Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu Brunei

Siapa teringin nak kahwin dengan orang brunei? Hah!! Kalau korang nak kahwin dengan orang Brunei, korang mesti belajar adat perkahwinan Melayu brunei.
Majlis perkahwinan menjadi salah satu contoh cara kehidupan budaya dan sosial masyarakat Melayu Brunei. Ianya bagi mengkukuhkan dan pengikat kasih sayang antara lelaki dan perempuan.
Seperti di Malaysia, masyakat Melayu Brunei juga mempunyai istiadat perkahwinan yang unik. Tidak dengan itu, pada zaman dahulu kala, majlis perkahwinan Melayu Brunei disambut dengan meriah dan dijalankan selama 14hari berturut-turut. Namun, pada hari ini, majlis perkahwinan ini hanya dijalankan selama satu hari disebabkan kekangan masa. Tambahan pula jika ada berlakunya perkahwinan campur dengan puak lain seperti Puak Melayu Tutong berkahwin dengan Puak Melayu Belait.

11 Adat Perkahwinan Melayu Brunei 

Jangan kata Malaysia je kena ikut adat dalam susunan teratur, Perkahwinan Melayu Brunei pun sama tau. Walaupun ada sedikit persamaan dengan Melayu Malaysia, tapi keunikan sesuatu dalam adat istiadat Perkahwin Melayu Brunei tetap ada. Jom kita tengok susunan adat istiadat perkahwinan Melayu Brunei yang unik dan menarik ini.

1. Bedudun / Berjarum-jarum
Acara ini dilakukan oleh kedua belah pihak pengantin. Ia sama seperti acara Melamar jika di Malaysia. Pihak lelaki akan datang ke rumah pihak pengantin perempuan untuk memulakan acara melamar. Namun, jawapan tidak akan diberikan pada hari yang sama. Setelah pihak pengantin perempuan memberi jawapan, pihak pengantin lelaki akan kerumah pengantin perempuan untuk bertanyakan tentang ‘tanda pertunangan.
2. Pertunangan
Image result for Bedudun / Berjarum-jarum
Majlis pertunangan ini menjadi Simbol perhubungan antara lelaki dan perempuan yang akan menjadi suami isteri Pembuka Mulut. Menandakan permulaan pertunangan (bayaran antara $100 – $150). Mas Kawin / Berian sememangnya “wajib” dalam agama Islam. Ianya diberi dalam bentuk wang mahupun barangan sebagai tanda penghargaan kepada perempuan yang ingin dikahwini

3. ‘Sepengadak Kain Teruna‘

‘Sepengadak Kain Teruna‘ apa tu? Bagi korang yang tak tahu, ‘Sepengadak Kain Teruna‘ merupakan Baju Melayu dan songkok yang akan disertakan bersama hantaran berian dan dikembalikan kepada pihak lelaki semasa upacara akad nikah. Kain ini tidak diperlukan jika bakal pengantin lelaki hadir semasa menghantar tanda pertunangan. Tidak itu sahaja, Bakal pengantin lelaki juga boleh memberi barangan/ cenderahati yang lain kepada bakal pengantin perempuan. Pihak lelaki akan membawa tanda pertunangan ke kediaman bakal tunangnya dan menyerahkannya kepada wakil pihak perempuan. Keluarga pihak perempuan akan membalas dengan memberikan kek atau baju melayu. Dalam tempoh bertunang, lelaki tersebut hendaklah memberikan ‘belanja hangus’ kepada tunangnya untuk perbelanjaannya.

Seandainya berlaku Langkah Dulang (Langkah Bendul- Malaysia) atau Langkah Sungai, lelaki tersebut dikehendaki untuk membuat bayaran yang ditetapkan oleh keluarga pihak perempuan. Langkah Dulang berlaku seandainya perempuan yang hendak di kahwini ini mempunyai kakak yang belum berkahwin lagi sementara Langkah Sungai ialah seandainya lelaki itu bukan dari Puak Tutong manakala perempuan tersebut adalah dari Puak Tutong.
4. Istiadat ‘badak badak mandi
mg_9803
Istiadat ‘badak badak mandi terdiri daripada keluarga pengantin. Pengantin perempuan memulakan malam berbedak dengan ditepung tawar dengan bedak (tepung beras ,bunga melor). Selepas itu, Pengantin dilumurkan dengan bedak tradisional dari muka hingga ke hujung kaki. Pengantin juga turut disiram dengan air (langgir dan limau nipis) dikelilingi 7 orang kanak-kanak memakai selendang berlainan warna sambil memegang lilin. Pengantin akan mematikan lilin yang dipegang dengan menyembur dengan air melalui mulut sebanyak 3 kali. Setelah selesai bersiram, pengantin akan berkurung dan bedak tidak akan ditanggalkan dari badan pengantin dan makan minum akan dihidangkan oleh pengangun di bilik beangun. Wahh!!! Uniknya.. macam dilayan bak Pemaisuri gitu..

