Fuhh.. berabuk sudah blog Risya..Eh lupa mahu bagi salam, Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua reader.. Issue diatas tidak payahlah mahu Risya terangkan lagi, Dekat dua minggu dada Akhbar siarkan cerita2 ini.Risya just pelik dengan mereka-mereka ini, nda ada berita lain lagi kah? Kes Altantuya,Kes Bunuh or kes berat2 nda mahu pula mereka heboh kan berminggu-minggu. Tapi bila membabitkan FAMBANGSAT dan ultras, fuh mengalahkan kes berat.
Walaupun Risya bukan dari UM'07 tapi Risya selalu mengikuti perkembangan mereka. Mereka adalah peminat tegar dan sanggup buat apa sahaja demi Pasukan Negara walaupun tatkala pasukan negara jatuh. Risya pun tak mampu menjadi mereka yang sanggup pergi merata negara demi pasukan yang mereka cintai.Tabik kepada mereka.
Peristiwa 10-0 telah membuatkan peminat Harimau Malaya terutamanya Ultras Malaya marah dengan pentadbiran FAM yang sedia ada. Dengan kekalahan ini Mereka perlu buat sesuatu untuk membuka mata semua pihak terutama PENJILAT2 MEDIA dan PENJILAT FAM bahawa mereka ada hak untuk menyuarakan pendapat setelah beberapakali mengunakan "SALURAN BETUL"
ya malam itu, terjadinya sesuatu yang dasyat seperti berlakunya malam #30tahunJahanam pada 1 mac 2014. Akan tetapi fenomena ini lagi dasyat kerana dapat perhatian FIFA n AFC. Secara peribadinya Risya betul-betul TABIK kepada UM'07...
ya malam itu, terjadinya sesuatu yang dasyat seperti berlakunya malam #30tahunJahanam pada 1 mac 2014. Akan tetapi fenomena ini lagi dasyat kerana dapat perhatian FIFA n AFC. Secara peribadinya Risya betul-betul TABIK kepada UM'07...
antara sebab-sebab UM'07 membaling Suar ialah (penjilat FAMB sila baca k):-
1. Di
bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi
layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah
pada 35 tahun yang lepas.
2. Di
bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi
layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia
secara merit ialah pada 35 tahun yang lepas.
3. Di
bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia hanya menyertai
pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Itupun kerana
Malaysia ialah tuan rumah bersama.
4. FAM
membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007
sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman FIFA.
5. Pada
Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 12
kali, sekaligus menduduki tempat tercorot kumpulan.
6. Pada
tahun 2012 ketika Kelayakan Piala Asia B-22, terdapat bukti bahawa Myanmar
telah menewaskan Malaysia dengan menurunkan pemain lebih umur, namun Setiausaha
Agung FAM ketika itu hanya menjawab “saya tidak dimaklumkan”.
7. Kini di
Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun
dibolosi 17 kali, sekaligus menduduki terperosok di dasar kumpulan kelayakan di
belakang Timor-Leste.
8. Lawan
pertama Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019 iaitu Timor-Leste pernah berada
46 anak tangga di bawah Malaysia dalam ranking FIFA. Kini negara tersebut
berada 6 anak tangga di atas.
9. Apabila
FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun lalu (1993), Malaysia
menduduki ranking ke-14 Asia. Dalam era Presiden sekarang ranking Malaysia
menjunam ke kedudukan ke-34 Asia.
10. Pada
tahun 1993, Malaysia menduduki ranking ke-77 dunia namun di bawah pentadbiran
Presiden kini, ranking Malaysia menjunam ke kedudukan TERBURUK DALAM SEJARAH
BOLASEPAK NEGARA, iaitu ke-169 dunia.
11. Di
bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Bhutan,
negara yang pernah menduduki ranking paling corot FIFA.
12. Di
bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Indonesia,
negara yang sedang digantung FIFA dan tidakpun dibenarkan bertanding.
13. Liga
bolasepak Malaysia dikategorikan gred ‘D’ walaupun menjalani peralihan selama
25 tahun daripada liga amatur ke liga semi-pro pada tahun 1989, dan kemudian ke
liga profesional pada tahun 1993.
14. FAM
memiliki sekali ganda lebih jumlah kakitangan berbanding FA Jepun untuk
mentadbir bolasepak Malaysia termasuk liga gred ‘D’.
