February 2018 | Kisah Riss Aziela
Kelab Bola Sepak Mahkota Duli Pengiran Muda, adalah kelab bola sepak profesional yang berpangkalan di Bandar Seri Begawan, Brunei. Kelab ini bermain di Liga Perdana Brunei pada awal tahun 2000, memenangi gelaran liga pada tahun 2002 dan 2004. Kelab kemudian memutuskan untuk bermain di Malaysia, dan menyertai Liga Perdana Malaysia sebagai pasukan yang berpangkalan di luar untuk musim 2005-06 . Mereka memenangi promosi ke Liga Super Malaysia (peringkat teratas bola sepak Malaysia) pada akhir musim pertama mereka dalam bola sepak Malaysia, dan kemudian menduduki tempat ke-3 dan ke-10 dalam dua musim berikut dalam Liga Super. Kelab kemudian meninggalkan liga Malaysia dan menyertai S.League Singapura untuk musim 2009. Mereka memenangi Piala Liga Singapura tetapi kemudiannya terpaksa berundur dari pertandingan liga lima perlawanan sebelum akhir musim ini selepas FIFA menggantung Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam untuk campurtangan kerajaan dalam hal ehwalnya, dengan itu menghalang pasukan dari Brunei untuk mengambil bahagian dalam pertandingan luar negara. Oleh itu, semua keputusan liga untuk tahun 2009 telah dihapuskan. Pada akhir penggantungan itu, mereka masuk semula ke S.League dan memenangi gelaran pada tahun 2015, hanya selepas hampir-hampir pada tahun 2014.
DPMM FC dimiliki oleh Putera Mahkota Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Putera Al-Muhtadee Billah, yang sebelum ini bermain sebagai penjaga gol untuk pasukan itu, dan akan dilatih oleh RenĂª Weber dari Brazil pada 2018.

Club Chairman : HRH Prince Al-Muhtadee Billah

Vice Chairman : HH Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Shahibul Irshad Pg Anak Haji Abdul Rahim Pengiran Anak Kemaluddin Al-Haj
Club Manager : Pg Hj Waslimin Pg Setia Jaya Pg Hj Abdul Momin
Team Manager : Mohammad Ali bin Hj Momin
Marketing Manager : Hj Momin bin Hj Md Ja'afar
Public Relations Officer : Hj Abdul Rahman Hj Tamit
Head Coach : RenĂª Weber
Assistant Coach 1 : Moksen Mohammad
Goalkeeping Coach : Zainol Ariffin Jumaat

Senarai Pemain DPMM FC 2018


GK : Haimie Anak Nyaring

GK : Mu'izzuddin Ismail
GK : Wardun Yussof
DF : Abdul Aziz Tamit
DF : Abdul Mu'iz Sisa
DF : Fakharrazi Hassan
DF : Hanif Hamir
DF : Helmi Zambin
DF : Najib Tarif
DF : Reduan Petara
DF : Suhaimi Anak Sulau
DF : Yura Indera Putera
MF : Abdul Hariz Herman
MF : Azim Izamuddin Suhaimi
MF : Azwan Ali Rahman
MF : Azwan Saleh
MF : Hendra Azam Idris
MF : Nur Ikhwan Othman
MF : Shafie Effendy
FW : Abdul Azizi Ali Rahman
FW : Adi Said
FW : Mojtaba Esmaeilzadeh
FW : Shahrazen Said

Penaja Rasmi Brunei DPMM FC 2018


DST, Mitsubishi Corporation, Brunei Shell Marketing Co Sdn Bhd, Royal Brunei Airlines, Baiduri Bank, Golden Tree Sdn Bhd, Hui Huang Enterprise (Brunei), Nazmi Textile Mall, Hertz and Sports Partnership Pte Ltd.


Pelancaran Jersy DPMM FC 2018


Bertempat di The Centrepoint Hotel, Gadong , satu majlis Penandatanganan Kontrak Kelab Bola Sepak Brunei DPMM FC dengan para pemain dan penaja bagi kejohanan bola sepak Liga Singapura (Liga-S) 2018 telah diadakan. 


Majlis itu dihadiri oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai.



Image may contain: 2 people, text

Selain itu, satu persetujuan telah dicapai antara Brunei DPMM FC dengan AKK Design selaku Penerbit Rasmi Brunei DPMM FC MatchDay Magazine 2018 turut dimeterai pada majlis tersebut.