5. Malam Bebadak
wedding8

Malam bebedak merupakan malam yang sangat disukai oleh pengantin perempuan. Dimana dalam adat ini, Pengantin perempuan akan digendong ke pelamin dan duduk di tikar khas (baldu yang bersulam emas berbentuk segiempat). Di setiap penjuru tempat duduk berkenaan akan diletakkan ‘dian’ atau lilin yang bewarna kuning. Bedak tradisional diwarnakan dengan 7 warna dan diletakkan tempat khas. Para tetamu akan ‘menculiki’ dan bakal pengantin lelaki akan diiringi ke pelamin.

6. Adat berinai / berpacar
Image result for Adat berinai / berpacar
Upacara ini kebiasaannya dilakukan pada tengah malam sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Upacara ini berlangsung secara berasingan pada kediaman masing-masing. Dalam Majlis Masuk Adat Berinai, pengantin akan berdiri diatas katil dengan didahului pengangun. Selepas itu pengantin akan disuruh duduk dikatil untuk sementara waktu sambil pengangun menunjukkan tapak tangannya dengan berhajat. Tindakan ini seterusnya akan diikuti oleh pengantin dimana pengangun akan memegang tangan pengantin tersebut sambil membacakan doa. Pengantin itu kemudiannya akan diarahkan untuk berdiri dan akan di bawa mengelilingi katil sebanyak 3 kali dan seterusnya duduk tempat yang telah dikhususkan di katil yang mana disediakan lapik. Selepas itu, orang-orang tua keluarga akan mengambil giliran untuk menampal pengantin dengan inai.

7. Istiadat Akad Nikah
wedding3
Akad Nikah merupakan upacara yang wajib dalam islam bagi menyatukan suami isteri yang sah. Pengantin lelaki akan memakai baju cara Melayu berwarna putih dengan bertopikan songkok / destar dan sinjang. Empat lilin akan dinyalakan di empat penjuru lapik yang didudukinya. Akad nikah boleh dijalankan oleh wali Pengantin Perempuan atau diwakilkan kepada seorang jurunikah.

8. Istiadat Bersanding
Image result for Istiadat Bersanding brunei
HRH Prince 'Abdul Malik and YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiy-yah

Bersanding dalam adat perkahwinan Melayu Brunei sedikit berbeza dengan Adat Perkahwinan Melayu Malaysia.  Istiadat Bersanding ini dilangsungkan di kediaman pengantin perempuan.

Sebelum berlakunya persandingan, pada sebelah pagi, pengantin lelaki dan pengantin pengantin perempuan akan dimandikan dengan campuran air wangi. Pengantin lelaki akan makan terlebih dahulu daripada semua dan selepas itu baru ia di bawa untuk bertemu dan berjarah (bersalaman) dengan jemputan-jemputan lelaki, dan memberikan penghargaan diatas kehadiran mereka. Manakala, ibu pengantin lelaki dan saudara mara perempuan pula akan ‘berjarah’ di khemah jemputan perempuan. Untuk maklumat anda, Brunei merupakan sebuah negara Islam yang memegang teduh dengan ajaran Islam. Jadi, khemah antara jemputan lelaki dan perempuan diasingkan agar tidak bercampur yang bukan muhrim.

Di masa dahulu, para tetamu akan diberi bunga telur, tapi sekarang, buah tangan telah digantikan dengan pelbagai barangan seperti roti, cawan, kontainer dan sebagainya. Selepas sesi bersalaman dengan para jemputan, pengantin lelaki akan bertukar memakai pakaian perkahwinannya bagi acara bersanding. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan mengenakan warna dan corak yang sama. Setelah itu, pengantin lelaki akan dibawa menuju ke rumah pengantin perempuan. Dalam masa yang sama, di rumah pengantin perempuan, pengangun untuk pengantin perempuan akan memulakan adat pengarusan di mana pengangun akan memasang lilin dan membakar benang dari tujuh warna yang dipakai oleh pengantin perempuan di lehernya. Pengantin perempuan akan meniup padam api kecil itu yang di lakukan sebanyak 3 kali.

