6 Permainan Tradisional Kebanggaan Negara Brunei

“Apa kurangnya kanak-kanak Brunei
Bermain perbagai macam mainan
Warisan peninggalan nenek moyang kita
Berabad-abad kurun lamanya 

Menjadi warisan budaya
Walau pun zaman sudah berubah
Permainan anak Brunei
Akan tetap terus megah

Mereka bermain,ancau-ancau lauk
Bola belidar,bit-bit ucing
Datuk harimau,tapuk-tapukan
Sebarkanlah ke seantero dunia.”



Eh, ternyanyila pula. Pada masa kini, kita sering melihat anak-anak memain gadgets sehingga melupakan permainan tradisional. Seperti Di Malaysia, Brunei juga mempunyai permainan tradisional. Bahkan, kebanyakannya sama seperti di Malaysia, Cuma berlainan nama.

6 Permainan Tradisional Kebanggaan Brunei Darussalam

Bagi Malaysian (terutama semenanjung), mesti nak tahukan permainan Brunei yang tak pernah anda dengar atau main. Jom kita ketahuinya sekarang.

  • Permainan Tradisi Ancau-ancau Lauk


Permainan ini tidak terhad pemainnya. Ia dimainkan di air. Dalam permainan ini pemain dikehendaki membentuk bulatan, sementara seorang daripada mereka dikehendaki keluar dari bulatan berperanan sebagai seekor lauk (ikan).
  • Permainan Tradisi Bit-bit Ucing

Main Bit-bit Ucing terhad kepada empat pemain. Ia dimainkan di halaman atau dalam rumah dengan berlagu. Rangkap lagu yang biasanya dinyanyikan ialah:
“Bit-bit ucing
ucing terngiau-ngiau
ngiau, ngiau bawah tambak
pacah talur sebiji
hangus bulu sapi
naik ke rumah tinggi
ngiau…ngiau.”
  • Permainan Tradisi Ajung

Sejenis permainan tradisi menggunakan sebiji batu kecil atau bola kecil untuk diteka, alat tersebut akan digenggam dan disembunyikan ke pangkuan. Pemainnya terdiri daripada beberapa orang kanak-kanak yang duduk berlunjur, ketua pasukan akan membuat tekaan ke arah pasukan lawan, jika tekaan betul pemain yang duduk di belakang akan berpindah ke depan, pasukan yang maju ke depan merekalah yang menang.
  • Permainan Tradisi Papan Pasang

Sejenis papan berbentuk empat persegi dan berbingkai, dijadikan sebagai alat dalam permainan pasang. Bahagian permukaan papan mempunyai 120 buah petak dan diisi dengan buah pasang berwarna putih dan hitam (setiap warna mempunyai 60 biji). Permainan ini dimulakan dengan cara berundi, dan pemain pertama akan membentuk corak bunga di atas papan permainan. Antara corak bunga yang dicipta, seperti awan mengandung hujan, anjung dengan sauhnya, awan berturus, bunga sepapan, bunga bercucuk, bangkawat kudung, ikan berenang, kala jengking, mahligai bergantung bertali, sarimbangun, pagar batu, dan lain-lain.
  • Permainan Tradisi Tapuk-tapukan

Main Tapuk-tapukan tidak terhad pemainnya. Salah seorang daripada pemain akan jadi 'si pencari' iaitu setelah dibuat pengundian. Sebelum memulakan permainan ini, biasanya lagu berikut dinyanyikan bersama-sama:
“Kesiku, kesiku
Perapat buahnya buntar
Linggayung buah bangkita
Siapa dapat ia mengunjar
Anak marhum cucu pendeta”
  • Permainan Tradisi Simban Gelang Getah

Sejenis permainan tradisi kanak-kanak yang hanya menggunakan gelang getah, iaitu bahan elastik berbentuk seperti gelang dan tidak membahayakan. Alat ini dimainkan dengan cara melambungkan gelang getah yang diletakkan di atas telapak tangan, dan sebanyak mungkin cuba dimasukkan ke jari telunjuk. Mana-mana gelang getah yang masuk ke jari telunjuk akan menjadi miliknya.

6 permainan ini memang la amat-amat popular di Brunei bahkan masih lagi di mainkan oleh generasi muda. Tidak kiralah anda warganegara BRUNEI ataupun MALAYSIA, Kita haruslah mempertahankan budaya dan warisan kita. Ini penting agar tidak akan pupus di telan zaman.

Sumber:

Buku – Inambang (Kumpulan Permainan Kanak-Kanak Tradisional Brunei Darussalam)
Gambar - Google

Catat Ulasan

1 Ulasan