Hulurkan tangan,Ringankan beban Di Futsal Piala Kindness 2016

Assalamualaikum,


Risya harap semua readers sihat kehendaknya. Lama rasanya tak buka blog ni, tetiba terasa rindu nak aktif balik dalam dunia Blog.

Berbalik tajuk diatas, Risya merupakan salah seorang exco dalam #ClassmateMalaysia atau lebih dikenali sebagai #CMFC.Sebelum bercerita panjang untuk event ini mari Risya terangkan Visi dan Misi CMFC.

Misi
Mencari dan membentuk lebih ramai sukarelawan dalam program2 kebajikan. Di samping membuka ruang lebih besar pada individu2 yang sebelum ini tiada platform untuk menyertai aktitivi seumpama ini . Sebagai matlamat penubuhan group ini. 

Visi 
Menjadikan group ini menjadi sebuah group yang mempunyai ahli yang berjiwa sukarelawan. Memupuk moral dan salasilah yang tinggi tidak kira latar belakang bangsa mahupon agama. Melahirkan modal insan dikalangan ahli mahupon bukan ahli.

Risya harap kamu semua faham Visi dan Misi kami. Berbalik kepada Event Futsal Piala Kindnes, sebut sahaja Kindness Malaysia, semua orang mesti mengetahui mereka adalah salah satu badan NGO yang membantu golongan-golongan yang memerlukan. Dan pada tahun ini, mereka sekali lagi  bakal menjayakan event Futsal Piala Kindness 2016 yang pertama kali diadakan pada tahun 2014. Pihak #GCM juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama menjayakan event yang julung-julung kali diadakan.

Oleh itu, Kami dari #CMFC ingin menyeru semua pihak, jika ingin menyalurkan sumbangan tidak kira dari segi tenaga, wang ringgit atau sebagainya bolehlah berhubung dengan Exco-exco kami seperti dibawah. Sumbangan anda sedikit sebanyak boleh menceriakan lebih 30 buah pusat kebajikan anak yatim,fakir miskin dan gelandangan.Segala kerjasama anda amat kami hargai.Terima kasih.. :)

Venue : KSL Futsal Center, Setapak
Date : 3/4/2016
Masa : 8.00 am - 6.00 pm


Qyra - 0145860258
Mas - 017 6400467
Min Am - 0136335608
Fawas - 0145172496
Syiela -0193736121
Daus -0177570630

Catat Ulasan

0 Ulasan