Setelah tibanya pengantin lelaki di kediaman pengantin perempuan, dia akan ditemani oleh seorang lelaki tua yang berperanan sebagai penjaganya. Orang tua tersebut merupakan seorang yang dihormati dan mempunyai ilmu agama yang teguh bagi melindungi pengantin lelaki dari ancaman sihir dan sebagainya.

Ketika di kediaman Pengantin perempuan, pengantin lelaki akan di payungi dan berjalan dalam pusingan kecil sebanyak 3 kali yang dikenali sebagai Pusing Naga. Menurut kawan Riss, adat ini masih lagi diamalkan sehingga sekarang. Sesudah membuat pusingan naga, pengantin lelaki mesti memacahkan buluh yang diletakkan di pintu depan rumah sebelum melangkah masuk rumah. Pengantin perempuan sedia menanti kehadiran pengantin lelaki di pelamin. Sebelum pengantin lelaki dibenarkan duduk, adat ‘mencabut keris’ akan di lakukan. Keluarga terdekat pengantin perempuan akan menarik keluar keris tersebut dan memasukkan kembali kedalam sarungnya. Setelah itu, barulah istiadat bersanding dilaksanakan. Sebelum duduk, pengantin lelaki akan di bantu oleh penjaganya untuk menaruh tangannya di ubun-ubun pengantin perempuan, di bahu kiri dan bahu kanan seterusnya. Apabila kedua pasangan pengantin sudah duduk di atas pelamin, penjaga pengantin lelaki akan membaca ‘selawat’ sebanyak 3 kali untuk kedamaian dan kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut yang akan disahut oleh para hadirin, diikuti dengan bacaan ‘doa selamat’ untuk keselamatan dan memohon rahmat. Yang berikutnya, pasangan akan keluar ke berandah untuk di perlihatkan kepada para hadirin atau diikuti dengan acara adat basuh kaki bagi adat Tutong.

9. Adat Basuh Kaki
Related image
Satu lagi yang unik tentang adat perkahwinan melayu Brunei ialah Basuh kaki or Buri Pu’o dalam bahasa Tutong. Dimana kaki pengantin perempuan akan di tuangkan air dan barang yang diperlukan bagi acara ini ialah air, parang dan batu pengasah. Kedua-dua pengantin hendaklah membuka kasut kaki kanan. Pengantin perempuan akan memulakan acara ini terlebih dahulu dengan meletakkan kakinya di atas batu pengasah diikuti dengan pengantin lelaki meletakkan kakinya di atas kaki pengantin perempuan. Keluarga pengantin lelaki akan memulakan upacara tersebut dengan membasahi kaki pengantin perempuan diikuti dengan pemberian duit atau barang kemas kepada orang yang telah dilantik sebagai hadiah.

10. Adat makan bersuap
Image result for Adat makan bersuap brunei
Simbolik adat makan bersuap ini ialah bagi menambahkan kemesraan antara pasangan pengantin. Pengantin perempuan akan menyuapkan nasi kuning kepada pengantin lelaki melalui tangannya sendiri. Apa yang penting dalam adat makan bersuap ini ialah penyediaan makanan. Antara bahan yang wajib ada dalam adat makan bersuap ini ialah nasi kuning, air, garam dan asam.

11. Adat mulih 3/7 hari

Berlainan di Malaysia, Adat mulih 3 atau 7 hari ialah tradisi wajib di mana si pengantin lelaki akan pulang ke rumahnya asal dengan isterinya selepas tinggal selama 3 atau 7 hari di kediaman isterinya. Sudah menjadi kebiasaan, keluarga pihak lelaki akan memberikan hadiah seperti barang rumah dan barangan dapur kepada pasangan ini. Ini bertujuan bagi menandakan penamatnya upacara perkahwinan orang Brunei.

Unik gile kan. Pengantin perempuan dilayan seperti pemaisuri. Riss pun tak sabar nak melangkah menuju ke alam perkahwinan dan merasai perkahwinan yang penuh dengan adat Melayu Brunei. Bagi yang bercita-cita nak kahwin dengan Prince Mateen atau nak cari jejaka kaya Brunei, korang bolehlah baca berkali-kali tentang adat istiadat perkahwinan Melayu Brunei ni.