Majlis tersebut turut disertakan dengan pelancaran jersi baharu Brunei DPMM FC bagi musim 2018.



Image may contain: 6 people, people sitting, table and indoor




Image may contain: 5 people, people sitting, table and indoor

Image may contain: 5 people, people sitting, table and indoor

Image may contain: 3 people, people smiling

Image may contain: 1 person, standing
Brunei DPMM FC Home Jersy


Image may contain: 1 person, standing
Brunei DPMM FC away jersy


Image may contain: 21 people, people smiling
Brunei DPMM FC Polo Tshirt

kredit foto : DPMM FC
Majlis perkahwinan adalah salah satu contoh yang dapat menggambarkan cara kehidupan berbudaya dalam sesebuah masyarakat Melayu Brunei bagi mengukuhkan kasih sayang melalui dua insan iaitu lelaki dan perempuan.
Seperti adat istiadat melayu, etnik Melayu Brunei juga mempunyai istiadat yang unik dalam pengendalian majlis perkahwinan. Pada zaman dahulu, majlis perkahwinan melayu Brunei dijalankan dalam masa 2 minggu. Akan tetapi dengan kekangan masa pada zaman ini menyebabkan masa untuk majlis ini semakin singkat.
Tambahan lagi jika berlaku perkahwinan campur antara satu puak dengan puak yang lain. Misalnya, puak Melayu Brunei berkahwin dengan Puak Melayu Tutong atau Puak Melayu Belait berkahwin dengan Puak Melayu Kedayan dll lagi.
Dalam perkahwinan masyarakat Melayu Brunei, adat-adat yang diadakan  di negara Brunei lazimnya dilakukan secara tersusun dan teratur iaitu bermula dari adat :-

Bedudun / Berjarum-jarum
Lawatan berkali-kali dilakukan oleh kedua keluarga pihak pengantin. Lelaki akan memulakan lawatan untuk melamar. Jawapan tidak akan diperoleh dalam hari yang sama. Setelah mengetahui jawapan, pihak pengantin lelaki akan pergi sekali lagi ke rumah pengantin perempuan. Rombongan untuk bertanyakan tentang ‘tanda pertunangan.

Pertunangan
Image result for Bedudun / Berjarum-jarum
Simbol ikatan perhubungan antara lelaki dan perempuan yang akan menjadi suami isteri Pembuka Mulut. Menandakan permulaan pertunangan (bayaran antara $100 – $150). Mas Kawin / Berian biasanya dalam bentuk wang, barangan sebagai tanda penghargaan kepada perempuan yang ingin dikahwini. Wajib dalam Islam.

‘Sepengadak Kain Teruna‘

Disertakan dalam (hantaran berian) yang terdiri daripada baju cara melayu dan songkok dikembalikan semasa upacara ‘akad nikah’. Sepengadak kain teruna tidak diperlukan seandainya bakal pengantin lelaki hadir semasa menghantar tanda pertunangan. Bakal pengantin lelaki juga dibolehkan untuk memberi cenderamata yang lain kepada bakal pengantin perempuan. Pihak lelaki akan membawa tanda pertunangan ke kediaman bakal tunangnya dan menyerahkannya kepada wakil pihak perempuan. Kadang-kadang, keluarga pihak perempuan akan membalas dengan memberikan kek atau baju cara melayu. Dalam tempoh bertunang, lelaki tersebut hendaklah memberikan ‘belanja hangus’ kepada tunangnya untuk perbelanjaannya. Seandainya berlaku Langkah Dulang atau Langkah Sungai, lelaki tersebut dikehendaki untuk membuat bayaran yang ditetapkan oleh keluarga pihak perempuan. Langkah Dulang berlaku seandainya perempuan yang hendak di kahwini ini mempunyai kakak yang belum berkahwin lagi sementara Langkah Sungai ialah seandainya lelaki itu bukan dari Puak Tutong manakala perempuan tersebut adalah dari Puak Tutong.
Istiadat ‘badak badak mandi
mg_9803
Hanya terdiri daripada keluarga pengantin. Pengantin perempuan memulakan malam berbedak. Pengantin ditepung tawar dengan bedak (tepung beras ,bunga melor). Pengantin dilulur dengan bedak tradisional dari muka hingga ke hujung kaki. Pengantin disiram dengan air (langgir dan limau nipis) dikelilingi 7 orang kanak-kanak memakai selendang berlainan warna dan memegang lilin. Pengantin akan mematikan lilin yang dipegang dengan menyembur dengan air melalui mulut sebanyak 3 kali. Setelah selesai bersiram, pengantin akan berkurung dan bedak tidak akan ditanggalkan dari badan pengantin dan makan minum akan dihidangkan oleh pengangun di bilik beangun

