April 2017 | Kisah Riss Aziela
Bandar Seri Begawan : Squad V1 berjaya menjadi juara pertama BWN MOBILE LEGENDS TOURNAMENT 2017 setelah menumbangkan rival mereka, Temazn pada pertandingan final yang berlangsung di Kg Perumahan Rimba Gadong, Brunei Darussalam.

Atas kemenangan tersebut, kumpulan Squad v1 telah berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak $100 dan 5 powerbank pokemon 10000MAH with Light. Sementara itu,Temazn selaku 1st Runner , telah memenangi wang tunai sebanyak $80 beserta 5 virtual reality manakala TOP(2nd Runner) membawa pulang wang tunai sebanyak $50 beserta 5 minion OTG pendrive 16gb.