terlalu tua ke sehinggakan ramai bertanya bila akan berkahwin?


Hai semua. Hari ini tak ada benda penting pun nak dikongsikan cuma nak meluahkan perasaan hati yang tengah sedih. Bila cakap soal jodoh, orang perempuan yang paling sensitif bila dipersoalkan hal ini. Tapi masalahnya adakah saya ini terlalu tua ke sehingga mereka-mereka ini bertanya? Usia saya 25 tahun dan saya rasa 25 tahun tidak lah terlalu muda dan terlalu tua.


Bukannya saya meminta diperlambatkan urusan kahwin atau mempercepatkan urusan ini. Ini adalah takdir Allah. Siapalah kita nak melawan takdirNYA. Tipulah bila saya tak terasa cemburu dengan rakan-rakan yang sudah berkahwin dan memiliki anak. Saya pun ada hati dan perasaan. Saya pun ada keinginan untuk berkahwin.

Hal ini terjadi lagi pada saya sebentar lagi pabila "kawan yang rapat" memerli di Group Whasapps dan hanya saya sahaja belum mendirikan rumahtangga. " ziela, bila kau nak kahwin " "aku agak sampai ke tua kau jd andartu,haha""kalau tak kahwin tahun ni, baik kau keluar group, manatahu kot2 kau lesbian, tak pasal-pasal suwey kau kena kat anak aku" Setelah itu, tanpa berkata apa-apa saya terus keluar daru group tersebut.

Saya sendiri rasa tak sangka, bila "kawan" berkata begitu. Hina sangat ke tak kawin ni. Ke Cemburu sebenarnya pabila melihat saya pergi travel sana sini tanpa memikirkan suami dan anak? dek tidak tahan dengan mereka-mereka ini, maka saya suarakan ketidakpuasan hati di facebook milik saya. ( sebenarnya, saya jarang update status yang begini akan tetapi perasaan sedih tu tak boleh dikawal lagi )


Bila da up status ini, saya menerima panggilan salah seorang daripada mereka sambil marah-marah.
"Gatal sangat ke nak kahwin dengan laki aku dan bla bla bla"
aik, terasa ke? tahu pula marahkan bila saya Up status begitu. Selama ini,kamu mengutuk saya tidak pula saya ambil kisah dan saya buat bodoh sahaja. Bila saya menulis begitu, tahu pula marah. Cubalah jaga hati orang.

Ini soal jodoh. Jadi tidakkah soalan yang ditanya itu meragui takdirNYA? Yang kahwin awal ke kahwin lambat ke semuanya Allah yang tentukan. Percaturan Allah adalah yang terbaik. Mungkin yang kahwin awal ada kelebihan, yang kahwin lambat pun ada kelebihan.

Macam saya tidak berkahwin lagi ( mungkin bagi sesetengah orang umur 25 tahun dah kira andartu) , saya boleh kumpul duit,selesaikan hutang-hutang, boleh menolong ibu bapa saya dan sebagainya. Itu mungkin percaturan yang terbaik yang Allah begi kepada saya.

Kepada semua yang masih single diluar sana, think in positive way. Bersyukur dengan segala nikmat Allah. Tidak berkahwin sekarang tak bermakna selama-lamanya anda tidak berkahwin. Abaikan mulut-mulut yang suka duduk tepi kain orang. Jangan melatah kerana mereka tidak dapat memberikan anda kebahagian. Bahagiakan hati kita, keluarga kita sebelum kita bahagiakan hati orang lain.

Sekian sahaja bebelan dari insan yang tengah bersedih melihat sikap kawan-kawannya. Semoga kawan-kawannya nanti mendapat jalan pulang. hihihi. Terima kasih yang bagi sokongan dan terima kasih bagi yang mengutuk. Sehingga kita berjumpa lagi di Penulisan saya yang akan datang. bye.

6 comments:

  1. Assalamualsikum

    Umur 25 tahun pada zaman ini bagi seorang wanita masih dianggap muda. Jika berkahwin pada usia itu masih dianggap kawin dalam usia muda dan normal dalam masyarakat. Mungkin cik kelihatan cantik sebab itu kawan-kawan merasa agak kehairanan kerana masih belum berumahtangga. Dalam hal ini, mungkin mereka terlupa bahawa soal berkaitan jodoh adalah urusan ketentuan Allah. Wallahu 'alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.. bagi i pun usia 25 tahun maih muda tapi sesetengah orang menganggap usia sebegini sudah terlalu tua.

      Delete
  2. Hahaa tahu pun takut bila dah up status macam tu. Nak buat macam mana jodoh belum sampai, senasib laa. Saya sama dengan awak. Tapi ada kakak, next year dia pun baru nak kenduri. So buat masa skrang xramai yg nak persoalkan lagi. Sabar awak.

    ReplyDelete
  3. Saya baru 24 pon dah ramai tanyaa..muahaha~
    saya jawab, Neelofa pon belom kawen lagii..hahaa..yg mne paham, yg mana tak kenal neelofa, saya cakap....belum sampai jodoh.

    ReplyDelete
  4. muda lagi sis..takyah layan sangat kerenah diaorang..yang penting kita happy dengan life kita

    ReplyDelete

Adbox