Anak Raja Dangdut Brunei berentap di D'Academy Asia 3


Bandar Seri Begawan : 6 peserta dari Brunei telah diumumkan dan akan berentap di medan D'Academy Dangdut Asia Jakarta tidak lama lagi. Salah satunya perwakilan Brunei merupakan anak "Raja Dangdut Brunei" ( Pg Haji Ismail ) iaitu Ak Faiz Pg Hj Ismail atau lebih dikenali sebagai Faiz PHI . (Gambar)




Nama : Awangku Mohamad Faiz Bin Pengiran Haji Ismail
Tarikh Lahir :22 december 1994 ( 23 tahun )
Tempat Lahir : Brunei Darussalam
Pendidikan : nasional diploma
Dangdut begitu sinonim dengan Faiz kerana beliau telah dibesarkan dalam keluarga dangdut itu sendiri. Maka tidak hairanlah bila Faiz terpilih dan melibatkan diri dalam dunia dangdut ini.

"Sememangnya, Dunia seni dangdut bukanlah asing bagi diri Faiz dari kecil sehingga sekarang, hal ini disebabkan ayah Faiz merupakan seorang penyanyi dangdut dan diberi gelaran sebagai  "Raja Dangdut Brunei."ujar beliau.

ujarnya lagi "minat akan dangdut ini hadir ketika Faiz berumur 20-an kerana sebelum ini Faiz lebih kepada genre pop rock."

Risya tertarik dengan sikap yang ditunjukan oleh Faiz kerana bukan senang seorang lelaki yang agak "binaragawan" mahu menceburi bidang dangdut ini. Mungkin kerana minat yang mendalam pada dunia nyanyian khususnya Dangdut membuat beliau abaikan pandangan negative sesetengah pihak yang pandang serong penyanyi dangdut.

Bila ditanya perasaan terpilih sebagai salah seorang dari 6 orang yang mewakil Brunei Darussalam dalam D'academy Asia 3, Ak Faiz tidak boleh gambarkan perasaannya itu sendiri.

" Faiz tentunya bersyukur dan gembira kerana Faiz sendiri tidak menyangka Faiz akan menjadi salah satu wakil negara ke dangdut asia 3 ini dan pastinya Faiz akan berbuat sebaik mungkin untuk mengharumkan nama Brunei Darussalam di Peringkat yang lagi tinggi terutama di Asia

Walaupun mempunyai pengaruh yang cukup kuat, beliau semestinya mahu menunjukkan bakat yang dimilikinya dan mahu menolak segala sangkaan pihak luar yang beliau terpilih disebab kan statusnya sebagai anak "raja dangdut Brunei". Harapan beliau dalam D'Academy Asia 3 ini adalah untuk membanggakan kedua orang tuanya.

"Harapan Faiz pastinya ingin memperolehi kejayaan. Tidak kiralah terpilih dalam top10, top20 atau sebagainya, apa yang yang saya mahu adalah ingin menjadi seorang penyanyi yang tegar seperti ayah Faiz. Faiz juga mahu suara atau lagu-lagu Faiz didengar di seluruh pelusuk dunia terutamanya dirantau Asia Tenggara khususnya di Indonesia, Singapore dan Malaysia. Dan dengan kemasukkan Faiz di DAA3 ini juga, Faiz dapat membuat Ibu Bapa Faiz bangga dengan kejayaan Faiz.

Kepada Pewakilan Brunei di DAA 3, Risya ucapkan selamat maju jaya. Semoga kita ketemu di Jakarta 2017.


Catat Ulasan

0 Ulasan