Pelancaran Pasukan Negeri Sembilan FC
Saingan liga Malaysia kian membara. Tentunya pasukan negeri sembilan menjadi salahsatu pasukan yang digeruni baik di liga super mahupun liga piala Malaysia. Bertempat di Klana Resort, Seremban, majlis pelancaran pasukan N9 FC telah diadalah secara rasminya oleh Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga merupakan Pengerusi Pasukan Negeri Sembilan.

PBNS telah melantik Jorg Peter Steinebrunner dari German sebagai Ketua Jurulatih dan Mohd Asri Ninggal sebagai Penolong Ketua Jurulatih. Seramai lima pemain import baharu telah diperkenalkan iaitu Nicolas Leandro Velez dari Argentina (tengah) Flavio Beck Junior dari Brazil (tengah), Madu M Mohana dari Singapura (pertahanan), Kim Doheon dari Korea Selatan (tengah) dan Renars Rode dari Letvia (pertahanan).
Berikut adalah senarai lengkap barisan pemain liga super, belia dan Presiden Negeri Sembilan bagi sesi 2018.




Selain Para Pemain dan Jurulatih, sponser rasmi pasukan Negeri Sembilan FC atau dikenali Sebagai N9FC turut diperkenalkan. Antara Sponser yang mengambil bahagian adalah
1.Matrix Concept sdn.bhd
2.Negeri Roadstones sdn. Bhd
3.Hospital Pakar SALAM
4.Al-Ikhsan Sdn. Bhd
5.Seri Pajam Sdn.Bhd
Diharapkan Semua Pemain dapat menunjukkan semangat juang yang tinggi. Jangan sampai jatuh ke liga Premier sudah. GOOD LUCK!
0 comments