Adakah Tahap Kesedaran Kanser Payudara Dalam Kalangan Rakyat Malaysia Masih Rendah Ketika Ini?



Sebut sahaja tentang kanser payudara ataupun breast cancer, semua wanita takut untuk menghadapinya. Hal ini kerana ianya merupakan salah satu punca utama kematian kanser pada wanita jika tidak dirawat pada peringkat awal. “Pink October” adalah bulan kesedaran kanser payudara yang diiktiraf di seluruh dunia dengan tujuan meningkatkan kesedaran dan dana untuk menyokong penyelidikan, menyelamatkan nyawa dan sokongan moral untuk pesakit kanser payudara.

Pengalaman mengajar saya untuk berkongsi dengan anda tentang penyakit no 1 yang sering menyerang wanita ini. Untuk pengetahuan semua, saya merupakan adik kepada bekas pesakit kanser payudara. Kesakitan dia, kekuatan dia untuk melawan penyakit ini amat saya kagumi. Dia menjadi inspirasi saya

Berbalik pada kanser payudara, walaupun ada di antara mereka terasa perubahan pada payudara mereka akan tetapi mereka tidak mahu berjumpa dengan pakar dan membuat ujian kesihatan. Kenapa apa? Hal ini demikian kerana terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kaum wanita tidak mahu menjalani ujian tersebut antaranya malu, takut dan kurang kesedaran mengenai bahaya penyakit ini.

Faktor-Faktor Yang Boleh Mendatangkan Risiko  Yang Tinggi Untuk Mendapatkan Kanser Payudara

1. Umur
2. Sejarah keluarga. Mempunyai ibu, adik-beradik perempuan, anak perempuan atau lebih dari 2 orang saudara terdekat (seperti sepupu) yang pernah mengalami kanse payudara , lebih-lebih lagi jika dikesan pada umur muda.



3. Golongan yang pernah menghidap kanser payudara dan telah mendapat rawatan yang sepenuhnya serta sudah bebas
4. Faktor reproduktif
5. Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
6. Pemakanan

Ketahui Tanda-Tanda Dan Gejala Kanser Payudara

Payudara setiap orang adalah berbeza dan payudara anda boleh berubah mengikut umur anda. Adalah penting untuk mengetahui bagaimana payudara anda kelihatan normal. Sekiranya anda melihat apa-apa perubahan luar biasa pada payudara anda, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor. Ketahui tentang tanda-tanda dan gejala kanser payudara boleh membantu anda memahami perubahan payudara.



-Ketulan terasa keras pada payudara atau bawah ketiak
-Ketulan hanya ada satu
-Kulit payudara mengecut
-Keluar cecair lelehan dari ketulan tersebut
-Tidak ada ketulan di payudara sebelahnya

Aku Lelaki, Tak Mungkin La Akan Terkena Kanser Payudara




Opss.. Siapa cakap orang lelaki tidak boleh kena penyakit no satu wanita ini? Tanggapan anda salah 100%. Statistik menunjukkan sebanyak 1% dari keseluruhan pesakit kanser payudara ialah dalam kalangan orang lelaki. Malah komplikasi yang dialami pesakit lelaki lebih teruk kerana sel kanser yang menyerang mereka lebih agresif. Kurang kesedaran mengenai kanser ini dalam kalangan orang lelaki kadang-kala boleh menyebabkan kanser tersebut dikesan berada di tahap akhir.

Mencegah Lebih Baik Dari Merawat

Setakat ini tidak ada sebarang cara untuk mencegah penyakit ini. Tetapi ada beberapa cara untuk mengurangkan risiko untuk mendapatnya, iaitu:

- bersalin anak pertama sebelum umur 30 tahun
- memberi susu badan kepada bayi anda sekurang-kurangnya enam bulan
- amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang
- bersenam secara regular
- elakkan berat badan berlebihan



Jom Lakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)

Dengan melakukan PSP, kita boleh mengesan kanser ini dengan segera dan tahap awal. Tapi bagaimana nak periksa?
Langkah pertama (hadapan cermin)
Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri. Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payudara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.



Langkah kedua (berdiri atau baring)
Angkat tangan dan letakkan di belakang kepala. Rasa payudara kiri anda menggunakan hujung tiga jari tengah kanan anda. Mulakan pada bahagian pinggir luar sehingga ke bahagian puting, dalam gerakkan bulat kecil. Akhir sekali, picit bahagian puting secara perlahan untuk melihat jika ia mengeluarkan sebarang cecair atau sebagainya.

Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Melakukan PSP?

PSP seharusnya dibuat sebulan sekali. Untuk mereka yang masih mempunyai haid,  waktu yang paling sesuai ialah 7 – 10 hari selepas haid. Manakala untuk wanita yang telah putus haid atau lelaki, ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut.

Harap dengan sedikit info, ianya dapat memberi anda semua kesedaran tentang bahaynya penyakit ini. Salam sayang dari saya untuk anda semua.



Sumber:

MYHEALTH
MAKNA
KKM
GOOGLE

Catat Ulasan

0 Ulasan