Pengalaman Diserang Penyakit Anxiety (Part 1)

Saban hari kita dengar ada je kes bunuh diri. Apa puncanya? Salah satu puncanya adalah seseorang itu menghadapi anxiety dan desperation yang sangat teruk. So, meh I terangkan apa itu anxiety dan macam mana ianya berlaku. In fact I merupakan salah seorang pesakit anxiety. Iaitu sejenis penyakit berkaitan mental. Bila bercakap mengenai mental, ramai orang beranggapan ianya sama dengan penyakit gila. Hakikatnya, kami bukan gila yer 😤😤!! Siapa yang pernah alami pasti tahu betapa susah nak hidup dengan penyakit Anxiety Disorder ni.

anxiety

Apa itu anxiety disorder?

Anxiety disorder adalah salah satu gangguan mental di mana pengidapnya mengalami rasa cemas berlebih. Jika tidak ditangani dengan baik, anxiety disorder dapat mengganggu aktivitas sehari-hari dan menurunkan kualitas hubungan pengidap dengan orang-orang terdekat, bahkan dengan pasangan dan anak-anaknya sendiri.

2012 - Titik Permulaan 

2012, permulaan I kenal penyakit ini. Masa ni Anxiety Disorder tak famous lagi. Korang bayangkan pada umur 19 tahun I telah disahkan menghidap penyakit ni. So, I ringkas sahaja cerita I, sebab I tak berapa ingat sangat dan malas nak perah otak untuk fikir balik. Apa yang i boleh bagitau, family I langsung tahu pasal masalah ni. Sebabnya I taknak mereka risau. 

anxiety

Result exam I teruk gila sebab penyakit ni akhirnya I ambik keputusan untuk berhenti belajar. Satu keputusan yang berat tapi I rasa I buat keputusan yang betul sebab after I quit study, anxiety I hilang begitu sahaja. Pelikkan??

2022 - Anxiety kembali menyerang 

10 jun 2022, satu tarikh yang I takkan lupa. Dimana Anxiety menyerang dari pelbagai sudut. Bermula daripada perut, bawa ke dada, sendi terus ke kepala!!

anxiety

10 kali I keluar masuk klinik tak kira la klinik swasta or kerajaan. Tapi jawapannya tetap sama. "Awak kena gastrik". Dari situ I da malas nak pergi klinik dan google menjadi klinik setia I.

Episode Dr. Google Bermula

Setiap kali ada simptom baru yang muncul dekat badan, mulalah I nak search google. Contoh, sakit perut. So, I pun google punca sakit perut. Makin lama I baca, makin I takut. Makin bermacam-macam bermain difikiran. 

ANXIETY

Benda first yang keluar dari carian google ada kanser perut. Masa ni Otak I sangat kreatif . Dia boleh mencipta perbagai-bagai cerita sampai tangan kaki mengigil, tak boleh tidur malam, kerap mimpi buruk dan sebagainya. I hanya boleh tidur lena bila I tidur dekat sejadah ataupun dengar bacaan Al-Quran.

Di Sahkan menghidap Anxiety Disorder Untuk kali Ke-2

Di sebabkan kualiti tidur terganggu, kesan kerja pun terganggu selama 2 bulan. I jadi tidak tenteram. Fikiran I celaru dan I ambil keputusan untuk ke Klinik lagi. Kali ini Klinik Anda menjadi pilihan. 

anxiety

Bila dengar masalah i, dia terus keluarkan kertas DASS. Buat pertama kali doctor tak cakap I ada gastrik 😅😅. Dan hasil keputusanya amat memperanjatkan. Anxiety i berada di tahap "sangat teruk". 

ANXIETY

I termenung lagi sekali. Apa lagi ujian yang I kena lalui. Tapi I terima ujian dariNya. Dia takkan menguji kemampuan hambanya lebih dari kemampuan I.

Dari sini, I start makan ubat. I di beri kaunseling, dan benda yang patut dan tak patut I kena lakukan. Doctor-doctor di sini sangat membantu I. Alhamdulillah. 

Korban Duit, Masa dan Tenaga

Fighter Anxiety Disorder mesti da tahukan kenapa i cakap kena korban masa, duit dan tenaga kita. Penghidap anxiety kalau tak berjumpa dengan doctor tak sah. Kalau boleh hari-hari nak pergi klinik, nak jumpa doctor dan buat pemerisaan lanjut. Mereka ni boleh dikatakan selalu buat full blood test, check jantung untuk pastikan mereka tak ada apa-apa penyakit yang berbahaya.

ANXIETY

I akui I buat banyak kali blood test, jantung dan rasa macam hari-hari nak jumpa doctor. Dekat situ je da beratus ringgit habis. Belum lagi dengan supplement berbotol-botol, traditional massage, travel untuk hilangkan stress dan macam-macam lagi la. Rasanya hampir 1k jugak la habis digunakan dalam setiap bulan. 

Sokongan Doktor, Keluarga, Suami, Kawan-Kawan Terus Bangkit Melawan

Sekali lagi I bersyukur, I dikurniakan insan yang baik-baik di sekeliling I. Insan-insan ini la yang banyak membantu tatkala I jatuh tersungkur menahan sakit. Mula-mula nak rahsiakan dari semua orang seperti 1st case namun, atas nasihat doktor, I kongsikan masalah I dengan mereka. Terima kasih suami (masatu belum jadi husband), family, dan kawan-kawan yang banyak memberi kata semangat untuk I terus melawan penyakit ini.

Rasanya da terlampau panjang entry ni, Untuk tips dan simptom yang I dapat, kita bersambung di part 2. Boleh klik Sini yer --> (sabar yer, Minggu ni I update)

Catat Ulasan

0 Ulasan