7 Keistimewaan Kurma Ajwa @ Kurma Nabi

Kurma? Siapa yang tak suka makan kan? Bukan sahaja boleh di makan pada bulan Ramadan, malah di hari-hari biasa juga. Kurma merupakan makanan sunnah yang mempunyai 1001  khasiat. Kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh anda, malah ia mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat.

7 Keistimewaan Kurma Ajwa @ Kurma Nabi

Kalau anda semua nak tahu, kurma ada pelbagai jenis dan nama. Salah satu kurma yang disukai ramai ialah Kurma Ajwa. Ia juga dikenali sebagai kurma Nabi. Kurma Ajwa berasal dari Madinah, dan ia merupakan buah kurma yang sangat popular dan mempunyai permintaan tinggi memandangkan ia merupakan buah kurma yang dipercayai menjadi kegemaran Rasulullah S.A.W.  Kurma Ajwa mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Antaranya ialah,

Image may contain: text

1. Disebut dalam hadis

Umumnya, kurma merupakan makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah pada setiap hari. Menurut salah satu hadis yang bermaksud;

Sabda Rasulullah SAW: 
"Barangsiapa yang memakan 7 biji buah kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun atau sihir kepadanya pada hari tersebut."

Fungsinya dijadikan sebagai ikhtiar untuk penawar sihir/ santau/ racun/ sakit misteri dan juga turut disebut dalam hadis sebagai penawar racun. Makanya kurma jenis Ajwa ini sangat luar biasa fungsinya berbanding dengan kurma jenis lain. Walau bagaimanapun kita hanya mampu berikhtiar, Allah SWT yang Maha Penyembuhnya.

2. Ciri yang Unik

Realitinya, ada peniaga yang menjual Kurma Ajwa yang tidak asli. Bagi mengenalpasti keaslian buah Kurma Ajwa bolehlah perhatikan ciri-ciri berikut:

Ada beberapa garis kecil
Warna hitam pekat
Mempunyai kedutan pada kurma
Baunya wangi
Sederhana manis
Saiznya sedikit kecil
Kurma kering dan tak mudah rosak
Kualiti yang terjamin

3. Melancarkan pencernaan

Kurma merupakan sumber serat yang baik untuk tubuh. Sesuai untuk anda yang kerap mengalami masalah sembelit. Kajian menunjukkan, orang yang mengamalkan 7 kurma Ajwa setiap hari akan teratur membuang air besar berbanding sebelum makan kurma.

4. Mengawal gula dalam darah

Kurma adalah pemanis semula jadi dengan kandungan fruktosa yang baik untuk tubuh. Fruktosa merupakan jenis gula semula jadi yang ditemukan dalam buah. Kandungan gula ditambah dengan serat yang tinggi di dalam kurma bermanfaat untuk mengawal gula darah.

Image may contain: text

5. Kaya dengan antioksidan

Kurma mengandungi flavonoid glycosides yang membekalkan antioksidan kepada tubuh. Ia bermanfaat mengurangkan risiko diabetes, Alzheimer, dan kanser Kajian oleh King Saud University mendapati kadar antioksidan ini setara dengan produk antioksidan yang terdapat di pasaran.

6. Mengekalkan keseimbangan air dan garam 

kurma juga mengandungi potasium yang membantu mengimbangi kandungan gula dan air dalam badan serta mengurangkan risiko masalah buah pinggang.

7. Membantu perkembangan bayi di dalam kandungan

Kandungan kalium yang ada dalam kurma dapat meningkatkan rangsangan pada saraf. Manfaat ini menjadikannya amat baik untuk menutrisi bayi dalam kandungan ibu hamil.

Selain itu, protein yang tinggi juga dapat membantu perkembangan bayi kerana ia merupakan pembentuk utama sel manusia.

Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura | Kurma Berkualiti & Mampu Milik

Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura merupakan satu lagi produk keluaran Rihura Herbs Enterprise yang semakin mendapat tempat di hati peminat kurma. Nak tahu kenapa? Mari rapat-rapat. Riss akan kongsikan dengan anda keistimewaan Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura.


Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura original dari tanah Madinah AlMunawwarah
Harga berpatutan dan sangat mampu milik sehingga semua mampu merasa
Gred 1 (lebih tinggi dari gred A) dan Gred Premium VIP
Buah segar dan terbaru (handpickup dari ladang pada awal tahun 2020)
Kurma tidak diperam lama-lama.
Kualiti premium, dijamin dan terbaik
Saiz standard, sesuai utk kanak2, golongan tua dan muda
Packaging yang menarik
Sesuai dijadikan gift set/hadiah
Harga berbaloi sesuai utk tempahan bagi sedekah/doorgift dan sebagainya
Trusted dan dipercayai

Harga bagi Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura yang ditawarkan adalah harga yang mampu milik. Pada peminat tegar kurma, anda semua pasti tahu kenapa harga Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura gred premium ini berbeza dari kurma yang lain.

Image may contain: text
100g - RM 15
200g - RM 28
300g - RM 40
500g - RM 60
1kg - RM 110
Ajwa Asli Madinah VIP Pilihan Riss Sekeluarga


Riss bukanlah peminat tegar kurma. Tapi bila makan Kurma Ajwa Asli Madinah tak boleh nak gambarkan nikmatnya bagaimana. Rasanya yang enak serta isinya yang lembut membuat Riss jatuh cinta dengan kurma Ajwa Asli Madinah VIP. Ia sangat berbeza dengan kurma – kurma yang berada di pasaran. Riss da cuba, anda bila lagi?

Facebook Official Rihura : Rihura
WhatsApp: +60105012717
Instagram: @rihuraherbs

Catat Ulasan

0 Ulasan