Jualan Pin Ribbon Bantu Pesakit Breast Cancer | Pink Oktober

Bulan oktober merupakan bulan yang ditunggu bagi pesakit kanser payudara yang dikenali sebagai Pink Oktober. Bulan Oktober sinonim dengan bulan reben berwarna pink. Jadi, ia merupakan simbol kepada kempen kesedaran tentang kanser payudara.

 Jika anda lihat pada tahun-tahun sebelumnya, ia disambut begitu meriah & di sajikan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti. Tidak hanya tertumpu kepada pesakit kanser payudara, para NGO & pesakit turut turun padang bagi memberi kesedaran serta maklumat-maklumat yang penting tentang penyakit no 1 wanita kepada orang awam.
Namun, dunia dikejutkan dengan wabak covid 19. Para NGO mula gusar. Tiada aktiviti luar yang boleh mereka lakukan untuk mengembirakan hati pesakit kanser payudara ini.

Walaubagaimanapun sokongan & bantuan secara online tetap giat dilakukan oleh para NGO di Malaysia. Riss memang tabik dengan semua NGO yang terlibat. Mereka tidak pernah lelah untuk memberi sokongan yang sewajarkan untuk pesakit-pesakit ini.
Sesuatu telah berlaku & terjadi, ekonomi negara merudum akibat wabak covid 19. Para NGO mula buntu bagaimana hendak bantu para pesakit kanser payudara yang memerlukan bantuan duit serta makanan.

Bagi yang masih tidak tahu, Ya!! Merawat penyakit ini perlu menggunakan duit yang banyak. Ubat ubatan untuk sebulan boleh menjejah sehingga ribuan ringgit. Belum termasuk rawatan-rawatan seperti kemoterapi, radioterapi & sebagainya.
Di sekeliling Riss terdapat insan yang paling Riss sayang. Dan mereka-mereka ini adalah pesakit kanser payudara. Sanggup bergadai emas, tanah, kereta demi mengembalikan kesihatan diri mereka. Sebab itu, jika ada di sekeliling anda pesakit kanser, berikan mereka sokongan & hulurkan sedikit sumbangan kepadanya. Mereka memang sangat-sangat memerlukan terutamanya sokongan-sokongan dari anda.

Tidak dengan itu, demi membantu kebajikan pesakit kanser, Cancer Care telah menjalankan satu kampen yang di beri nama "The Cancer Awareness Campaign". Di mana dengan hanya membeli "pin ribbon", anda turut dapat membantu pesakit-pesakit kanser ini.
Bagaimana hendak memiliki pin ribbon yang cantik itu? Anda hanya perlu klik dibawah ini.


Jom kita sama-sama memberikan sokongan yang jitu terhadap mereka. Sebelum undurkan diri, mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada kakak Riss, Nurfisah binti Mohd Nor yang juga merupakan pesakit kanser payudara serta pesakit-pesakit kanser seluruh dunia yang telah kembali kepada-NYA. 

Catat Ulasan

0 Ulasan