5 Cara Mudah Simpan Duit Walaupun Bergaji Rendah

“Adui, nak kahwin tapi duit simpanan pula tiada”

Ayat ini selalu sahaja kita dengar dari golongan anak muda pabila mahu mendirikan rumah tangga. Mereka sukar untuk simpan duit gaji setiap hujung bulan. Hal ini demikian kerana mereka tiada asas yang betul dalam menyimpan duit mereka. Cara menguruskan kewangan bukan hanya melibatkan ilmu kira-kira tetapi cara kita mendisiplin dalam mengurus kewangan.

Jom saya kongsikan lima cara simpan duit dengan bijak yang akan membantu anda untuk capai kebebasan kewangan.

1. Formula urus dan simpan duit

Ada ke formula urus dan simpan duit? Mestilah ada. Anda boleh ikut cara urus gaji menggunakan formula 10-20-70. Apa itu 10-20-70? Jom tengok gambar di bawah.

https://www.savingscalculator.org/

20 peratus simpanan merupakan jumlah yang disyorkan tapi jika anda mahu simpan lebih daripada itu, ia lebih bagus. Eh, 70 peratus tu semata-mata untuk berbelanja ke? TIDAK!! 70 peratus termasuk komitmen anda setiap bulan seperti duit rumah, kereta, makan dan sebagainya. Untuk memastikan ia belanja dengan lancar, cuba anda buat jadual.

2. Simpan semua duit tambahan seperti bonus atau pendapatan sampingan

Pastikan anda simpan semua duit ini untuk memaksimumkan lagi simpanan anda. Jika asyik nak pakai sahaja duit-duit tersebut, anda boleh bagi ibu bapa anda simpankan. 

https://www.savingscalculator.org/

3. Pantau perbelanjaan harian anda

Nak kahwin kan? Jadi, anda kena berdisplin dalam hal ini. Maknanya tak boleh lagi nak berbelanja sampai tak ingat dunia. Anda kena berjimat-cermat dalam setiap segi, baik dari segi pakaian, makanan, keperluan rumah, ataupun percutian. Setiap duit yang keluar masuk kena pantau dan rekodkan.

https://www.savingscalculator.org/

Kelebihan mempunyai sistem rekod dan pemantauan ini adalah setiap hujung bulan anda boleh tengok di mana duit anda dibelanjakan. Terdapat banyak aplikasi yang anda boleh buat kira-kira untuk membantu anda menjejaki perbelanjaan anda dan mengetahui jumlah duit yang boleh anda simpan dalam tempoh ditetapkan.

4. Jangan tambah hutang!

Ramai orang tersilap langkah kerana mereka memilih jalan singkat dengan membuat pinjaman peribadi bagi tujuan perkahwinan. Akibatnya, mereka menanggung beban hutang dalam jangka masa yang panjang. 

https://www.savingscalculator.org/

Kira berapa banyak anda telah habiskan untuk membayar hutang anda. Anda akan mendapati bahawa menghapuskan hutang adalah cara terpantas yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan. Apabila anda tidak menggunakan wang untuk pembayaran hutang, anda boleh menyimpan duit tersebut. Lagi cepat anda membayar hutang, lagi tenang hati anda kerana anda tak perlu lagi fikir pasal hutang. 

5. Buat Bajet Anda Sendiri

Bila anda dah rekod, dah tahu objektif anda, anda boleh buat bajet anda. Sebaik sahaja anda telah berjaya untuk mengimbangi pendapatan anda dengan matlamat simpanan anda dan perbelanjaan, tuliskan bajet supaya anda akan tahu setiap bulan berapa banyak gaji yang akan anda gunakan.

https://www.savingscalculator.org/

Saya sendiri merancang simpanan saya dengan tips di atas dan dengan Kalkulator Simpanan. Pabila saya nak rancang percutian dan beli rumah, kalkulator ini banyak membantu saya menentukan berapa banyak wang untuk menyimpan setiap bulan. Oleh itu, jom cuba kalkulator simpanan secara PERCUMA hari ini!

Catat Ulasan

0 Ulasan