Dikuasakan oleh Blogger.

7 Eknik atau Puak Di Brunei

by - April 28, 2018

BRUNEI!!! Seluruh dunia tahu Ia adalah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan gas. Ia terletak di bahagian utara kepulauan Borneo dan dikelilingi Malaysia. Nama Borneo pula diambil semperna nama “Brunei”. Ini kerana pada zaman dahulu kala, Negara ini mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di kepulauan ini. Malah, negara ini juga dahulunya sebahagian daripada gugusan kepulauan Filipina.




puak brunei
Seperti Di Malaysia, Brunei juga terdiri dari pelbagai lapisan puak. Anda boleh lihat terdapat tujuk puak jadi yang terdapat di negara ini. Antara puak-puak jati tersebut ialah; 

  • Puak Jati Melayu Brunei
  • Puak Jati Dusun
  • Puak Jati Belait
  • Puak Jati Murut
  • Puak Jati Bisaya
  • Puak Jati Tutong
  • Puak Jati Kedayan

Selain dari tujuk puak ini, terdapat juga kaum-kaum lain yang berbilang bangsa seperti Cina, India, Iban, Kadazan serta golongan bangsa Eropah yang memilih Brunei untuk menetap walaupun mereka-mereka ini bukan berasal dari Brunei secara sejarahnya. Nak tahu lebih lanjut lagi tentang eknik atau puak jadi di negara Brunei? Jom kita baca sejarah puak-puak ini.

1. Puak Jati Melayu Brunei

Sebelum itu, Puak Jati “melayu Brunei” di kenali dengan panggilan “Barunays” yang bermaksud Brunei atau orang Brunei semasa “bancian Kategori eknik” pada tahun 1906 dan 1911. Namun pada tahun 1921, panggilan "Melayu Brunei" diiktiraf secara rasmi . Pengubahsuaian berkemungkinan dilakukan berikutan kesedaran masyarakat Brunei berkenaan identiti Melayu mereka.


Image result for kg ayer
sumber google

Hampir separuh daripada penduduk kaum Melayu di Malaysia Timur (kawasan pantai barat selatan negeri Sabah dan sebelah utara negeri Sarawak) adalah etnik atau berketurunan Melayu Brunei dan hampir seluruh penduduk Melayu di selatan negeri Sabah seperti daerah Sipitang, daerah Kuala Penyu, daerah Beaufort dan daerah Papar serta Wilayah Persekutuan Labuan termasuk penduduk Melayu yang menetap di kawasan sebelah utara negeri Sarawak seperti daerah Limbang, daerah kecil Lawas dan bandar raya Miri adalah berketurunan Brunei.

Pada awal penempatan puak Melayu Brunei adalah di persisiran pantai di Brunei. Mereka membina binaan penempatan mereka di atas air iaitu rumah papan. Dan masyarakat Melayu Brunei sinonim dengan perkampungan sejarah mereka seperti Kampung Ayer yang masih wujud sehingga sekarang.

  • Puak Dusun
Puak jati ini dikatakan berasal dari keturunan bangsa cina oleh sesetengah ahli sejarah kaji manusia. Ini disebabkan beberapa factor iaitu persamaan dari warna kulit, bentuk mata, ukuran badan dan lain-lain sifat. Pada Am nya, Puak dusun berasal daripada satu keturunan yang sama, kemudian berpecah mencari kehidupan sendiri. 

PIC2
sumber google

Kenapa mereka ini di gelar bangsa “Dusun”? ini kerana mereka mengusahakan dusun buah-buahan. Mereka juga bergiat dalam pertanian pindah randah, berkebun sayur, menoreh getah, berternak lembu, kerbau ayam dan itik. Walaupun sehingga kini masih lagi mengamalkan dan berpegang dengan kepercayan ‘animisme’ yang diwarisi dari datuk nenek moyang mereka namun Alhamdulliah jumlah yang memeluk agama Islam makin bertambah dari hari ke hari.
  • Puak Jati Belait
Image result for puak belait
sumber google