Malam Bebadak
wedding8
Pengantin perempuan digendong ke pelamin. Pengantin duduk di tikar khas( baldu yang bersulam emas berbentuk segiempat). Di setiap penjuru tempat duduk diletakkan ‘dian’ atau lilin bewarna kuning. Bedak tradisional diwarnakan dengan 7 warna dan diletakkan tempat khas. Para tetamu akan ‘menculiki’ dan bakal pengantin lelaki akan diiringi ke pelamin.

Adat berinai / berpacar
Image result for Adat berinai / berpacar
Upacara ini kebiasaannya mengambil tempat tengah malam sebelum hari perkahwinan dan di langsungkan berasingan pada kediaman masing-masing. Majlis Masuk Adat Berinai, pengantin akan berdiri diatas katil dengan didahului pengangun. Selepas itu pengantin tersebut akan disuruh duduk dikatil untuk sementara waktu sambil pengangun menunjukkan tapak tangannya dengan berhajat. Tindakan ini seterusnya akan diikuti oleh pengantin dimana seterusnya pengangun akan memegang tangan pengantin teresbut sambil membacakan doa. Pengantin itu kemudiannya akan diarahkan untuk berdiri dan akan di bawa mengelilingi katil sebanyak 3 kali dan seterusnya duduk tempat yang telah dikhususkan di katil yang mana disediakan lapik. Selepas itu, orang-orang tua keluarga akan mengambil giliran untuk menampal pengantin dengan inai.

Istiadat Akad Nikah
wedding3
Akad Nikah ialah upacara agama Islam dimana Ijab dan Kabul akan dilaksanakan bagi mengisytiharkan bahawa pasangan tersebut adalah sudah menjadi pasangan suami dan isteri yang sah. Pengantin lelaki akan memakai baju cara Melayu berwarna putih dengan bertopikan songkok/
destar dan sinjang. Empat lilin akan dinyalakan di empat penjuru lapik yang didudukinya. Semasa
melangsungkan Ijab dan Kabul, pengantin lelaki akan bersalam dengan jurunikah (tok Kadi).

Istiadat Bersanding
Image result for Istiadat Bersanding brunei
HRH Prince 'Abdul Malik and YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiy-yah

