"RAJA DANGDUT" BRUNEI kembali mengegarkan dunia seni Brunei. ( Part 1 )

( nak liat gambar? tunggu part 2 nanti k..hahah )

Siapa tidak kenal dengan "Pengiran Haji Ismail" (PHI) ? Generasi era 70-an, nescaya begitu familiar dengan pemilik gelaran RAJA DANGDUT BRUNEI ini. Di tahun-tahun 80-an, lagu-lagu beliau menjadi hits di corong-corong radio . Malah film-film beliau sentiasa dinanti oleh para peminatnya. Lagu-lagu dangdut beliau sampai ke hari ini masih lagi digemari oleh ribuan penduduk Brunei DarusSalam.

Semasa dibangku sekolah, Beliau sentiasa aktif dalam bidang nyanyian terutama kategori Pop Rock. Tidak ramai yang mengetahui soal ini kerana PHI menjadi meletop disebabkan lagu-lagu dangdutnya itu. Beliau juga merupakan "Junior" Jamal Abdillah ( penyanyi Pop Malaysia ) ketika dibangku sekolah.
Nama Pengiran Haji Ismail semakin dikenali selepas menjuari kejohanan nyanyian di seluruh daerah Brunei. Meskipun beliau telah disabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, tetapi semangat yang jitu oleh PHI serta sokongan dari Peminat beliau ternyata tidak mematahkan semangat beliau untuk digelar sebagai JUARA.

Sebelum beliau memulakan karier sebagai penyanyi professional, PHI merupakan seorang anggota tentera berpangkat sarjan. Akan tetapi disebabkan beliau terbabit dalam nahas jalan raya, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai anggota tentera. Kemalangan itu juga telah mengakibatkan kaki kiri beliau memasuki besi.

Pada lewat 90-an Anak sulung Sultan Brunei ( DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Haji Al-Muhtadee Billah ) telah menjadi AJK di suatu pertandingan nyanyian. dan Petandingan tersebut dikenali sebagai " RAJA DANGDUT". Sekali lagi PHI, telah memenangi gelaran tersebut. Umumnya mengetahui bukan la mudah untuk kerabat raja mengiktiraf gelaran begini namun PHI membuktikan bahawa beliau layak untuk menjuarai gelaran tersebut.

Apa yang terjadi selepas PHI memenangi Gelaran tersebut? Saksikan secara eksklusif bersama Risya untuk mengorek kisah beliau setelah memenangi gelaran "RAJA DANGDUT BRUNEI" pada 10/3/2017.

Catat Ulasan

0 Ulasan