Ia dikaitkan dengan sebuah sungai iaitu sungai belait. Pekerjaan utama mereka ialah menuai padi dan membuat sagu. Kalau nak memahami lagi tentang puak ini, Anda boleh ke Kampong Kuala Balai, kampong Mumong iaitu di Mukin labi, Kampong Rampayoh di ulu Belait dan di Kampong Mungkom di Mukim Kiudang, Tutong. Agama yang di pegang oleh puak jati ini kebanyakkannya agama Islam. 
  • Puak Jati Murut
Terdapat banyak terma panggilan bagi merungkai satu puak jati bernama Murut kerana di Sarawak misalnya ianya dikenali dengan nama “Lun Bawang” manakala di Sabah dikenali sebagai “Lun Dayeh”. Dan Murut di Brunei sudah tentu bukan merujuk kepada etnik Murut di Sabah. Menurut sejarahnya nama “Murut” diberikan oleh Brunei bagi merujuk kepada satu komuniti yang mendiami kawasan berbukit bukau di Brunei.

Image result for puak murut brunei
sumber google

Menurut sejarah juga menyatakan bahawa puak Murut di Brunei, dikenali sebagai etnik Lun Bawang di Sarawak dan etnik Lundayeh di Sabah ini merupakan satu kumpulan masyarakat yang berasal daripada satu kawasan yang terletak di tengah-tengah Pulau Borneo yang dikenali sebagai Dataran Tanah Tinggi Kerayan Kelabit. Dan mereka juga dikatakan telah membuat penghijrahan ke seluruh Borneo yang meliputi Sabah, Sarawak dan Brunei sejak dari kurun ke-17 hingga 18 Masihi lagi.
Suatu waktu dahulu, sumber ekonomi mereka adalah bertani iaitu menanam padi dan mengamalkan pertanian nomad bagi mencari tanah-pamah yang subur. Dan atas aktiviti ini adalah difahamkan populasi puak Murut di Brunei juga bertebaran iaitu berbeza-beza perkampungannya serta tidak mengkhusus di satu tempat sahaja.
Jika dahulu nenek moyang mereka mengamalkan kepercayaan animism namun sekarang puak Murut ramai yang sudah memeluk agama Kristian sebagai pegangan penghidupan mereka.

  • Puak Jati Bisaya

Puak Bisaya? Macam pernah dengarkan? Ia bukan sahaja ada di Brunei malah turut ada di Sarawak dan Sabah sehingga ke hari ini.

Namun ada yang ura-ura bahawa Puak ini berasal dari Negara Filipina iaitu merujuk kepada bangsa Visaya. Apa yang boleh dikatakan, pernyataan ini 100% salah. Ini kerana ianya tidak selari dengan sejarah bangsa Filipina malah bahasa juga langsung tiada persamaan. Puak Bisaya dikatakan berasal dari wilayah Kerajaan Barunai yang telah wujud seawal kurun 977 Masihi. Mereka berhijrah ke Sabah, Sarawak setelah berlakunya penindasan dan keadaan pada masa itu sangat Kucar kacir.

Berdasarkan laporan yang diterangkan oleh pakar sejarah antropologi seperti Bewsher (1958), Sandin (1971) dan Hussain & Newman (1987), kewujudan etnik Bisaya di bumi Borneo boleh disahkan seawal tahun 1370an lagi. Ini dapat dibuktikan apabila tahun 1370an Empayar Tanah Besar China telah menghantar satu misi ke Negara Barunai (Negara Brunei) yang mana ketika itu Chang Ching Tze telah membantu Maha Mokhsa, Raja Barunai bagi mengawal pemberontakan.

puak brunei

sumber google

Pemberontakan itu telah menyebabkan ibukota Barunai pada masa itu telah terbakar teruk dan Maha Mokhsa hanya bersandarkan kepada 1,000 masyarakat tempatan Barunai yang dikenali sebagai Bisaya untuk tujuan pertahanan dan keselamatan. Bantuan daripada Maharaja Tembok Besar China telah dapat meredakan Kerajaan Barunai pada masa itu. Dan sebagai membalas jasa itu, maka Maha Mokhsa telah menghantar satu rombongan bagi misi penghormatan ke Negara China pada Ogos 1371.