Bersanding adalah tradisi dimana kedua-dua pengantin akan duduk bersebelahan di atas pelamin. Istiadat Bersanding dilangsungkan di kediaman pengantin perempuan. Di sebelah pagi, pengantin lelaki dan pengantin pengantin perempuan akan dimandikan dengan campuran air wangi. Pengantin lelaki akan makan terlebih dahulu daripada semua dan selepas itu baru ia di bawa untuk bertemu dan berjarah (bersalaman) dengan jemputan-jemputan lelaki, dan memberikan penghargaan diatas kehadiran mereka. Manakala, ibu pengantin lelaki dan saudara mara perempuan pula akan ‘berjarah’ di khemah jemputan perempuan. Di masa dahulu, para tetamu akan diberi bunga telur, tapi sekarang, buah tangan telah digantikan dengan pelbagai barangan seperti roti, cawan, kontainer dan sebagainya. Selepas berjumpa dengan tetamu, pengantin lelaki akan bertukar memakai pakaian perkahwinannya bagi acara bersanding. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan memedankan warna dan corak yang sama. Setelah siap berpakaian, pengantin lelaki tersebut pun akan berangkat untuk ke rumah pengantin perempuan. Serentak di tempat pengantin perempuan, pengangun untuk pengantin perempuan akan memulakan adat pengarusan di mana pengangun akan memasang lilin dan membakar benang dari tujuh warna yang dipakai oleh pengantin perempuan di lehernya. Pengantin perempuan akan meniup padam api kecil itu yang di lakukan sebanyak 3 kali. Apabila tibanya pengantin lelaki di kediaman pengantin perempuan, dia akan ditemani oleh seorang lelaki tua yang berperanan sebagai penjaganya. Orang tua tersebut kebiasaannya seorang yang dihormati dan mempunyai ilmu agama yang teguh bagi melindungi pengantin lelaki dari ancaman sihir dan sebagainya. Di kediaman pengantin perempuan, pengantin lelaki akan di payungi dan ianya akan disuruh berjalan dalam pusingan kecil sebanyak 3 kali yang dikenali sebagai Pusing Naga yang masih lagi diamalkan. Seterusnya, pengantin lelaki mesti memacahkan buluh yang diletakkan di pintu depan rumah sebelum masuk rumah. Buluh ini akan dipecahkan oleh penjaga pengantin lelaki tersebut dangan memijak-mijaknya, kadang-kadang ini dilakukan oleh pengantin lelaki itu sendiri. Pengantin perempuan sedia menanti keadiran pengantin lelaki di pelamin. Sebelum pengantin lelaki dibenarkan duduk di sebelahnya di pelamin tersebut, adat ‘mencabut keris’ akan di lakukan. Keluarga terdekat pengantin perempuan akan menarik keluar keris tersebut dan apabila ianya dimasukkan kembali kedalam sarungnya, barulah istiadat bersanding dilaksanakan. Sebelum duduk, pengantin lelaki akan di bantu oleh penjaganya untuk menaruh tangannya di ubun-ubun pengantin perempuan, di bahu kiri dan bahu kanan seterusnya. Apabila kedua pasangan pengantin sudah duduk di atas pelamin, penjaga pengantin lelaki akan membaca ‘selawat’ sebanyak 3 kali untuk kedamaian dan kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut yang akan disahut oleh para hadirin, diikuti dengan bacaan ‘doa selamat’ untuk keselamatan dan memohon rahmat. Yang berikutnya, pasangan akan keluar ke verandah untuk di perlihatkan kepada para hadirin atau diikuti dengan acara adat basuh kaki bagi adat Tutong.

Adat Basuh Kaki
Related image
Basuh kaki or Buri Pu’o dalam bahasa Tutong ialah adat resam dimana kaki pengantin perempuan akan di tuangkan air. Barang yang diperlukan bagi acara ini ialah air, parang dan batu pengasah. Kedua-dua pengantin hendaklah membuka kasut di kaki kanan masing-masing, di mulakan oleh pengantin perempuan dengan meletakkan kakinya di atas batu pengasah diikuti dengan pengantin lelaki meletakkan kakinya di atas kaki pengantin perempuan. Keluarga pengantin lelaki akan memulakan upacara tersebut dengan membasahi kaki pengantin perempuan diikuti dengan pemberian duit atau barang kemas kepada orang yang telah dilantik sebagai hadiah. Di masa silam, kebiasaan para jemputan akan memberikan ternakan seperti kerbau dan pokok buah-buahan, dimana pada hari tersebut hanya akan membawa tanda seperti buah dari pokok tersebut.

Adat makan bersuap
Image result for Adat makan bersuap brunei
Ini ialah adat resam di mana pengantin perempuan akan menyuap pengantin lelaki dengan tangannya sendiri. Ini dijalankan selepas adat basuh kaki dan di niatkan untuk menambahkan kemesraan diantara pengantin baru itu. Ia adalah kemestian untuk menyediakan nasi kuning, air, garam dan asam untuk adat makan bersuap.

Adat mulih 3/7 hari
Adat mulih 3 atau 7 hari ialah tradisi di mana si pengantin lelaki akan pulang ke rumahnya asal dengan isterinya selepas tinggal selama 3 atau 7 hari di kediaman isterinya. Kebiasaannya keluarga pihak lelaki akan memberikan hadiah seperti barang rumah dan barangan dapur kapada pasangan ini. Ini menandakan penamatnya upacara perkahwinan orang Brunei.
So, ini adalah 10 adat istiadah orang brunei darusalam. Manala tahu korang nak kahwin dengan penduduk brunei kan tak pun prince Mateen. Opss!! Tapi tak tahu la mereka still amalkan lagi tak istiadat istiadat ni.

Sumber : https://brideculture.wordpress.com/
Hai.. Kad Touch n Go merupakan sekeping kad prabayar yang menggunakan teknologi tanpa sentuh (contactless), sesuai dengan namanya. Maklumat yang terkandung dalam kad ini dibaca melalui induksi magnetik menggunakan frekuensi radio khusus dan perisian kad pintar. Kad ini menjadi salah satu cara bayaran di tempat letak kereta, toll lebuh raya, pengangkutan awam, dan lain-lain.

