Jom Belajar Bahasa Mandarin Mudah & Percuma Part 2 | Tatabahasa

 Hai guys, jika sebelum ini kita sudah belajar perkara basic perbualan seharian tentang bahasa Mandarin pada Jom Belajar Bahasa Mandarin Mudah & Percuma Part 1, Jadi, apa kata hari ini kita belajar pula tatabahasa bahasa Mandarin.

Setiap bahasa yang ada di dunia ini memiliki aturan tata bahasa yang berbeza-beza. Begitu juga dengan bahasa Mandarin. Perkara yang penting untuk belajar Bahasa Mandarin adalah korang mesti atau wajib fahami tatabahasa nya. Ini kerana tatabahasa bahasa Mandarin sangat berbeza dengan bahasa lain. Kalau korang nak tahu ayat bahasa Mandarin sangat bergantung pada konteks dan logik. Jadi tunggu apa lagi, Jom kita sama-sama belajar sampai faham.

Susunan kata dasar 

Ayat mudah dalam bahasa Mandarin adalah sangat straight-forward. Jadi mari kita lihat apakah susunan yang perlu anda ikuti untuk membuat ayat dalam bahasa cina mandarin.

peraturan (rule)

Rule yang di guna pakai sama seperti bahasa inggeris iaitu;

Contoh

Berikut adalah beberapa contoh menggunakan dua kata kerja yang paling kerap digunakan dalam bahasa Mandarin:

1. 是 (Shì - adalah)

我是马来西亚人.

Wǒ shì mǎ lái xī yǎ rén.

Saya adalah orang Malaysia.

2. 有 (Yǒu - mempunyai/memiliki) 

你有钱

Nǐ yǒu qián

kamu ada duit

Perkataan negatif menggunakan “不” (bù)

Perkara penting untuk cepat belajar dalam bahasa Mandarin ialah cara mengatakan tidak kepada sesuatu. Bentuk penafian yang paling biasa dalam bahasa Mandarin ialah “不” (bù). Ia sangat mudah untuk digunakan, kerana anda akan lihat di sini!

Menggunakan Perkataan “不” (bù)

“不” (bù) digunakan untuk menafikan tindakan pada masa kini, dan juga boleh digunakan dalam masa hadapan. Jadi, Perkataan “不” (bù) boleh digunakan dengan hampir semua kata kerja.

Bagaimana cara “不” (bù) berfungsi?

Seperti yang anda lihat, untuk mengatakan tidak dalam bahasa Mandarin, cukup gunakan perkataan “不” (bù) + kata kerja yang anda ingin katakan tidak.

Contoh

1. 我不是。

Wǒ bùshì.

Bukan saya

2. 我不喜欢踢足球。

Wǒ bù xǐhuān tī zúqiú

Saya tidak suka main bola sepak.

3. 我明天不去学校。

Wǒ míngtiān bù qù xuéxiào

Saya tidak akan pergi ke sekolah esok.

Perkataan “不” (bù) untuk bercakap tentang tabiat

Jika tiada sebutan masa dalam ayat, maka anda boleh menganggap “不” (bù) sedang digunakan untuk menafikan tabiat, tindakan yang berulang dari semasa ke semasa. Contoh-contoh ini akan membantu anda memahami dengan lebih baik.

1. 我不吃榴莲。

Wǒ bù chī liúlián.

Saya tak makan durian.

2. 明天不吃榴莲。

Míngtiān bù chī liúlián.

Saya tidak akan makan durian esok.

Korang dapat melihat perbezaannya tak? Ianya agak mudah kan, So, dont worry ya!

Masa bila anda tidak boleh menggunakan “不” (bù)

Ingat lagi bagaimana I menyebut "不" (bù) berfungsi dengan hampir semua kata kerja? tapi ada satu perkataan kata kerja yang anda tidak boleh gunakan dengan word “不” (bù) iaitu 有 (Yǒu). Dengan perkataan 有 (Yǒu) anda akan menggunakan perkataan nafi yang berbeza iaitu “没” (méi), yang akan korang belajar di next entry.

I rasa setakat ini sahaja untuk entry kali ini. Kita jumpa di next entry. Byee

Catat Ulasan

0 Ulasan