Selain daripada itu dari segi pengkajian sejarahwan menyatakan bahawa etnik Bisaya yang menghuni bumi Borneo sekarang menurut laporan Beyer H.O pada 1926, Hester E.D pada 1954 dan Harrison pada tahun 1956 sependapat menyatakan bahawa etnik Bisaya merupakan kumpulan masyarakat yang berasal daripada Kerajaan Srivijaya melalui panglima mereka yang bernama Sri Bisaya. Pendapat ini juga disahkan oleh seorang pengkaji sejarahwan iaitu Sonza pada tahun 1972.

Sekarang, puak Bisaya di Brunei sudahpun memeluk agama Islam sepenuhnya.

  • Puak Jati Tutong
Nak jumpak puak jati tutong? Pergilah di daerah Tutong. Ini kerana sebahagian besar dari daerah ini, diduduki oleh puak Tutong. Bahasa yang di guna pakai puak ini adalah Bahasa tutong dan mereka menganuti agama Islam. Puak Tutong ini mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Misalnya, bahasa yang dituturkan oleh orang-orang Tutong yang mempunyai latar belakang keturunan yang berbeza. Terdapat sebuah kajian tentang kewujudan puak ini berdasarkan dari dua sumber iaitu tradisi lisan orang-orang Melanau Mukah dan didalam Syair Awang Semaun.

puak brunei
sumber google

Lagi satu yang patut korang tahu adalah asal usul nama Tutong ini. Terdapat banyak cerita mengenai asal usul nama puak Tutong ini. Antara cerita yang diperkatakan sehingga sekarang ialah nama Tutong berasal dari nama seorang puak Murut yang banyak membantu orang-orang yang tinggal di Kampong Lurah Saban dari gangguan ayau (pemburu kepala) yang dilakukan oleh orang-orang Kayan. Megenangkan jasa orang Murut yang bernama Tutong itu, akhirnya tempat tinggalnya berhampiran dengan sungai itu maka iapun diberi nama Sungai Tutong. Di sungai itulah timbulnya asal gelaran Tutong dan juga menjadi perkampungan terawal puak Tutong.
  • Puak Jati Kedayan
Salah satu Puak yang menetap di kepulauan Borneo ialah Puak Kedayan. Puak ini dipercayai berasal dari Negara Brunei, kemudian berhijrah ke Sabah, Sarawak dan Labuan. Di Miri Sarawak, kebanyakan puak ini menetap di daerah Bekenu selain boleh ditemui di sekitar daerah Limbang dan Lawas, Sarawak; Sipitang dan Kuala Penyu, Sabah; dan Labuan. Bahasa pertuturan harian yang digunakan oleh puak Kedayan ialah Bahasa Kedayan ("bahasa de facto" Brunei).

Mungkin yang kita tahu puak Kedayan semuanya merupakan orang pantai namun rupanya tidak sama sekali. Sebahagian daripadanya iaitu 
di Labuan bukannya orang pantai, dan lebih enderung menetap di kawasan pedalaman. Manakala sebahagian yang lain lagi menetap berhampiran pantai. Rumah-rumah di kampung dibina agak dekat antara satu sama lain, mengikut pola kelompok, dengan taman-taman bercabang. Kaum Kedayan-Brunei menjadi penduduk majoriti dan memegang kuasa politik di pulau bebas cukai itu.

Wah!!! Banyaknya kisah sejarah puak-puak Jati Di Brunei kan? Kebanyakkannya ada terhubung kait antara satu sama lain. Malah, puak-puak Jati ini bukan sahaja terdapat di Negara Brunei, tapi terdapat di Malaysia juga khususnya di Sabah, Sarawak dan Labuan. So, korang nak tahu apa lagi pasal Brunei? Boleh email atau comment di bawah ye!!

Sumber :7 puak jati brunei / puak jati brunei



You May Also Like

2 comments

  1. Assalamualaikum,
    Maaf, foto tentang masyarakat Puak Kedayan tersebut ada yang salah. Foto tersebut adalah foto kaum Kadazan di Papar, Sabah. Maaf

    BalasPadam