Image result for touch n go

Tambah nilai kad Touch ‘n Go boleh dibuat di:
  • TnG Customer Experience Centre, (CEC)
  • Hab TnG
  • TnG SPOT
  • Kiosk Petrol
  • Kedai serbaneka
  • ATM
  • Farmasi
  • Kiosk layan diri
  • Kaunter Khidmat Pelanggan di plaza tol terpilih
  • Kaunter tambah nilai di plaza tol lebuh raya.
  • Lokasi-lokasi lain
Bagaimana cara semak baki Touch n Go secara Online?

Sebenarnya ramai yang tanya bagaimana cara melihat baki didalam touch n go secara online? Maka setelah lama bertangguh, Hari ini saya akan tunjukkan cara termuda dan teringkas untuk semak baki kad anda. Anda hanya perlu ikuti 6 langkah mudah.

#langkah mudah pertama

Pergi ke link http://www.touchngo.com.my/ dan klik Sign UP


#langkah mudah kedua

Masukkan no series Touch n Go anda. ( di bahagian belakang ) serta Identity card ( IC ) anda.


#langkah mudah ketiga

Isikan data peribadi Anda.



#langkah mudah keempat

Anda akan mendapat email menandakan anda telah mendaftar kad Touch n Go anda. Kemudian klik tulisan biru atau link tersebut.


#langkah mudah kelima

Setelah buat pada langkah keempat, anda akan terus dibawa ke web rasmi Touch n Go dan diminta log in. Sila masukkan user name dan Password yang anda telah daftar tadi.


#langkah mudah Keenam

Traaadaaaa!!!! anda sudah boleh lihat bagi kad anda. Jadi pastikan anda semak bagi Touch n Go anda sebelum memulakan perjalanan. :)



Selamat berjaya semua.. :)

Image may contain: 3 people, people standing

Suasana di d'Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan begitu meriah pabila dibanjiri oleh kira-kira lebih seribu penyokong hobin jang hobin bagi menyaksikan pelancaran jersy terbaru skuad rusa tersebut bagi sesi 2018.

Image may contain: 1 person, text

Aturcara dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan dan diikuti dengan ucapan padu YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menti Besar Negeri Sembilan merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan.

Bagi menghilangkan debaran, Tetamu terhomat dan Penyokong di sajikan dengan persembahan dari Penyanyi rap popular tanah air yang berasal dari daerah Rembau, WARIS. Seperti sedia maklum, LAGU BOLA nyanyian Waris merupakan lagu khas yang dicipta untuk pasukan Negeri Sembilan. Ikuti bait bait lirik lagu bola - WARIS

Image may contain: 1 person, text

ini bukan lagu cinta
tapi ini lagu bola
akan berkati sekalian yang setio
musuh musuhnyo semuo habih binaso

akan berkati sekalian yang setio
musuh musuhnyo semuo habih binaso

hancur bodoghai
ghai ghai ghai
ghai ghai ghai
ghai ghai ghai
bodoghai

hancur bodoghai
ghai ghai ghai
ghai ghai ghai
ghai ghai ghai
bodoghai

haghini nak jumpo tokmat
lopeh solat malam kang
nak poie stadium paroi
nak poie padang keramat
tapi toboh eh bukan dokek kolumpo

tak kiro monang kalah
ini haghi den nak lari dari masalah
bokumpo tang konar atau bolakang
tiang gol kau poghak mano
tak apik den do
suku soboleh ataupun biduando

yang bokojo dan yang tak bokojo
turun stadium sehati sejiwo
akan berkati sekalian yang setio
musuh musuhnyo semuo habih binaso

akan berkati sekalian yang setio
musuh musuhnyo semuo habih binaso

hancur bodoghai
ghai ghai ghai
ghai ghai ghai
ghai ghai ghai
bodoghai

hancur bodoghai
ghai ghai ghai
ghai ghai ghai
ghai ghai ghai
bodoghai

tak kiro kau poghak mano
buffalo souljah un9 427
kalau poie tengok bola satu stadium
semuo eh bokumpul

tak kiro monang ko kalah
ini haghi den nak lari dari masalah
turun reramai ke star
haghuk boto bilo dah score
kau poghak mano
tak apik den do
suku soboleh ataupun biduando

