Anak Jadi Berjaya | Datuk K Terharu Dan Berterima Kasih Kepada Dr Azizan

 “BERUSAHA TANGGA KEJAYAAN”! Itulah mutiara kata yang perlu dijadikan pegangan kepada pada peniaga di luar sana yang ingin mengacapi sesebuah kejayaan. Mereka hendaklah gigih dan tekun berusaha untuk merealisasikan impian tersebut.

Terdapat banyak faktor yang menentukan kejayaan seseorang usahawan. Salah satu daripadanya ialah memiliki seorang mentor yang berpengalaman luas dalam bidang perniagaan untuk membimbing anda ke arah yang tepat.

Datuk K Bongkar Kejayaan Anaknya, Asyraf Khalid

Semua sedia maklum, anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza cukup gah dalam dunia perniagaan seperti ayahnya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K. Namun apa yang lebih menarik lagi, Datuk K berkata kejayaan yang dimiliki oleh anaknya itu disebabkan oleh seseorang. Seseorang yang di maksudkan beliau ialah mentor usahawan yang telah membimbing ribuan para usahawan dengan caranya tersendiri, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Didikkan Dr Azizan Bawa Asyraf Khalid Ke Puncak Kejayaan

Menerusi rakaman video yang dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya pada isnin lalu, Datuk K merakamkan penghargaan yang cukup tinggi kepada Dr Azizan kerana telah berjaya merubah kehidupan dan membimbing anaknya dalam tempoh 3 tahun saja. 

Perubahan itu benar-benar membuatkan Datuk K bangga dengannya. Benar kata orang “Orang yang berjaya kebanyakannya datang dari anak muda yang nakal tetapi cepat berubah demi masa hadapan”. Begitulah perumpamaan yang boleh dikatakan kepada pengasas Mutyara ini. Orangnya dulu nakal dan selalu merasakan dirinya sangat tidak berjaya dan hanya mengecewakan bapanya. Dan kini telah menjadi salah satu usahawan Malaysia yang telah berjaya dan dikenali.

"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini”

Dalam satu hantarannya yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam beberapa jam sahaja, Beliau berkata

"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik,"

Terima Kasih Dr Azizan

Apa yang lebih membuatkan beliau bertambah terharu adalah mendengar sendiri luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri. Tidak dengan itu, beliau turut berterima kasih kepada bapanya yang telah membesarkan dan membimbing beliau dan sentiasa percaya dengannya meskipun banyak kegagalan dalam kehidupannya dahulu.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya.

Dr Azizan Osman Mentor Terbaik Buat Asyraf

Anak didik Dr Azizan ini berasa kagum dengan usaha yang dilakukan oleh Dr Azizan yang membuatkan dirinya menjadi seperti sekarang. Menurut Asyraf, beliau melihat Dr Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya. Kenapa? Ini kerana Dr Azizan bukan sahaja membimbing dan fokus terhadap dunia perniagaan semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Yang Maha Esa.

"Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi. Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya.

Hal ini juga membuatkan Datuk K cemburu dan kagum dengan kebolehan yang ada pada diri Dr Azizan Osman yang boleh melahirkan begitu ramai usahawan yang berjaya. Menurut Datuk K, Dr Azizan mengajar anak didiknya yang sudah jutawan sentiasa mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, malah Datuk K juga percaya sebahagian pahala akan dapat kepada Dr Azizan kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 

Ujar Datuk K lagi, Dr Azizan akan memimpin tangan usahawan semua, tunjuk mereka di mana longkang, di mana tempat nak kena langkah, dan di mana tempat nak kena lompat.  Usahawan-usahawan di bawah Dr Azizan sangat beruntung di mana Datuk K sendiri tak pernah ada semua ini ketika seusianya dan masa memulakan perniagaan. 

Datuk K Seru Bantu Peniaga Yang Perlukan Bantuan

Sebagai seorang usahawan yang sudah lama bertapak dalam bidang ini, Datuk K menyeru dan mengingatkan para usahawan jangan memandang rendah peniaga-peniaga kecil yang masih lagi mencari arah, hala tuju dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. 

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.

Kesimpulan Dan Pengajaran Dari Kisah Asyraf Khalid

Banyak inspirasi yang boleh kita ambil dari Kejayaan Asyraf Khalid. Antaranya adalah rezeki tidak datang dengan begitu sahaja. Mesti ada usaha dan tenaga untuk merealisasikannya. Jangan pernah kena erti putus asa. Jika rasa tak mampu dan buntu carilah seorang mentor yang boleh bimbing dan ajar kamu kembali ke landasan yang betul.

Walaupun Asyraf datang dari keluarga yang senang, tapi beliau mahu berdiri di atas kaki sendiri tanpa mengharapkan pertolongan dari keluarganya. Beliau buang segala rasa ego dan belajar dari bawah dan mendengar segala nasihat yang di ajarkan oleh mentor nya.

Akhir kata, Riss harap anda ter “inspirasi” dari kisah ini. Banyak sudah kita dengar kejayaan-kejayaan para jutawan hasil bimbingan dari Dr Azizan dan team RichWorks. Jadi, tak salah jika anda mencuba mengikuti kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks. Manalah tahu, suatu hari nanti, anda pula yang akan jadi jutawan sehebat atau lebih hebat lagi dari Asyraf Khalid.

Catat Ulasan

0 Ulasan