelaki

auta atau fakta??? berikan komen anda???