yang bokojo dan yang tak bokojo
turun stadium sehati sejiwo
akan berkati sekalian yang setio


musuh musuhnyo semuo habih binaso

akan berkati sekalian yang setio
musuh musuhnyo semuo habih binaso

hancur bodoghai
ghai ghai ghai
ghai ghai ghai
ghai ghai ghai
bodoghai

hancur bodoghai
ghai ghai ghai
ghai ghai ghai
ghai ghai ghai
bodoghai

yang niago pun tengok bola
nyambiL nyambiL jual air atau kuaci
boli burger duit keluar
nyambil nyambil boli
pulak soholai jersey

sampai bilo nak berbalah
ini haghi den nak lari dari masalah
turun reramai ke star
haghuk boto bilo dah score
kau poghak mano
tak apik den do
suku soboleh ataupun biduando

yang bokojo dan yang tak bokojo
turun stadium sehati sejiwo
akan berkati sekalian yang setio
musuh musuhnyo semuo habih binaso

akan berkati sekalian yang setio
musuh musuhnyo semuo habih binaso

hancur bodoghai
ghai ghai ghai
ghai ghai ghai
ghai ghai ghai
bodoghai

hancur bodoghai
ghai ghai ghai
ghai ghai ghai
ghai ghai ghai
bodoghai

akan berkati sekalian yang setio
musuh musuhnyo semuo habih binaso

hancur bodoghai
ghai ghai ghai
ghai ghai ghai
ghai ghai ghai
bodoghai

hancur bodoghai
ghai ghai ghai
ghai ghai ghai
ghai ghai ghai
bodoghai


masa di tunggu telah tiba, akhirnya pelancaran jersy kebanggaan Negeri Sembilan telah disempurnakan oleh Presiden PBNS disambut dengan tepukkan gemuruh oleh penyokong - penyokong setia negeri sembilan.
jom kita lihat kemeriahan majlis pelancaran tersebut;

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and text

Image may contain: 12 people, people smiling, people standing and text

Image may contain: 9 people, text

Image may contain: 7 people, people standing and text

Credit gambar Team N9FC
[Siapa Nak Join Contest Ini Sila Tekan Banner Diatas]

PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan | PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan insurans untuk sesiapa sahaja yang berkemampuan. Mereka memberikan nama syarikat mereka sebagai PolicyStreet kerana mereka mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda ketika anda melalui waktu – waktu yang kritikal seperti mendapatkan telefon pintar pertama anda, percutian ke luar negara, gadaian yang pertama, perkahwinan anda dan juga menjadi ibu bapa.

No automatic alt text available.

Teknologi telah membantu mereka untuk menjalani komitmen ini tetapi apa yang lebih penting adalah semangat mereka untuk membantu masayarakat telah membuatkan mereka untuk menubuhkan syarikat PolicyStreet ini. Insurans ini ditubuhkan oleh sekumpulan orang dan mereka mahu meneruskan legasi ini. Mereka juga komited dalam menawarkan insurans untuk orang yang tersayang, untuk benda yang anda hargai serta masyarakat dengan cara yang mudah dan berkemampuan.

Image may contain: text

Pakej – Pakej Yang Ditawarkan di PolicyStreet Yang Anda Perlu Miliki
  1. Manulife ManuProtect Term Life Insurance 


Ia merupakan pakej insurans yang digelar sebagai insurans yang paling berpatutan di dalam insurance kehidupan di Malaysia. ManuProtect memberikan bayaran penuh pada waktu kematian atau kecacatan yang disebabkan oleh sebab semulajadi ataupun kemalangan, dengan beberapa pilihan untuk liputan untuk sakit yang kritikal. 

Antara ciri – ciri dan tawaran yang diberikan oleh Manulife ManuProtect adalah;

  • Insurans Premium yang bermula dari RM5/ Sebulan
  • Amaun keseluruhan yang bermula dari RM 50K – RM 600K
  • Amaun kematian dari kemalangan yang berjumlah 2X ganda dari amaun keseluruhan
  • Penyakit kritikal akan menerima 30% dari amaun keseluruhan
  • Umur kemasukan yang terakhir adalah 60 tahun manakala umur yang ditamatkan adalah 80 tahun
  • Tiada kontrak untuk jangka masa yang panjang dan anda boleh membatalkan pada bila – bila masa

