Kini Mohon i-Lestari Tanpa daftar i-akaun(ahli) | KWSP


KWSP masih menunggu respons MAHB
Hai rakyat Malaysia, ada berita baik buat anda. Bagi anda yang tiada i-akaun(ahli) untuk memohon i-Lestari, kini KWSP telah menyediakan satu web khas untuk anda. Cara ini sangat cepat serta mudah dan selamat.

Apa itu i-Lestari?

i-Lestari ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.

Covid-19 | New Scientist

Jumlah maksimum RM50 dan maksimum RM 500 sebulan ini adalah jumlah yang munasabah bagi menambah sumber kewangan ahl untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

Syarat- syarat i-Lestari
  • Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
  • Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).
  • Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
Amaun yang layak dikeluarkan

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat. Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

Cara - cara Memohon i-Lestari Tanpa mendaftar di i-Akaun(ahli)

Terdapat beberapa langkah mudah yang anda boleh ikuti. Langkahnya adalah;

Langkah 1
Langkah 2
  • klik permohonan baru

Langkah 3 & 4
  • Lengkapkan borang dan pastikan yang bertanda * wajib di isi. Anda juga harus memasukkan nombor akaun bank milik anda sendiri.
  • tandakan di bahagian terma & syarat



Langkah 5
  • Pastikan permohonan anda tepat dan muktamad. Kemudian klik HANTAR

Langkah Terakhir
  • taraaaaa!!!! Permohonan anda berjaya dihantar.

Cara semak permohonan | LULUS ATAU GAGAL

Anda akan mengetahui permohonan anda lulus atau gagal dalam masa 2 hari. Bagaimana hendak menyemaknya?
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang anda telah daftar. Kemudian klik "Saya bukan robot" dan Semak.
  • Status Permohonan akan keluar dan sekaligus memberitahu sama ada anda lulus atau gagal


Bagaimana? Senang bukan cara nak memohon dan semak. Tunggu apa lagi. Jom Mohon sekarang!!!!!

sumber : KWSP

Catat Ulasan

0 Ulasan