15. FAM
merasakan perlu untuk menukar-nukar jumlah pasukan dalam liga gred ‘D’ daripada
14 pasukan kepada 12 kepada 14.
16.
Perjanjian FAM dengan Singapura telah tamat, namun FAM merasa perlu untuk
meneruskannya dengan penyertaan Young Lions TERUS KE LIGA SUPER.
17. FAM
turut merasakan perlu untuk menambah jumlah hari perlawanan pada bulan Ramadan,
termasuk 3 hari perlawanan dalam tempoh singkat 7 hari, untuk membenarkan
perlawanan sarkis menentang kelab-kelab luar. Sebagai perbandingan, semua
pertandingan bolasepak di negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Bahrain,
Brunei, Iran, Jordan, Kuwait, Oman, Palestin, Qatar, UAE termasuk Bosnia
dihentikan ataupun tamat sebelum bulan Ramadan, kecuali negara yang terpaksa
menganjakkan jadual akibat peperangan seperti Iraq dan Syria.
18. Di
bawah pentadbiran Presiden kini, FAM telah ‘melelong maruah’ negara kepada
penganjur-penganjur perlawanan pertunjukan yang diragui keputusannya.
19. Pada
tahun 2009, FAM sewenang-wenangnya merelakan maruah negara diaibkan oleh
sindiket perjudian dalam skandal ‘Asiagate’, apabila membenarkan perlawanan
‘persahabatan’ dengan pasukan kelab Monomotapa United FC yang menyamar sebagai
pasukan kebangsaan Zimbabwe.
20. Pada
Februari 2013, bekas Setiausaha Agung FAM ketika itu dengan mudah menerima
surat penjelasan pembatalan ‘perlawanan persahabatan’ Harimau Muda ‘A’ daripada
pengarah teknikal Football Queensland, sedangkan perlawanan kononnya diadakan
dengan kelab Brisbane Roar. Perlawanan ini juga tidak pernah diumumkan oleh
pihak kelab Brisbane Roar.
21.
Jelajah Harimau Muda ke Slovakia diberitakan telah dianjurkan dengan bantuan
Miroslav Bozik, individu yang dikehendaki untuk soal siasat kes rasuah oleh
Interpol pada 1995. Harimau Muda tidak tewas dalam Jelajah Slovakia, namun
kemudian ditewaskan oleh Laos dan Myanmar sebelum dibelasah Thailand 5-0.
22. Hanya
ejen perlawanan (bukan ejen pemain) yang berdaftar dengan FIFA boleh membawa
sesebuah pasukan bermain di Malaysia. Namun Setiausaha Agung FAM enggan
mendedahkan identiti ejen perlawanan ‘pertunjukan’ dengan Barcelona pada 2013.
23.
Presiden FAM pernah memegang jawatan Presiden MHC dan Exco FIFA serentak.
24.
Bendahari FAM memegang jawatan dalam BAM dan MOM serentak.
25. FAM
telah GAGAL melaksanakan penswastaan liga pada 2015. Ini mengakibatkan kerugian
berjuta ringgit kepada FA negeri, kelab dan pemegang taruh.
26. Hak
penyiaran liga dibida oleh 3 pihak: TM-Media Prima, ASTRO-Fox Sports dan
Zenith. Namun FAM telah menyerahkan keputusan untuk dibuat oleh MP & Silva.
27. Pada
bulan lepas, FAM berbincang untuk menganjurkan Liga Bolasepak Rakyat dengan
individu yang pernah ditahan dalam siasatan SPRM berkaitan kes 1MDB.
28. Baucar
bayaran Kerajaan pada 2011 menunjukkan wang kerajaan sebanyak RM6,091,200 telah
disalurkan kepada yayasan di bawah Presiden FAM untuk ‘Lawatan Pasukan Bola
Sepak British Premier League Club’.
29.
Sebagai badan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan, FAM tidak pernah
membentang penyata kewangannya kepada rakyat Malaysia.
30. Di
bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia mengalami kekalahan TERBURUK DALAM
SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu 10-0 kepada UAE.
31. Rekod
menunjukkan jurulatih ketika kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH NEGARA, menerima
antara gaji terbesar dalam sejarah iaitu RM712,700 setahun.
0 Ulasan