Kelebihan yang disediakan oleh ManuLife ManuProtect adalah;
  • Kematian disebabkan oleh faktor semulajadi 
          - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
          - Dibayar kepada penama
  • Kecatatan yang disebabkan oleh faktor semulajadi atau kemalangan
          - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans
  • Kematian disebabkan oleh kemalangan 
          - 2X ganda daripada amaun keseluruhan
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans ataupun penama
  • Penyakit kritikal 
          - 30% daripada amaun keseluruhan (RM15K – 180K)
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans

Dapatkan ManuLife ManuProtect SEKARANG di https://products.policystreet.com/manulife/manuprotect/overview 


2. AXA 200 Cancer Care 

Image result for axa 200 cancer care

Dengan jumlah pesakit kanser yang ramai pada hari ini, insurans ini ditawarkan untuk melindungi orang ramai daripada penyakit kanser, dengan memberikan bayaran penuh apabila anda dikesan dengan kanser, dan juga bayaran tahunan untuk anda merawat kanser.

Antara ciri – ciri AXA 200 Cancer Care adalah;
  • Ia berada di bawah AXA Affin Life di mana bayaran adalah dijamin kepada pembayar insurans
  • Bayaran premium yang bermula dari RM45/bulan bergantung kepada umur
  • Bayaran Rawatan Terapi yang bermula dari RM30K
  • Bayaran Untuk Kesihatan yang bermula dari RM6K setahun
  • Pendapat Perubatan Kedua yang diberikan secara percuma 
  • Umur terakhir untuk menyertai insurans ini adalah 50 tahun dan perlindungan diberikan selama 20 tahun
  • Pemeriksaan kesihatan yang berjumlah RM 599 di Beacon Hospital
  • Anda tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk menyertai AXA 200 Cancer Care

Tujuan insurans ini diwujudkan adalah untuk menyediakan satu jumlah wang untuk rawatan kanser  sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit tersebut. Anda akan diberikan bayaran keseluruhan dan juga bayaran ‘bonus’ sehingga lima tahun untuk setiap tahun anda hidup. Insurans ini akan bertahan sehinga 20 tahun dan apabila tahun tersebut berakhir, anda boleh mendapatkan insurans yang baru sekiranya anda berumur di bawah 50 tahun.

Image may contain: text

Kelebihan – kelebihan yang ditawarkan oleh AXA 200 Cancer Care termasuklah;
  • Manfaat untuk Rawatan Terapi
        - Sekiranya orang yang membayar insurans tersebut didiagnos dengan kanser, mereka akan                   menerima bayaran insurans minimum RM30K.
  • Manfaat Untuk Sembuh
        - Orang yang membayar insurans juga akan menerima bayarann insurans secara tahunan yang                 berjumlah minimum RM6K setahun selama 5 tahun.
  • Pendapat Perubatan Kedua
        - Apbila anda mendapat pendapat untuk terapi atau pembedahan yang pertama daripada seorang             doktor, insurans ini menyediakan pendapat kedua dari doktor panel secara percuma.
  • Manfaat untuk Penama
       - Sekiranya orang yang membayar insurans meninggal sebelum didiagnos dengan kanser, penam            akan menerima bayaran insurans minimum RM1K.
  • Servis Penjaga
      - Orang yang membayar insurans boleh menghubungi AXA untuk mendapatkan penjagaan dari              jururawat, perubatan, ataupun pembuatan rambut palsu.
  • Baucer Pemeriksaan Kesihatan
      - Anda akan menerima baucer pemeriksaan kesihatan bernilai RM599 dengan setiap pembelian              pakej AXA 200 Cancer Care.


Dapatkan AXA 200 Cancer Care SEKARANG di https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

3. MSIG Take It Easy Pet Insurance

Image result for pet insurance

Insurans ini dijamin oleh MSIG, di mana ia adalah satu – satunya insurans untuk haiwan peliharaan anda yang berada di pasaran. Bermula dari hanya RM18/bulan, insurans haiwan peliharaan ini memberikan perlindungan untuk veterinar, bil ER, ubat – ubatan & suntikan dan juga kos untuk pengebumian sekiranya haiwan peliharaan anda sakit, cedera ataupun meninggal. 

