Dikuasakan oleh Blogger.

Bercinta Dengan Lelaki Brunei, Apa Yang Perlu Anda Tahu?

by - Jun 04, 2020



Hai warga Brunei & Malaysia. Riss dapat satu “comment” yang Riss rasa patut di kongsikan bersama. Dia meminta pandangan Riss tentang Perkahwinan atau Percintaan antara 2 Negara iaitu Brunei (Lelaki) & Malaysia (Perempuan). Siapa yang 'minat' dengan Putera Mateen boleh la baca entry ni. Kalau ada jodoh, tak kan kemana. 

Memandangkan ini hanyalah pendapat, kita guna bahasa santai-santai je la. Tapi sebelum Riss bagi pandangan, korang jangan la kecam Riss. Lain orang, lain pandangan. Kalau korang tak setuju, boleh komen di bawah.


Perkahwinan campur terutama Semenanjung Malaysia & Brunei ni bergantung pada pasangan itu sendiri. Kalau da suka sama suka, boleh la bertolak ansur dari semua aspek. Maklumlah, kita perempuan kena ikut suami. Jika Suami suruh duduk di negara dia, kita mesti patuh. Jadi, nak atau tidak, kita kena tahu serba sedikit tentang budaya mereka. 

Riss senaraikan 4 aspek yang korang perlu ambik kira iaitu budaya & adat, bahasa, makanan dan sosial hidup masyarakat Brunei.

1. Budaya & Adat

MONARKI RAJA: PERKAHWINAN DIRAJA BRUNEI 2004 - Bahagian 1

Walaupun lain negara, tapi kita tetap serumpun. Jadi, adat & budaya masyarakat Brunei & Malaysia tidak jauh beza. Cuma, sesetengah nama sahaja lain, tapi adatnya tetap sama. Tapi kalau nak tahu lebih lanjut tentang adat perkahwinan, korang boleh ke link ini (Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu Brunei)

2. Bahasa Percakapan Brunei/Malaysia

Bahasa Rasmi Brunei menggunakan Bahasa Melayu. Tapi untuk percakapan seharian, mereka menggunakan dialek Brunei. Yang ini korang kena tahu & ambil tahu. Dialek Brunei mempunyai slang macam Dialek Sabah/Sarawak. Tapi ada perkataan yang sama tapi lain maksud. Riss pun still belajar & belajar dialek Brunei. Sometimes, ada perkataan yang tak faham. Sebab duduk Malaysia, jadi jaranglah nak cakap dengan orang dialek Brunei cuma kalau marah, memang terkeluar Dialek Brunei. Kalau korang nak belajar bahasa Brunei yang basic, korang boleh ke laman web ini (Jom Belajar Bahasa Brunei)

3. Sosial Kehidupan Orang Brunei

Semua sedia maklum bahawa Brunei begitu tegas dalam menegakkan Undang-Undang & ajaran Islam.  Maka amat mustahil untuk dapatkan aktiviti hiburan di Brunei. Kalau korang jenis yang kali clubbing, atau sukakan hiburan. Maaf, Brunei bukan tempat anda. Jualan dan penggunaan alkohol adalah diharamkan.

Rindu Masjid: Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien – Brunei ...

Anda kaki shopping? Brunei bukan la tempat atau syurga membeli belah seperti Sogo, Pavilion, Time Square, atau KWC. Boleh dikira dengan jari berapa shopping kompleks yang besar di Brunei.  Harganya pula kadang-kala lagi mahal dari Malaysia. (Disebabkan Mata Wang mereka lagi besar dari Malaysia) Sebab itu, Orang brunei lagi suka ke Miri atau Limbang untuk membeli belah.

4.Pemakanan

ambuyat | CookedEarth

Dari segi makanan, terdapat sedikit perbezaan dengan makanan di Semenanjung. Jadi, kalau anda nak hubungan anda bertambah erat, apa salahnya anda belajar sendi masakkan Brunei. Zaman moden, pergi je google atau tengok youtube. Nak pihat hati si dia, kena la pikat perut dia dulu. Antara masakkan yang popular di Brunei, Ambuyat, Nasi Katok, Kelupis dan Daging Belutak Goreng.

Ramai je gadis-gadis Semenanjung Malaysia berkahwin dan tinggal di Brunei. Bagi Riss, semuanya bermula dari kita. Kalau korang boleh belajar cara hidup di Brunei maka korang akan happy tinggal di Brunei. Bagi Lelaki Brunei, mereka nj "jarang" nak pindah ke Malaysia. Mata wang mereka salah satu penyebab mereka tak nak pindah ke Malaysia. Setakat ni, Riss hanya boleh fikirkan 4 aspek ni sahaja. Pendapat ni berdasar pengalaman-pengalaman yang pernah Riss lalui. Jadi, kalau korang rasa ada aspek yang Riss tak masukkan lagi, boleh komen di bawah.

Sumber Gambar : Google



You May Also Like

0 comments