Perjalanan Kisah Pesakit Anxiety - Part 2

 Siapa yang dah baca part 1? Angkat tangan. Haha.. Alhamdulillah, ramai yang PM untuk sambungan cerita ini. Sebelum tu I cakap, mula-mula I kena Anxiety Disorder (AD) I jauhkan diri dari family dan orang-orang yang rapat dengan I. I berkurung dalam bilik. Keluar bilik pun hanya untuk makan dan pergi kerja sahaja. Masa tu sangat-sangat down. Rasa macam tak ada harapan nak hidup. Simptom yang I hadapi sangat banyak yer. Tak kiralah dari segi mental mahupun fizikal. Hanya Allah je tahu betapa peritnya bila kita menghidap penyakit ni. Dalam hati selalu I berfikir, "boleh ke penyakit ni sembuh atau aku kena hadap seumur hidup?"

Jangan cakap pesakit AD sombong, sebab kami tidak suka berada dalam kelompok ramai dan akan berusaha lari daripada keadaan itu. Kami lebih selesa bersendirian dan adakalanya kami akan menangis tanpa sebab. 

Dan sekarang i cuba untuk bergaul balik seperti I yang dulu. I rindu I yang dulu. Yang suka berkawan, yang suka cari kawan baru, yang suka bercakap. Kadang-kadang I benci dengan diri I yang sekarang. Yang kurang bergaul dengan orang-orang sekeliling. Kadang-kadang I menangis sebab i belum mampu jadi diri I yang dulu, yang suka bergaul dengan orang ramai. I takut orang sekeliling benci I, terasa hati dengan I kerana ini. Paling perasan perubahan I, kawan-kawan . Sebab dari mulut 24jam bercakap kini jadi pendiam. Kalau cakap pun benda yang penting. Jarang sangat masuk group untuk sembang kosong. InsyaAllah I cuba dan cuba untuk menjadi I semula. Nasib baik dapat husband yang memahami. Love you sayang.. 

Eh, sedih pulak da. Dah.. Tak Mahu fikir lagi. Jom semak simptom yang I hadapi ada tak dekat korang.

# Jantung Berdebar

Menurut salah satu kajian daripada National Institute of Mental Health (NIMH), jantung yang berdebar lebih laju daripada biasa merupakan salah satu tanda kebimbangan.Individu yang sedang mengalami tekanan perasaan akan menghasilkan hormon adrenalin. Hormon ini akan menyebabkan jantung mengepam dengan lebih pantas.

Dada sebelah kanan I kerap terasa menyucuk-nyucuk, dicampur dengan perasaan trigger mengenai kematian dek kerana Dr Google cakap yang mengarut mengenai ni. Masa ni jantung I berdebar laju. Macam baru lepas kena kejar dengan anjing.

# Hidung tersumbat

Simptom hidung tersumbat kita ingatkan biasa-biasa je kan? Tapi luar biasa la jika panas terik pun boleh tersumbat. ini berlarutan dan tidak hilang sehingga beberapa hari, minggu dan sehingga ke hari ini. Sangat menyeksakan yer!

# Sering kembung perut/gastrik

Perut kembung, cirit-birit dan kerap sendawa juga merupakan tanda anxiety. Walaupun nampak biasa, semua simptom ini boleh mengganggu kehidupan kita jika ia tidak dirawat secepat mungkin.

# Overthinking

Yang ni kerap berlaku. Otak kita sentiasa kreatif fikirkan sesuatu. I pernah overthinking sampai rasa I ada penyakit yang paling bahaya. Time tu rasa nak mati je. Takut punya pasal. Tapi bila check dengan doktor, semua normal. opss bukan 1, or 2 ye pergi check, berpuluh klinik tau.

# Sukar tidur malam

Sesiapa yang sering terjaga tengah malam dan tidak boleh tidur semula, mungkin AD adalah puncanya. I akan sering terjaga pukul 3 or 4 pagi setelah mimpi buruk. Then mimpi buruk tu akan dibawa ke dalam otak. I akan berfikir secara mendalam mimpi I tu. Sebab tu AD susah nak sembuh. haha

# Pening dan letih berpanjangan. 

Simptom yang ni memang sentiasa dan paling kerap I alami.I merasa badan I berdenyut-denyut dan penuh angin. Setiap hari suruh husband atau anak buah I tolong urut. Kalau uolls nak tahu, Pesakit AD berasa letih walaupun tidak membuat sebarang kerja. Oleh sebab itu, jangan kecam mereka. Ni Fakta yer. Selain itu, Kami juga akan hadapi pening kepala yang berpanjangan. Kadang-kadang sampai kami tidak mampu melakukan sebarang kerja.

Selain dari simptom-simptom di atas, I juga hadapi simptom yang lain seperti,

1. Kerap Sembelit - Kadang-kadang cirit-birit terutama jika salah makan.

2. Rasa tercekit - Bila salah makan, rasa tercekik kat kerongkong. Bila banyak sangat bahan kimia ni dalam badan, minum air pun selalu tercekik dan tersedak.

3. Gastritis - Ulser mulut, perut, duodenum, usus macam UC.

4. Salur nafas jadi sempit - Nafas jadi tak lawas dan mudah mengah tak cukup oksigen.

5. Kebas - rasa semut-semut menjalar sepanjang saraf tangan dan kaki. Mungkin berpunca dari bengkak di tengkuk atau bahu. Kebas bawah kaki pula mungkin bengkak tulang belakang bawah atau lumbar

6. Lebam pada badan - Mungkin sebab kurang vitamin C atau masalah angin juga.

7. Bintik merah - seperti tahi lalat kecil macam pecah darah. Ia boleh berada di tangan atau bahagian dada dan belakang badan.

8. Nafas berbau – Makanan yang ternaik semula ke dalam salur esofagus setelah masuk ke perut boleh menyebabkan bau yang busuk dan menyebabkan nafas juga berbau.

9. Gangguan selera - Asyik nak mengunyah (pantang tengok makanan terutamanya yang manis) atau Hilang selera makan.

10. “Blurr… “. Binggung atau tidak dapat berfikir lebih mendalam atau tepat.

11. Cepat sentap dan pemarah dan cepat putus asa.

12. Gatal atau ruam.

13. vertigo

14. Gangguan suhu badan - terlalu sejuk/panas.

15. Berisiko sakit belakang tengkuk seperti masalah cervical atau lower back, sakit pinggang macam slip disc.

Sebenarnya banyak lagi symptom anxiety tapi I ambik yang mana symptom yang I kena sahaja. Namun, nasihat I jika anda ada simptom seperti diatas elakkan mendiagnos diri sendiri. Jumpa pakar dan jalani ujian DASS. Itu lebih baik daripada anda berfikir sesuatu yang tak pasti.

Untuk Tips, Kita sambung Part 3.

Catat Ulasan

0 Ulasan