Ciri – ciri MSIG Take It Easy Pet Insurance adalah;

Related image
  • Dijamin oleh MSIG
  • Bayaran Premium bermula RM18/sebulan
  • Manfaat Perubatan Haiwan Peliharaan sehingga RM5K
  • Manfaat kematian disebabkan oleh sakit dan juga kemalangan sehingga RM5K
  • Manfaat pengebumian dan pembakaran sehingga RM1K
  • Pengiklanan dan juga kos penembuhan untuk haiwan peliharaan yang hilang sehingga RM1K
  • Boleh didapati untuk anjung dan kucing yang mempunyai mikrocip yang berumur 12 minggu sehingga 9 tahun
  • Insurans ini tidak disediakan untuk haiwan yang larangan ataupun spesis yang diharamkan oleh keraajaan, orang awam, ataupun pihak berkuasa.


Kelebihan – kelebihan yang boleh didapati sekiranya anda mengambil MSIG Take It Easy Pet Insurance termasuklah;
  • Manfaat Veterinar dan juga Pembedahan
Sekiranya haiwan peliharaan anda cedera ataupun sakit, insurans ini akan memberikan perlindungan kepada bil veterinar sehingga RM5K. Sekiranya terdapat pembedahan, ia akan melindungi kos selepas pembedahan sehingga 60 hari.
  • Manfaat Kematian 
Tuan kepada haiwan peliharaan yang mati akan menerima sehingga RM5K untuk mendapatkan haiwan peliharaan yang baru.
  • Manfaat Untuk Pengebumian 
Anda akan menerima sehingga RM1K untuk kos pengebumian ataupun pembakaran.
  • Pengiklanan Untuk Haiwan Peliharaan Yang Hilang 
Anda akan menerima bayaran sehingga RM1K untuk mengiklankan haiwan peliharaan anda yang hilang dan juga untuk membayar ganjaran kepada orang yang menemui haiwan anda.
  • Asrama Untuk Haiwan Peliharaan Anda
Apabila tuan haiwan peliharaan tersebut dimasukkan ke hospital lebih dari tiga hari, haiwan peliharaan anda akan dimasukkan ke asrama dan dibayar sehingga RM 2.5K.
  • Liabiliti Pihak Ketiga
Apabila haian peliharaan anda melakukan kecederaan kepada orang lain ataupun merosakkan harta benda mereka, insurans ini akan memberikan perlindungan sehingga RM100K.

Dapatkan MSIG Pet Insurance SEKARANG di : https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

Kelebihan Mendaftar Insurans Dengan PolicyStreet 

Image may contain: text

Mudah Digunakan

Policy Street tidak memerlukan anda untuk pening kepala kerana ia menawarkan pakej – pakej yang sesuai untuk anda. Setiap pakej telah diberitahu akan fungsi dan kelebihan masing – masing, jadi anda hanya perlu memilih pakej yang anda perlu gunakan dan mula mengambil insurans tersebut untuk kehidupan, harta dan juga kesihatan anda. 

Pelbagai Pakej Yang Ditawarkan

Image may contain: text

Anda boleh memilih pakej – pakej yang diberikan berdasarkan keperluan dan juga kepentingan anda. Contohnya, jika anda mempunyai penyakit kanser, anda boleh memilih AXA 200 Cancer Care kerana Policy Street akan memberikan perlindungan insuran untuk anda yang mendapat penyakit ini dan juga duit tahunan untuk anda gunakan bagi mengubati penyakit ini. Anda juga boleh memilih pakej untuk melindungi kehidupan, harta dan juga perniagaan anda.

Harga Yang Berpatutan

No automatic alt text available.

Setiap pakej Policy Street akan memberikan anda komitmen bulanan yang amat rendah dan mampu milik di mana anda tidak akan terkesan dengan potongan insurans pada setiap bulan. Anda boleh membayar serendah RM5 / sebulan untuk insurans perlindungan kehidupan anda dan anda akan dilindungi oleh insurans Policy Street.

Dapatkan Insurans Daripada PolicyStreet Sekarang!

PolicyStreet sedang mengadakan promosi sempena Tahun Baru Cina jadi anda perlu mendapatkannya sekarang. Anda boleh menerima Ang Paw bayaran balik sehingga RM 50 dengan menggunakan kod rujukan yang anda akan terima apabila anda melakukan pembelian melalui Policy Street. Caranya adalah dengan menekan link seperti berikut;

Promosi Tahun Baru Cina PolicyStreet: http://campaign.policystreet.com/web/cny/index.html