Ambuyat, kelupis makanan tradisi masyarakat brunei

Pelik didengar tapi nyaman ( sedap ) di makan. Bagi masyarakat Sabah,Sarawak dan Brunei , ambuyat dan kelupis merupakan makanan tradisi masyarakat disana. Bagi Risya sendiri, kedua-dua makanan ini mempunyai rasa yang amat lazat dan enak dimakan.

kelupis


Kelupis merupakan hidangan istimewa yang sedap dihidang panas dan mudah didapati di pasar gadong,brunei atau di majlis2 keraian seperti hari raya dan perkahwinan. Cara penghasilan kuih ini juga sangat senang.
Kelupis ni ada perbagai jenis.contohnya, kelupis kosong,kelupis serunding daging, kelupis kari daging, kelupis seruning udang dan kelupis sambal tumis Jika kelupis kosong iaitu tanpa inti, ianya sedap dimakan bersama rendang atau kari.
Resepi kelupis brunei
BAHAN-BAHAN:
300 gm beras pulut - Basuh dan toskan
300 gm santan - tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Daun pandan - 2 helai
Garam - secukup rasa
Daun nyirik - secukupnya
CARA-CARA:
1. Mula-mula masukkan santan dan daun pandan dalam kuali, guna api perlahan.
2. Biar sampai mendidih dan pecah minyak.
3. Bila minyak timbul sikit dipermukaan santan, bolehlah masukkan beras pulut dan garam.
4. Gaul hingga separuh masak dan santan kering.
5. Angkat dari kuali dan bungkus dalam daun nyirik.
6. Selepas habis membungkus, boleh lah dikukus sehingga kelupis masak.
Ambuyat
SUMBER GOOGLE
Namanya mungkin pelik dan asing untuk orang-orang semenanjung,akan tetapi bagi masyarakat Sabah, Sarawak dan Brunei, ambuyat adalah makanan tradisi yang diwarisi sejak berkurun lamanya. Uniknya makanan ini, ianya diperbuat daripada ambulong/tepung sagu dan bentuknya seperti gam.
ambuyat di cedok menggunakan cantas, dan dicicah dengan kuah ikan rebus dan belacan kemudian terus ditelan cukup memberikan satu nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Jika anda berkunjung ke Brunei Darussalam, anda boleh rasai keenakkan dan keunikan makanan tradisi brunei ini. Anda boleh berkunjung ke restoran aminah arif yang terletak di bandar seri Begawan. Pelbagai set ambuyat disediakan.Ianya nyaman dimakan ketika panas.
Resepi ambuyat
BAHAN-BAHAN
1 kg (6 cawan) sagu /ambulong
Air panas yang baru dimasak
1 liter (4 cawan) air
CARA MEMBUATNYA
Sagu dicampur dengan 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.
Tuang air dan masukkan sagu ke dalam bekas yang tahan air panas.
Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih.
Kacau hingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat
(seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak).
CARA LAIN
Tepung sagu dicampurkan dengan air
masak di atas kuali dengan api yang sederhana sehingga menjadi likat dan jenih.

Selamat mencuba kawan-kawan.

2 comments:

  1. My spouse and I stumbled over here different web page and thought I should check things out.

    I like what I see so now i'm foolowing you. Look forward to looking att your web page yet again.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap sungguh bila dilihat dari bahan dan rupa bungkusannya..moga 1 day dapat ke brunei untuk rasa sendiri kuih tu


    Penawar Vitiligo

    ReplyDelete

Adbox