6 Tips berguna untuk sebelum anda tempuh “international Marriage” Supaya Berkekalan hingga ke Jannah

Perkahwinan antarabangsa, atau “international Marriage”, adalah perkahwinan antara dua orang dari negara yang berbeza. Di Malaysia, “international Marriage” begitu sangat sinonim dengan kita. Apa tidaknya, saban hari kita mendengar ada sahaja artis atau orang kenamaan mahupun rakyat biasa yang berkahwin dengan warga asing. Zaman sekarang ini, tiada yang mustahil. Hujung jari sahaja kita boleh mencari pasangan dari perbagai negara.

Namun, Statistik menunjukan hampir 50% “international Marriage” berakhir dengan penceraian. “international Marrige” sering kali mempunyai kadar penceraian yang lebih tinggi berbanding perkahwinan biasa. Kenapa ia berlaku? Ini disebabkan beberapa faktor antaranya perbezaan budaya, gaya hidup, makanan dan masalah komunikasi.

6 Tips berguna untuk sebelum anda tempuh “international Marriage” Supaya Berkekalan hingga ke Jannah

Oleh sebab itu, riss nak kongsikan untuk anda yang bakal menempuhi “international Marriage” dengan beberapa tips supaya perkahwinan antarabangsa anda berkekalan hingga akhir hayat. Apakah tipsnya itu?

International Marriage Tips #1 – Betulkan Niat
Ini tips yang paling penting. Untuk apa kita nak berkahwin dengan orang bukan warganegara? Sebab duit? Kemewahan? Paras Rupa atau untuk mendapatkan pujian? Jika niat kita tak betul, kemungkinan penceraian itu boleh belaku. Jadi, betulkan niat anda dahulu.

International Marriage Tips #2 – Belajar Bahasa Pasangan
Bahasa memainkan peranan yang paling penting dalam “international Marrige”. Anda perlu menetapkan satu Bahasa yang menjadi Bahasa rasmi keluarga anda. Kenapa? Ia boleh mengurangkan salah faham yang paling minimum. Namun begitu, kedua-dua belah pihak juga perlu belajar Bahasa Eknik pasangan. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan. 

Bab Bahasa memang Riss tidak ada masalah. Brunei menggunakan Bahasa Melayu baku. Cumanya, Bahasa pasar Brunei dan Bahasa Dusun perlu Riss belajar dan belajar. 

International Marriage Tips #3 – Fahami Budaya & Adat Pasangan
Jika sebelum ini, kita hanya mengetahui budaya kita sahaja. Tapi setelah kita bercinta atau menuju ke “international Marrige”apa kata belajar serba sedikit tentang budaya pasangan anda. Budaya bukan sahaja tentang adat, tapi secara menyeluruh termasuk gaya hidup, perayaan, pemakanan dan sebagainya yang melambangkan budaya sesuatu kaum tersebut.

International Marriage Tips #4 – Belajar cara masakan Pasangan Anda
Sentiasa belajar cara masakan makanan kegemaran pasangan anda. Mungkin pasangan anda suka cara masakan negara dia. Jadi tak salah anda belajar selain dapat mengasah lagi skill masakan anda. Sekali lagi Riss bersyukur sebab walaupun berlainan negara, tapi masih lagi serumpun. Jadi, masakan antara Brunei dan Malaysia agak sama. Kalau beza pun, mungkin sedikit sahaja.

International Marriage Tips #5 – Dapatkan Restu Ibu Bapa
Restu Ibu bapa amat penting ye pembaca sekalian. Tanpa restu ibubapa, kita tak mungkin bahagia. Yakinkan ibubapa anda bahwa anda bersedia untuk berkahwin dengan orang yang berlainan bangsa dan negara. 

International Marriage Tips #6 – Sentiasa Ingat Kekuatan Cinta Anda
Apabila anda berpegang pada cinta tanpa syarat yang anda miliki, segala sesuatu mungkin berlaku. Apabila keadaan menjadi sukar, cubalah Cara-Cara untuk Menimbulkan kembali Cinta dalam hubungan yang mati. Insyaallah, dengan cara itu, perkahwinan anda akan berkekalan.

Sepanjang pengalaman Riss dalam tempuh hubungan “international” ni memang banyak cabaran. Riss dan pasangan berada dalam 2 negara yang berbeza. Nak jumpa pun sangat payah. Setahun pun belum tentu jumpa dek kerana kerjaya kami.

Sekiranya anda baru sahaja mengenali pasangan yang berlainan negara,, anda perlu mengetahui kelebihan dan kekurangan “international Marriage” terlebih dahulu. Selepas itu, anda boleh mula menggunakan petua diatas untuk bertahan dalam perhubungan dan perkahwinan antarabangsa anda. Doakan Riss untuk kuat dalam tempuhi hubungan antarabangsa ini. 

Catat Ulasan

0 Ulasan