Hai semua. I pasti setiap daripada anda pasti mempunyai kereta. Pada masa kini, memiliki kereta sudah dianggap sebagai satu keperluan bukan lagi satu kemudahan. Anda mungkin perasan sebaik sahaja memasuki fasa peralihan ke endemik, kesesakan jalan raya dilihat menjadi semakin teruk. Bayangkan jalan raya di penuhi oleh kereta-kereta persendirian.
Seperti yang kita tahu COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh kerajaan telah menjejaskan industri automotif di Malaysia. Untuk menaikkan Jualan, mereka terpaksa menurunkan harga jualan dan kadar pinjaman kereta telah menjadi jauh lebih rendah. Adakah ini masa terbaik untuk anda mendapatkan kereta baharu dalam normal baharu? Ye! Ini la masa anda untuk memiliki kerata idaman anda.
Tinjauan menunjukkan bahawa 57% rakyat Malaysia berkata mereka memerlukan kereta segera dalam tempoh satu hingga enam bulan akan datang untuk menjalankan rutin harian mereka selepas bermulanya fasa Endemik di Negara ini.
Ini Perkara Yang Anda Kena Lakukan Sebelum Membeli Kereta
Di sini ada beberapa perkara yang anda kena lakukan sebelum hendak membeli kereta baharu di fasa Endemik Covid-19. Antaranya ialah,
1. Rancang Bajet & Kewangan Anda
Pastikan anda merancang kewangan anda sebelum membeli kereta dengan sebaik mungkin. Kenapa? Ini kerana membeli kereta memerlukan belanja yang tinggi kerana ia merangkumi downpayment kereta, kadar faedah, cukai jualan dan banyak lagi.
2. Beli Kereta Mengikut Kemampuan Diri Sendiri.
Ingin membeli kereta idaman anda tidak menjadi satu kesalahan. Tapi tepuk dada, mampukah anda membayarnya? Jika tidak mampu, anda dinasihati membeli kereta yang bersesuaian dengan diri anda.
3. Semak Kelayakan Gaji Beli Kereta
Pihak Bank atau intitusi kewangan menetapkan kelayakan gaji bersih minimum untuk permohonan pinjaman kenderaan adalah serendah RM1,500 dan ke atas.
Selain itu, kelayakan gaji yang dikira layak untuk pemohon Skim Graduan untuk lepasan ijazah atau diploma mestilah tidak kurang daripada RM1,000 selepas ditolak bayaran bulanan kereta dan caruman KWSP/SOCSO. Jika kurang, anda mungkin memerlukan penjamin kereta bagi menyokong permohonan anda.
4. Semak Skor Kredit, Sejarah Bayaran Pinjaman Sedia Ada
Adakah anda seorang pembayar pinjaman yang bagus? Jika nak beli kereta dengan mudah dan cepat lulus, anda hendaklah mempunyai rekod tingkah laku pembayaran balik yang baik untuk pinjaman anda terdahulu. Profil kredit yang baik akan membantu anda mendapatkan pinjaman bank dengan lebih mudah.
5. Pandu Uji Kereta
Meskipun anda boleh membaca review atau ulasan kereta di internet, ia mungkin tidak sama dengan merasai sendiri pengalaman memandu kereta yang ingin dibeli. Namun, jika anda pandu uji di sekitarnya ia tidak cukup. Jangan takut untuk test kereta tersebut di luar dari kawasan tersebut. Beri lesen anda kepada pengedar dan beritahu mereka bahawa anda akan kembali dalam masa 30-45 minit. Pastikan juga anda mengujinya di lebuh raya di mana anda boleh melihat prestasi kenderaan itu.
Bagi yang baru pertama kali ingin memiliki kenderaan, pastikan anda melakukan kira-kira dengan tepat dan sewajarnya sewaktu fasa peralihan endemik ini.
0 Ulasan