Perlukah Mendidik Anak-anak Mengenai Duit Di Usia Muda?

 DUIT! Satu perkataan yang sangat kerap diperkatakan pada zaman serba canggih ini. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, pengurusan kewangan keluarga amat diperlukan. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan dewasa, malah ia perlu diterapkan pada peringkat kanak-kanak lagi.

MONEY

Kenapa kena dedahkan anak mengenai duit? Hal ini kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda mengurangkan jumlah perbelanjaan bulanan anda. Selain itu dapat mengajar kanak-kanak supaya berjimat cermat dalam perbelanjaan. Bak kata pepatah Melayu, Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Malah tidak dinafikan bahawa mengajar kanak-kanak tentang wang dapat melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang mereka perlukan untuk menguruskan wang mereka dengan berkesan sekarang dan pada masa hadapan.

4 cara mudah Mendidik anak mengenai duit

Mesti anda nak tahu kan macam mana kita nak didik anak-anak kita yang masih kecil tentang duit. Di bawah, Riss senaraikan 4 cara yang perlu anda ikuti untuk mengajar anak anda tentang duit.

1. Tunjukkan kepada mereka bahawa barangan yang mereka nak beli memerlukan wang.

Tidak hanya berkata kepada mereka bahawa “barang itu mahal”. Anda perlu melakukan lebih daripada itu yakni bantu mereka mengambil beberapa ringgit daripada tabungan mereka dan bawa bersama mereka ke kedai, dan secara fizikal menyerahkan wang itu kepada juruwang. Tindakan mudah ini akan memberi impak yang sangat besar kepada mereka.

money game

2. Tekankan kepentingan bersedekah

Sebaik sahaja mereka mula menyimpan sedikit wang, pastikan anda mengajar mereka tentang bersedekah. Mereka boleh memilih mana-mana NGO, badan amal atau seseorang yang mereka kenali yang memerlukan bantuan. Akhirnya, mereka akan melihat bagaimana bersedekah bukan sahaja memberi kesan kepada orang yang mereka berikan, tetapi juga kepada pemberi.

3. Libatkan anak anda dalam perancangan kewangan keluarga. 

Biarkan anak anda melihat anda merancang belanjawan anda, membayar bil, membeli-belah dengan teliti, dan merancang perbelanjaan dan percutian utama. Terangkan pilihan yang berpatutan, dan benarkan anak-anak mengambil bahagian dalam membuat keputusan mengenai duit.

4. Ajar anak melalui “online game”

Walaupun banyak permainan video hari ini tidak mendidik anak kita, tapi masih terdapat permainan video untuk anak-anak kita belajar tentang wang sambil bermain dan berseronok. Contohnya, permainan online “money game”.

https://www.mortgagecalculator.org/money-games/

Di dalam web ini, anak-anak anda akan diperkenalkan dengan pelbagai jenis permainan yang melibatkan duit seperti,

 Money Game - Cash Back 

Jujur Riss bagi tahu anda, permainan  Money Game - Cash Back memang seronok dan dapat mengajar anak anda mengira duit dengan betul. Anak buah Riss amat suka permainan ini. Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas. Cara permainan ini pun sangat mudah iaitu hanya perlu bagi baki duit kepada customer.

Money Game - Cash Back

Money game - Grocery Cashier 

Money game - Grocery Cashier ialah permainan di mana kanak-kanak kecil boleh berlatih tambah dan tolak dengan mengendalikan mesin daftar tunai secara maya. Permainan ini sangat mudah dan straight forward. Selain itu, permainan ini agak realistik. Malah di meja juruwang terdapat mesin daftar tunai dan mesin kad kredit seperti di dunia nyata. Oh ya, permainan ini bukan sahaja sesuai untuk anak-anak bahkan ia juga sesuai untuk sesiapa sahaja yang bakal bekerja sebagai cashier sebenar sebagai latihan tau.

Money game - Grocery Cash

Ehem.. Bukan sahaja 2 permainan di atas sahaja yang ada di “Money Game” tau. Terdapat banyak lagi permainan berbentuk kewangan di "Money Game". Kalau nak anak-anak anda celik wang, berikan mereka main permainan ini okey!!

Catat Ulasan

0 Ulasan