Sumber : https://brideculture.wordpress.com/

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. wahhhh
    seronoknya kalau dapat saksikan sendiri depan mata
    mesti meriah jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan...nanti cousin i kahwin, dtg la ke brunei..:)

      Padam
  2. Haha, wowww..kawen ngn orang Brunei..kemain jauhh impian tu..hehe~

    Kalau dah jodohh, terima jeklaaaa..gitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..moga diperjodohkn dn org brunei..hihi

      Padam
  3. Yang basuh kaki tu first time dengar

    BalasPadam
  4. Menariknyaa malam berbadak tuee. First Fatinn time dengar. Unikk!

    BalasPadam
  5. Hai awak.. terjumpa pula blog awak ni. sy asal kelantan dan bekerja di Selangor. Sy sdg mengenali seorang lelaki Brunei. Minta pandangan, kalau ada jodoh kami, adakah ia baik untuk saya mengambil kira adat dan budaya dan segala perbezaan. Dan dia tak akan pindah malaysia. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya tak banyak beza pun dari segi budaya kita dgn mereka. Cuma dari segi bahasa awak kena belajar. Dari segi sosial pula, dekat brunei tak ada hiburan dan shopping mall yg besar2 pun boleh dikira dgn jari. Kalau nak lelaki brunei pindah malaysia memang mustahil. Kalau awak nak kerja kt brunei pun, bukan senang nak dapat. Limited kerja kat sana. Sebab sy pun ulang alik malaysia brunei. 😁Insyaallah, sy doakan jodoh awak dgn dia berkekalan.

      Padam
    2. thank you awak for reply. wah, rajinnya ulang alik. mahal juga juga tiket ke sana kan? Blh tahu sebab ulang alik? awak pun dah kawin org Brunei ye? Sempat juga saya walk in kt semua post awak. rasa ingin tahu. tapi tak jumpa. awak ada family di sana ye? saya agak risau juga ni. penerimaan family saya. tak tau cemana nak explain kat family yg agak susah nk terima org jauh apatah lagi lain negara. kehidupan kat sana yang belum tentu bagaimana.. nak kerja apa dan macam²lah.. no idea.. penat berfikir..

      Padam
    3. Harga tiket tak mahal pun. Sebab sy bukan direct dari kl brunei. Lebih dari kl miri dan masuk brunei ikut miri. Slow talk dgn family. Macam family saya memang tak kisah.sebab perkahwinan brunei malaysia ni da biasa. So, tak jadi masalah untuk kami berkahwin. Seperti saya bagitau sebelum ni, kerja mmg susah nak di cari. Sana tak banyak peluang pekerjaan. Dari segi kehidupan kt brunei, boleh hidup kalau awak bukan seorang kaki sosial. Hihihih.. Boleh ke http://www.kisahrissaziela.com/2020/06/perbezaan-dari-pelbagai-aspek.html?m=1 . Ni sedikit pengalaman & pendapat saya tentang perkahwinan/percintaan malaysia brunei..=)

      Padam
  6. Adat pijak buluh atau Kami panggil melumak buluh,ia hendaklah Di pecahkan(x peach X JD khawin,katanyalah xtahu betul atau x) JG adat bersiram batis..tambahan brapa adat Dr kebiasaan suku melayu brunei tuk mereka.berketurunan tutung. JG adat langkah Sungai yg mana llk yg bukan Dr puak tutung kawin dgn perempuan tutung akan mm eri tambahan seperti mmberi tambahan duit yg mana ini la yg di pnggil langkah sungai..org tutung bah kawin ni puak tutung punyai cerita mengenai cerita mawas..puak tutung ni bermula Dr Salah seorga ak sultan yg ke tutung,maka Dr wujud puak ni yg mana anak keturunannya yg di panggil puak tutung..maknanya puak melayu bru ei dgn puak tutung ini Berasal Dr puak melayu brunei JG..sekadar berkongsi cerita ygdi turunkn pd kami masa kanak2 sulu..yg mana anak Zaman skrg mgkin ramai xtahu cerita ni)ada masa KT cerita lg xdpt nk berpanjang lebar Di ruangan ni byk xladat tangan NK tekan hpπŸ˜…πŸ˜…,)

