Agak lama I menyepi untuk update info-info terkini bola sepak negara Brunei Darussalam di Blog lagi satu akibat terlupa nak renew domain sekaligus hilang sekelip mata. Then secara tiba-tiba, dapat berita FAM nak adakan perlawanan persahabatan menentang Negara Brunei. Semua berlaku dengan tiba-tiba.
I rasa friendly ini satu petanda yang bagus untuk skuad Brunei bimbingan Rosanan Samak. Ini kerana mereka tidak melakukan sebarang penampilan dalam mana-mana kejohanan sejak 2019 akibat berlakunya pandemik Covid-19. Malah kalau tak salah I, mereka melakukan persiapan bagi perlawanan menentang Malaysia pun tidak sampai 2 minggu. Dan kalau nak bandingkan ranking memang jauh berbeza. Berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), Malaysia berada dikedudukan ke-154 dunia manakala pasukan Brunei pula menduduki ranking ke-191 dunia.
Ramai yang nak I bagi ulasan tentang game ini semalam yang menyaksikan Brunei tumpas 0-4 kepada Malaysia. I sebolehnya tak nak ulas dan tak akan ulas untuk game kali ini. Sebab tidak adil untuk bandingkan skuad Malaysia yang sudah membuat persiapan yang rapi berbanding dengan Brunei. Malah sepatutnya Malaysia boleh dapat lebih banyak gol. Sebabnya Malaysia berlatih hari-hari dan liga di Malaysia berjalan dengan aktif dan lancar. Untuk pengetahuan semua, liga di brunei tidak berjalan selama setahun, dan para pemain tidak bermain secara aktif,
Kalau korang tanya pendapat I, I rasa sangat berbangga dengan Skuad Brunei kerana mereka sudah buat yang terbaik dan paling baik. Kesungguhan yang mereka pamerkan sangat-sangat I kagumi. Terutamanya Penjaga Gol, Haimie. Bukan sebab dia kawan i tau, ini kerana dia banyak selamatkan bola yang berbahaya dari di bolosi banyak kali. Pengulas pun asyik sebut nama dia ja. 😅.
@rissaziela tak tahu nak gelak ke nak nangis... cepat je budak2 ni buat kerja... alih2 video da sampai...bak kata budak2 ni, iela stress Brunei kena pulun dengan Malaysia.#fypã‚· #brunei #malaysia #siblings #blogger ♬ Lagu Bola - W.A.R.I.S
0 Ulasan