Bagaimana influencer marketing boleh menjana pendapatan anda berlipat kali ganda?

picture from google

Ramai yang tahu makna influencer kan? Influencer merupakan seseorang yang boleh memberikannya pengaruh di masyarakat. Contohnya seperti selebriti, blogger, youtuber, ataupun seorang public figure yang penting dalam kalangan masyarakat. Antara influencer luar negara yang Riss ingin jadi macam dia ialah Sue Painter. Seorang influencer traveller yang sangat berjaya.

Apa pula yang dimaksudkan pula dengan Influencer Marketing? Influencer marketing merupakan salah satu  strategi pemasaran di mana perusahaan mengajak seorang influencer bekerja sama  untuk meningkatkan brand awareness dan penjualan sesuatu produk.

Apa Manfaat Yang Anda Dapat Jika Join Marketing Influencer?

Menurut pelbagai pihak, markerting influencer sememangnya memang banyak manfaatnya kepada pengusahan kecil dan besar. Antaranya ialah

picture from google

1. Meningkatkan Penjualan berlipat ganda

Dengan menggunakan influencer, secara tidak langsung dapat neningkatkan hasil penjualan berlipat kali ganda. Memang tidak dinafikan, nak mengunakan influencer kena mengeluarkan modal, tapi bayangkan hasil yang anda dapat nanti. Lumayan kan?

2. Tingkatkan penglibatan Audience

Seperti yang kita tahu, Influencer memiliki pengikut yang sangat banyak. Mereka boleh mempengaruhi audience dengan hanya berkata-kata dan menulis sahaja. Secara tidak langsung audience akan lebih teruja untuk membeli dan menggunakan product anda. 

3.  Berikan Maklumat Kandungan Lebih Lengkap

Influencer amat petah dalam mengeluarkan kata-kata. Kita pun amat suka orang yang suka bercerita dan akan tertarik dengan setiap patah perkataannya.  Jadi, influencer berperanan sebagai penunjuk jalan untuk membantu para audient menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dengan menggunakan produk anda. 

Bagaimana Mahu Memilih Influencer Yang Tepat

Masih ramai yang gagal untuk memilih influencer yang tepat. Kebanyakkannya hanya “tangkap muat” mungkin kerana tidak mahu berbelanja besar untuk ini. Jom Riss kongsikan kateria apa yang perlu anda tahu untuk memilih influencer yang tepat.

picture from google

1. Jumlah Pengikut (followers)

Jangan mengambil ringan tentang jumlah followers ye! Ini perkara penting dan utama. Dengan followers yang banyak, ia akan mempengaruhi jumlah audience yang melihat produk Anda. Tapi, anda harus semak juga samada followers mereka aktif or pasif. Ini kerana sejak kebelakangan ini, ramai yang jual beli followers. Sudah tentu, jika followers dari influencer yang Anda pilih itu menggunakan followers yang pasif tentu saja tidak akan berpengaruh terhadap strategi marketing Anda.

2. Peratusan Penglibatan (Engagement)

Tidak semestinya followers yang banyak akan dapat percentage engagement yang tinggi. Ini boleh terjadi jika followers influencer itu tidak asli atau menggunakan perkhidmatan "jual beli followers". Untuk menilainya, anda boleh melihat perbandingan jumlah suka (like) dan komen (comment) pada setiap post influencer tersebut.

3. Lihatlah Kemahiran Teknikal mereka

Buat masa ini, hampir semua orang boleh menjadi seorang yang berpengaruh. Asalkan mempunyai kamera yang canggih dan penampilan yang kemas sudah cukup. Sebilangan mungkin mengimbangi penampilan yang lebih berbeza dengan keperibadian mereka melalui kapsyen atau cerita. Ini meletakkan mereka di atas. Ini bermaksud mereka mempunyai kemahiran sosial untuk mempengaruhi pengikut mereka.

4. Pelbagai Akaun Media Sosial

Seorang influencer mungkin mempunyai pelbagai akaun media sosial seperti Instagram, Facebook, Youtube, Blog atau pun Twitter. Oleh kerana itu, Anda perlu untuk membuat strategi pemasaran media sosial mana yang paling sesuai untuk digunakan dan cara penyampaian pesan yang betul dari setiap medial sosial tersebut agar dapat mencapai KPI dan target market yang sudah ditentukan oleh anda.

Kesimpulannya adalah influencer marketing sememangnya amat penting bagi pengusaha kecil dan besar. Mereka boleh menjana pendapatan berkali ganda dari sebelumnya. Jadi, fikir-fikrkan.


Catat Ulasan

0 Ulasan