    BalasPadam
  7. Certa tentang .mawas ni sangat penting BG pelengkap cerita suku melayu Di tempat lain..JG kewujudan .mawas ini serta Salah 1 bahan membuat keris iaitu perbuatan keris .yg mana tulang mawas berunsur besi..sbb besi ni Di campurkan dgn besi2 lain...Yg mana hr ini Ada yg mgatakan mawas iini tak wujud..ni menghina datuk nenek Kami,, ia secara X langsung mgatakan datuk nenek Kami penipu.. mereka bukan penipu..X mgkin datuk nenek Kami berkonplot dgn melayu d ttempat lain jg..xda wbataap group masa 2..πŸ˜…πŸ˜…mereka JG becerita tentang mawas

    BalasPadam
  8. Sbb mawas ni kuat mgikut ceritanya..TP berjaya Di bunuh oleh anak raja dgn tikaman keris..berbangga la mnjadi bahagian puak tutung kerana datuk nenek KT bukan org yg lemah,,kuat shj x mapu membunuh mawas yg kuat ianya
    Mesti Di sertaii dgn kepintaran ..moga JD samgat tuk kt bangkit..

    BalasPadam
  9. BG menentuan HR tertentu tuk Majlis perkahwinan bukan Di buat mgikut suka hati..contoh mlm bepacar @berinai..kerana inai ni akan nampak Sempurna warnanya ..Di mana waktu Di mullai pd hari Dan waktu trtentu, co toh ia mula Di inai tgh mllm..Cuba kamu Cuba tgok warna inai kamu warna xbrapa skata n arnanya saat kamu menanggalkannya..TP ianya akan brubah slepas tempoh tertentu n ia lebih nampak berseri banfi g saat awal mnanggalkan inai..tempoh akat nikah serta branding ini antara warna inai akan nampak cantik..JG memilih HR Dan waktu tertentu tuk nikah..HR jumaat Dan slepas sat jumaat..bukankanh waktu 2 saat masanya smua org beg berkumoul yg mana boleh dikatakan penghebahan perkahwinan dpt d sampaikan smua orang Di Kawasan 2..KT Di tuntut mghebahkan BG mengelajan berlakunya fitnah..andai Di sembunyikan pasti KT xkan Aman pasti akan ada fitnah n sbgnya.(dulu xda Facebook lg NK share detik Majlis,πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…).HR branding sllu time ni samudra jauh n kwn2 akan dtg, mulih 3 HR JG symbolic kepatuhan isteri mgikuti suami..bukan sj2 KT tgok mulih 3hr mcm org NK melancong ke luar negeri dgn bag yg besar.huhu😎..Sumba gan datuknenek KT yg jarang KT ketahui..malah Ada yg xnk ikut konon buat yg wajib dlm agama SJ..bukan Kan datuk nenek KT dah myusunnya dgn mgambil panduan agama .maka hargailah adat KT..ianya Mahal BG yg tahu erti ya

    BalasPadam
  10. Salam dari Kami puak tutung yg Ada Di labuan msia..kg sy boleh dikatakan 80% bketurunan tutung.dan mereka hampir skg punyai Talian Darah.beza dgn kg lain..mgkin antara kg awal Di buka..alasannya sbb masjid kg sy Di akui antara masjid trawal yg dibena di pulau ini .Lupa NK bgtau..BG Kami x asing kursus khawin yg Di buat oleh kerajakan msia Dan ia diwajibkan BG mereka yg hendak berkahwin..sbbnya X asing mmg kebiasaan jami akan Di hantar ke rumah keluarga trdekat yg. Aim ilmu agamanya BG mndapakan nasihat serta pelajaran tentang yg terkaitagama n perkahwinan..sy sempat buat ni mak sy hantar ke rmh pakci dua Kira datuk sdara Kami la jg..kg sy org mesti Kenal dia sbb dua Bilal Majid kg Kami..Kami panggil nenek hj jepun @ ni hj jepun..mgkin pelik Kami xda perbezaan pggilan BG datuk n nenek..ke2nya Kami pggil nenek ..llk JG Kami pggil nenek,yg pouan JG kami pggil nenek.sybernasib baik dapt merasa dan sbbnyta sy kongsikan bg yg xsempat or terlepas pandang(ingat lg mak hantar sy ke fmah pakci dia kata skrg dah Ada kursus Sama JG 2 yg Di ajarkan katanya,X mgecewakan DIA tetap mmberi nasihat yg baik..makanya kursus sy xlama laπŸ˜“πŸ˜“sbb sy dah kursus 3hr mgkin kerajaπŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

    BalasPadam