Pemohonan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Dibuka.


Hai Semua. Hari ini saya war-warkan satu berita penting kepada Belia yang berminat mengikuti  Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera.

Apa itu Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera ( TUBE ) ?

Program TUBE merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Objektif Utama program ini ditubuhkan adalah untuk memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia,anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan serta membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri.

Siapa yang boleh mengikuti Program TUBE ini?

Anda lah siapa lagi. Tapi jika anda berumur di antara 18-30tahun dan merupakan warganegara Malaysia. Pastikan anda mempunyai minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

Bagaimana mahu memohon Program TUBE ?

Anda boleh mendaftar di laman sesawang Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) mulai 18 Disember 2017 - 12 Januari 2018.

Syarat-Syarat Program TUBE.

  1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 - 30 TAHUN pada tarikh tutup permohonan dalam talian;
    1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
    2. Ibu / bapa mestilah dilahirkan di Malaysia dan bertaraf Bumiputera.
  2. Pemohon yang mempunyai sijil kemahiran dari institusi / pusat kemahiran tempatan akan diberikan keutamaan;
  3. Belum memulakan perniagaan, namun mempunyai minat yang mendalam untuk mengusahakan perniagaan. Sekiranya telah menjalankan perniagaan, tarikh pendaftaran SSM mestilah kurang 12 bulan daripada tarikh tutup permohonan dalam talian;
    1. Hanya mengambil kira pendaftaran SSM kali pertama
    2. Bagi graduan institusi pengajian yang telah mendaftarkan perniagaan, tempoh tamat pengajian rasmi mestilah kurang dari 12 bulan daripada tarikh tutup permohonan. Sekiranya terpilih, surat pengesahan tamat pengajian daripada institusi pengajian mestilah dibawa semasa temuduga.
    3. Sekiranya ia pembaharuan pendaftaran, maka tarikh perdaftaran baharu tidak diambil kira
  4. Sihat tubuh badan dan boleh menjalankan sebarang aktiviti fizikal dan lasak
    1. Tidak mempunyai alahan yang serius (cth: alahan yang memudaratkan sekiranya mengikuti aktiviti lasak di Kem PLKN / kawasan hutan);
    2. Tidak pernah menjalani pembedahan / mengalami patah tulang dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh tutup permohonan; dan
    3. Pemohon wanita yang disahkan hamil atau sedang dalam tempoh berpantang (100 hari selepas bersalin) sewaktu tarikh tamat permohonan dan / atau apabila menyertai Fasa 1 & 2 Program tidak layak meneruskan Program.
    4. Bagi pemohon yang berstatus OKU, pemohon mestilah mengemukakan surat perakuan dan pelepasan Pegawai Perubatan yang bertauliah untuk mengikuti aktiviti fizikal dan lasak.
  5. Pemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis;
    1. Pemohon yang sedang berada di dalam proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah juga tidak layak memohon
  6. Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan SME Corp. Malaysia.
    1. Keluarga terdekat merujuk kepada pasangan suami/isteri dan anak-anak.
  7. Bagi pemohon pasangan suami isteri / adik-beradik, hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan
    1. Hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri / adik-beradik untuk setiap pengambilan.
  8. Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta; dan
  9. Pemohon tidak pernah menyertai Program ini sebelumnya.

Bagi yang tidak tahu bagaimana untuk memohon program ini, dibawah ini saya sertakan langkah-langkah untuk memohon sekiranya anda layak dan sudah fahami syarat-syarat diatas. 




  • Lengkapkan borang pemohonan dan tekan daftar.


Semoga Berjaya dan menjadi Usahawan yang berjaya.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Thanks sharing. Bantuan dana untuk anak anak muda. Semoga ada manfaatnyaa :)

    BalasPadam
  2. Bagus program gini. Golongan belia kena rebut peluang keusahawanan yang ada ...

    BalasPadam
  3. sempat lagi kalau nak join.ngam2 umur dah 30 thn.tapi tak tahu nak buat business apa..huhu

    BalasPadam