Solitaire.org Permainan Percuma Online Mengamit Kenangan

 Assalamualaikum dah hai semua. Anda semua sihat tak? Hope semua yang membaca blog ini sihat dan dijauhi dari penyakit covid-19. Riss tahu anda semua mesti stress sebab kita tidak di sarankan untuk keluar rumah kecuali hal yang tertentu. Riss pun stress juga tapi stress tu janganlah sampai menganggu kesihatan kita pulak. Riss nak kongsikan satu berita baik dekat anda semua. Lepas ni Riss harap anda tak lagi stress lepas membaca berita ini.

Anda mesti pernah main permainan Solitaire kan masa zaman-zaman study dulu. Bagi yang tak tahu, permainan solitaire merupakan satu permainan yang cukup popular sehingga hari ni. Teringat masa dulu kala, kami 9 orang beradik berebut-rebut nak main permainan ni dekat PC. Yang paling kelakar, menangis kalau tak dapat main.

solitaire.org

Solitaire.org Permainan Percuma Online Mengamit Kenangan

Solitaire.org merupakan sebuah laman web permainan dan ia boleh dimainkan secara percuma. Anda tidak perlu membazir wang untuk membeli permainan-permainan tersebut. Jimat duit!! Hanya masuk ke laman web tersebut dan terus main. Selain itu, solitaire.org juga mempunyai lebih dari 80 jenis permainan online dan kebanyakkannya adalah permainan yang mengamit kenangan kita sewaktu kecil. Jadi, Riss nak cabar anda semua untuk bermain semua jenis permainan ini. Boleh tak? Sanggup sahut cabaran Riss?

5 Permainan Kegemaran Riss Aziela di Solaitare.org

Semua permainan di dalam web ini sangat best tapi yang paling Riss suka ialah

5.      Mahjongg titans

Mahjongg titans

Cara permainan Mahjongg titans sangat mudah dan senang. Anda perlu gabungkan 2 “mahjong stone” yang sama untuk mengeluarkannya dari padang permainan. Anda hanya boleh menggunakan “free stones”. “Free stones” tidak dilindungi oleh “stone” lain dan sekurang-kurangnya 1 sisi (kiri atau kanan) terbuka. Permainan ini mengajar kita berfikir secara tenang dan sentiasa bersabar.

Pirates and Treasures 

Pirates and Treasures

Pirates and treasures merupakan permainan mencari benda tersembunyi. Kita mestilah mencari semua objek tersembunyi dalam permainan ini. Klik pada objek untuk memilihnya. Permainan ini mempunyai 8 level dan mempunyai kiraan masa yang tertentu. Ini bermakna permainan pirates and treasure menguji kepantasan dan kecekapan kita.

Zuma Ball 

zuma ball

Zuma ball merupakan permainan yang popular dalam kalangan kanak-kanak. Cara permainan ini sangat mudah. Zuma ball mempunyai 10 tahap permainan. Cara bermain permainan ini adalah kita harus melepaskan bola mengikut warna bola tersebut. Jika salah warna, rantaian bola tersebut akan menjadi panjang. Selain itu, kita kena cekap dan pantas supaya rantaian bola tersebut tidak masuk ke dalam lubang / terowong.

Daily Sudoku 

sudoku

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang lemah dalam matamematik, apa kata anda guna taktik ini untuk menguasai bidang ini. Riss sekeluarga memang suka bermain permainan sudoku untuk meningkatkan lagi kemahiran matematik. Permainan ini terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu mudah, sederhana dan susah. Jadi, anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda. Caranya pula ialah Setiap lajur, setiap baris, dan setiap grid nombor 3x3 hanya boleh mempunyai nombor 1 hingga 9 di dalamnya satu masa. Teka-teki bermula dengan beberapa nombor yang sudah dimasukkan sebagai givens. Givens berwarna hitam. Anda boleh menggunakan lokasi ini untuk menyimpulkan nombor mana yang ditempatkan di sepanjang sisa teka-teki. Apa yang boleh Riss katakan, permainan ini mempunyai daya tarikan sendiri dimana anda akan rasa bahagia dan tenang selepas menyelesaikannya.

1.     Classic Solitaire 

Classic Solitaire, kadang-kadang dikenali sebagai Patience, merupakan sekumpulan permainan kad yang direka untuk permainan pemain perseorangan. Cabaran permainan ini ialah kita kena menyusun kad mengikut urutan berdasarkan kesesuaian dan kedudukanny. Dek yang mula-mula diubah akhirnya akan disusun menjadi kad mengikut K, Q, J, 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, A, dari tinggi ke rendah.

Satu lagi perkara yang buat Riss suka sangat web ni adalah ianya tanpa iklan. Banyak permainan online yang menyiarkan iklan dan ada diantara iklan tu mengandungi unsur-unsur 18x. Apa yang boleh Riss pastikan dengan anda semua, web solitaire.org ini selamat untuk anak-anak anda dan boleh menghilangkan stress anda. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri. Selamat bergembira.

Catat Ulasan

0 Ulasan